Wednesday, April 8, 2015

Wordless Wednesday 2015 #5

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Antara cara yang boleh mengurangkan marah adalah :-

Carilah tempat untuk meluahkan masalah tanpa perlu merasa marah. Contohnya meluahkan masalah pada teman terdekat yang dipercayai. Setiap individu mempunyai cara meluahkan yang berbeza, namun pastikan ia positif dan membawa kebaikan kepada diri sendiri.
Tarik nafas juga mampu megurangkan rasa marah. Ia akan membolehkan kita mengawal emosi ketika marah.

Senyuman mampu mengurangkan rasa marah. Walaupun senyum nampak mudah namun senyuman tidak mudah di ukir di wajah orang yang berada dalam keadaan marah. Namun percayalah, dengan senyuman perasaan marah kita akan menjadi reda.
kredit : Cara Atasi Marah

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in