Tuesday, May 19, 2015

Perubahan Aisya dan Aeera Nak Dapat Adik Baru

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Perkembangan baby baik. Baru masuk 7 week. Tadi pegi scan dah nampak heartbeat baby. Tak sangka yang me pregnantkan anak ketiga dah. Tapi rezeki ALLAH bagi me takkan tolak. Even pening kepala dengan kerenah Aisya dan Aeera sekarang ni. Next time me cerita pasal macamana boleh ter'detect' diri tengah mengandung ni ea. 

Sekarang ni nak share perubahan anak-anak dulu. Heee. Memasing excited! 

Nur Aisya Syuhadaa

Sejak mengandung ni, me perasan yang Aisya selalu sangat nangis. Tegur sikit nangis. Kata tak boleh pun nangis. Manja lebih. Macam tu jugak la peel dia masa me mengandungkan Aeera dulu. Asyik nangis je. Tapi masa tu dia tak puas nak manja lagi kot. Yelah, dia baru 6 bulan me dah pregnant lagi.

Dan sekarang ni dah pandai dia bahasakan diri dia kak long. Dulu panggil Along je dia marah. Dia akan jawab “ini Aisya lah umi..” Hahaha. Tapi semalam me tanya sambil pegang dia..

Umi : Ni siapa?
Aisya : Along..

Eh.. terkejut jap..

Umi : Ni siapa? (sambil sentuh badan Aeera)
Aisya : Tu Angah..

Wow! I is suka yang amat.. Malam ni nak tanya lagi.  Hope dia jawab macam tu jugak. Heeeee

Nur Aeera Shuhayra

Haaaaaaaa.. Yang sorang ni lagi melampau-lampau manjanya. Hehehe. Asyik nak berkepit je dengan umi if umi ada kat rumah. Tak boleh nak berenggang. Umi keluar sidai baju kat luar pun dia nangis nak ikut jugak.

Asyik nak berpangku sambil peluk dia if tengok tv. Comel sangat tau. Bila alihkan tangan dia akan tarik semula. Heeeeee. Sambil-sambil tu dia suka dongakkan kepala minta umi kiss dahi dia. 

Pastu kalau tido malam, dia suka kongsi bantal dengan umi. Dia hanya akan tido di bantal yang sama dengan me. Tengah malam bila dia perasaan yang me tukar ke bantal lain dia akan ikut tapi dia akan merengek dulu. Marah kot. Hehehe. Tido tak pernah lena sebab asyik tukar bantal.

Semalam tanya dia, 

Umi : Nak adik tak?
Aeera : Nak..nak..
Umi : Ni adik (sambil pegang perut)
Aeera tengok je perut me pastu dia say "Hai.."

Hahahaha. Comel je anak umi kan. 

Tapi sebak tau iols! 

Belum cukup nak bermanja tetiba nak dapat adik baru pula kan. Huhu. Hope nanti Aisya and Aeera bolehlah tolong umi jaga adik.






Aeera kata nak adik boy!! 


Hahaha. 




3 comments:

  1. Nk samerla name ank kiter. Aisy n aeera jgk... hai!

    ReplyDelete
  2. Tahniah mun.cptnya dah nk dpt bb no3 ek.alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. tahniah sis. rezeki Allah kasi :)

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in