Thursday, May 28, 2015

Buffet Ramadhan 2015 : Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi.

Restoran Royale Songket, Hotel Grand BlueWave Shah Alam akan mengadakan promosi Sinaran Ramadhan sepanjang Bulan Ramadhan nanti. Dengan konsep 'Bazaar Ramadhan' pelbagai hidangan istimewa bakal disajikan kepada semua. 


Antara menu istimewa sepanjang Promosi Sinaran Ramadhan 2015 adalah Mee Udang Sado, Kambing Bakar, Turkey Kebab Skewer, Ayam golek Percik, Cendol dan Air Kelapa Muda. Tidak lupa Chef's Signature Daging Masak Hitam, Gulai Kari Kambing, Flossy Butter Prawn, Sotong Goreng Berempah, Pucuk Paku dan Cendawan Masak Lemak, Nasi Dhal Daun Kari, Nasi Tomato dan banyak lagi pilihan.

Ini antara hidangan yang bakal disajikan pada Iftar di GBWHSA.. :)











Ini hanya sebahagian daripada hidangan. Ada lebih 250 menu lagi yang akan disajikan dalam Promosi Sinaran Ramadhan 2015 ni nanti.


Dua pakej yang disediakan oleh pihak Hotel Grand BlueWave Shah Alam dengan keistimewaan tersendiri.

Pakej Barakah Al-Mubarak

RM125.00+ untuk Dewasa
RM70.00+ untuk Warga Emas dan kanak-kanak

Promosi 1 Ramadhan - 10 Ramadhan

RM90.00+ untuk Dewasa
RM58.00+ untuk Warga Emas dan Kanak-Kanak 

Pakej Fitrah Al-Mubarak (Level 1)

RM90.00+ untuk Dewasa

RM58.00+ untuk Warga Emas dan Kanak-Kanak 


Bagi mereka yang ingin menunaikan sembahyang sebelum makan, pihak GBWHSA juga menyediakan Gasing Hall sebagai Surau untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Promosi Sinar Ramadhan 2015 akan bermula pada 1 Ramadhan dan tetamu digalakkan untuk membuat tempahan awal melalui telefon 03-55118811 atau terus ke bahagian Sales and Marketing Department ext : 2801, 2804 dan 2806. 


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in