Wednesday, April 15, 2015

Teringin Nak Jadi WAHM

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Aisya dan Aeera dah tidur. Baru kejap tadi main sambil gelak-gelak. Umi pegi dapur jap je pastu tengok dah lelap. Haiiii anak umi ni. Rindu la tu kan. Nak ajak main sedangkan sendiri pun letih.


Gambar Sabtu lalu. Heeeeeee.

Kadang kesian dengan anak-anak bila umi dan ayah kerja. Duduk dengan pengasuh lagi lama dari dengan umi dan ayah kan. Huhu. Dugaan parents yang bekerja.

Bila balik kerja memang tak sabar nak jumpa anak-anak. Nak peluk dan cium puas-puas (walhal tak pernah puas pun. Hehe.) Kalau boleh nak habiskan masa main dengan diorang. Tapi tu lah kan. Kerja mak-mak ni takkan habis. Rehat tu masa tidur je. Itu pun termimpi-mimpi kerja yang tertangguh tu.

Masak, menyapu, basuh kain. Letih jangan cakap. Kadang sampai lupa nak makan.

Terfikir juga nak jadi WAHM (work at home mommy) kan. Tapi keadaan dan sara hidup yang agak tinggi sekarang ni tak memungkinkan untuk capai harapan me nak jadi WAHM ni. Siapa yang tak teringin nak jaga anak sendiri. Siapa yang tak teringin nak anak-anak makan dari air tangan umi setiap hari. Tengok anak-anak membesar depan mata sendiri. Huhu.

Lagipun belum ada kekuatan nak berhenti kerja. Seriusly belum berani. Kenapa? Memanglah tugas seorang suami tu untuk tampung perbelanjaan anak-anak dan wife dia. Tapi jenis me kalau boleh me nak jugak sama-sama usaha dengan suami. Nak cari tabungan sebagai back up plan untuk masa depan.

Sekarang ni pun usaha untuk benda lain selain dari kerja 8-5. Hope ada rezeki. InsyaALLAH.

Bukan mudah nak cari duit sekarang ni. Nasib baiklah Aisya bukan jenis nak meminta sangat. Syukur. Heeeeee.

Apapun, doakan hasrat me untuk jadi WAHM tercapai. Memang tak mudah tapi me akan usaha sehabis baik.

Doakan hasrat me untuk jadi WAHM satu hari nanti tercapai ea.









Good nite semua. Jom tidur. Sok pagi nak bangun awal pula. Heeeee.

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. dilema ibu bekerja. Tak kerja rasanya tak logik dah dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Huhu

    ReplyDelete
  2. sama la kite...teringin nak jadi WAHM...tp keadaan belum mengizinkan...:(

    ReplyDelete
  3. @Mia Kassim

    Kan.. kos sara hidup mmg sgt tinggi skang ni..

    ReplyDelete
  4. @Aeen

    Hurm... betul tu Aeen.. banyak benda nak kena fikirkan if nak jadi wahm ni..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah ada rzki nnt mooon

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in