Wednesday, May 27, 2015

Imaginary Friends : Gangguan atau Bayangan?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pagi ni dapat notification kat facebook dari Reena. Bila baca gambar yang dia tag tu terus rasa seram. 

Bahaya gak if anak-anak ada imaginary friends ni. Lukisan tu pun boleh bayangkan yang imaginary friend tu sesuatu yang menakutkan. 













Me tak tolak jika ada kemungkinan antara kita yang pernah mengalami perkara macam ni. Banyak yang kita boleh amalkan untuk elakkan daripada berlaku benda-benda macam ni. 

Yang paling penting, pantau keadaan anak kita. Dan jangan tinggalkan solat. Pastikan ayat-ayat Al-Quran dan zikir tak hilang dari dilagukan kita. 

Nak share cerita, pernah satu malam, masa tu kitorang 1 family tidur kat ruang tamu. Tengok anak-anak dah tidur sebab tu ambil keputusan tidur kat bawah je. Tetiba tengah malam Aisya kejut me, dia pandang dari tangga dan terus ke dapur pas tu dia tanya, "Dia nak g mana tu umi?" 

Perasaan me masa tu mesti lah terkejut kan. Tapi still boleh kawal. Me tanya Aisya "Siapa?"

"Tu (tunjuk ke dapur). Dia nak g mana tu?" 

Me pun bisik kat dia bagi tau takde apa-apa lah. Jom tidur. Pastu sambil-sambil me bacakan ayat kursi dan 3 Qul. 

Pasang lampu dapur dan buka tab pasangkan surah Yassin. Memang selepas tu tiap-tiap malam me pasangkan surah Yassin.

Anggapan me pada mulanya mungkin Aisya mengigaukan tapi mata dia masa tu tak lepas dari pandang ke dapur. Huhu. Risau jugak. 

Selepas kejadian tu ada few times terdengar bunyi guli dan ada sekali tu bunyi guli tu jatuh kat tangga. Betul-betul jelas. Bila cerita ngan en.abg dia kata tu budak rumah sebelah main. Me pun cuba untuk positif je lah kan. Huhu.

Hope takde apa-apa yang serius dengan gangguan-gangguan tu. Risau gak sebab ada anak kecil.


Baca lagi tentang Imaginary Friends ---> http://www.buzzfeed.com/jenlewis/the-creepiest-things-a-kid-has-said-about-an-imaginary-fr#.kyMD5VpkdB


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in