Thursday, May 14, 2015

# #NurAeeraShuhayra # Life

Lakonan Mantap Aeera!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lakonan Mantap Aeera! | Bulan ni umur Aeera masuk 1 tahun 8 bulan. Memang dah panjang akal dia nak mengusik ayah dan umi.

Gambar bawah ni Aeera buat-buat tidur bila ayah panggil. Hebat lakonan dia. Umi pun ingatkan betul.

Masa nak betulkan kedudukan tidur dia tetiba dia jeling umi. Hahahahaha. Pastu sambung balik buat-buat tidur tu.


Ayah pun memula nak marah umi sebab biarkan Aeera tidur macam tu tapi terus tak jadi bila tengok Aeera jeling. Hahaha. Adoi anak umi.

Suka tau buat macam tu. Sekarang ni pun suka sangat buat-buat tidur. Memula bukan main lari-lari dengan Aisya. Bila umi panggil makan laju je cari tilam pastu tiarap sambil berlakon. Bila umi panggil mandi je tidur. Haha.

Geram je umi tau. Memang nak kena gigit buat gaya macam tu. Hahaha.

Kejap je dah besar. Rasa macam baru semalam mengandungkan dan bersalinkan Aeera. Tak sedar nak jadi kakak dah dia. Hehehe.

Dah sedia ke Aeera nak jadi kakak ni? Heeeeee...

posted from Bloggeroid


No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan