Tuesday, April 7, 2015

Roadshow Hijabey 2015 : iDCC Shah Alam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Sempena Hijabey 2015 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 3 April 2015 dan berakhir pada 5 April 2015 sempat juga me berkunjung sebanyak 2 kali ke IDCC Shah Alam.

Kali pertama me ke situ adalah pada hari pertama Hijabey 2015. Awal pagi masa lunch break yang panjang tu me terjah. Excited kata ko. Hahaha. Masa kitorang datang tu tengok ramai giler orang tengah menunggu kat luar dewan ekspo. So pada tanggapan me mesti penuh kot kat dalam tu kan.

Before masuk kena register dulu. Isi borang and ambil sticker.


Masa masuk tu taklah ramai orang pun. And ada booth yang tak buka lagi. Ada yang still busy prepare booth. Hehehe. Nampak tak semangat kitorang tu.


Haaaaaa. Gigih ke Hijabey 2015 dengan uniform. Hehehe. Ko ada?

Paling semangat bila masuk booth Inspirasi By Anita Baharom. Dia sangat peramah. Sangat humble. Dia layan customer macam kawan-kawan yang dah kenal lama. Alhamdulillah. Macam ni lah sikap yang kita nak. Kannnnn. Homaiii. Kak Ita is selim melim. Cantik pulak tu. I is jealous!

Paling best bila Kak Ita buat tutorial pakai instant shawl tu pada kitorang. Even in few minutes pun dia akan buat tutorial tu kat pentas pulak. Thanks so much Kak Anita Baharom sebab layan kerenah kitorang yang tanya macam-macam hari tu.


Tak sempat nak round lagi pastu sebab tengok jam dah kul 2.30. Kejap jee masa bila hati nak shopping kannnn. Hahaha.

Kali kedua me datang sebagai blogger dari keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Alhamdulillah. Kali pertama berpeluang datang event as a blogger. Tapi masa me datang tu takde pula terserempak dengan mana-mana kawan blogger yang lain. Hehehe. Lambat kot me datang kan. Masa tu few booth dah tutup.


Masa datang tu, Datin Prof. Dr. Clara Chee tengah bagi talk. Siapa Datin Clara? Actually me pun baru kenal siapa dia. Huhu. Dia adalah Founder/ Chairperson of Clara International Beauty Group. Sempat jugak selfie dengan dia. Peramah.


Pastu round lagi. Dan ternampak booth Arsara by Abby Nadzri. Memula niat nak belek-belek je tapi tetiba tersambar satu instant shawl. Homaiii. Nakal sungguh tangan yang capai. Hahaha. Nanti me sharekan instant shawl yang me grab tu ea.


Terjeling-jeling juga sekeliling manalah tau terserempak dengan Che Ta atau Neelofa kan. Tapi hampa. Hahaha. Tak sempat jumpa En.Mimpi juga. Hampa lagi. Hahaha. 

Bagi yang tidak berkesempatan untuk bersama-sama dalam Roadshow Hijabey 2015 kali ni, jangan risau! Ada lagi dua roadshow yang bakal diadakan.

!!Save the date!!

29-31 MAY 2015
SUNWAY CARNIVALL CONVENTION CENTRE, SBG JAYA, PENANG
21-23 AUGUST 2015
KELANTAN TRADE CENTRE, KOTA BHARU

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan :-
BIG UNITY EVENT MANAGEMENT 
KL: 49-3, Jln 8/146, Bandar Tasik Selatan, 57100 Kuala Lumpur,
PNG: 2069, Jln Permatang Pauh, Permatang Pauh, 13500 Penang.
Telephone
013-440 8002 Azura(Jue), 013-485 3738 Rosdan, 017-674 5086 Rahimi
Laman web : Hijabey 2015

1 comment:

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in