Thursday, May 28, 2015

# Info # Islam

Istiwa A’zam: Kedudukan Matahari Tepat Di Atas Ka’abah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH S.W.T. tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama). Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH S.W.T., pada petang ini, ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat boleh memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

BILAKAH ISTIWA A’ZAM BERLAKU?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

· 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
· 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Sebelum

· Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM ditalian 1051 atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.

· Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.

· Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.

· Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.

· Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.

· Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

· Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

· Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu iaitu diri dihujung bayang dan menghadap ke arah objek.  (Rujuk gambar di bawah)

· Tandakan arah qiblat.


Moga bermanfaat untuk rujukan dan pengetahuan semua. 



3 comments:

Follow me @munirah_izzan