Thursday, May 7, 2015

# blog # Lada putih

Resepi Lada Putih Masak Ikan Masin

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Resepi Lada Putih Masak Ikan Masin | Macamana rupa lada putih tu ea? Jom berkenalan pula dengan lada putih. Lada putih ni pun salah satu makanana kegemaran masyrakat dusun di Sabah. Hari tu dah cerita pasal SAMBAL TUHAU kan. 

Sumber : Google Image
Rasa? Pedas. Tapi tak sama rasanya dengan cili padi tu. 

Banyak resepi yang boleh dihasilkan dengan lada putih ni tapi biasanya paling popular Ikan Masin Masak Lada Putih. Terbaik!

Resepi :

Bahan-bahan

Lada putih hiris dua
Ikan masin potong dadu
Air asam jawa
Sedikit garam
1 biji bawang merah

Cara Maasak : 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah.
2. Masukkan ikan masin dan goreng hingga garing.
3. Masukkan lada putih, asam jawa dan garam. Tutup kuali dan biarkan hingga mendidih. 

Sedap dihidangkan bersama nasi putih. 

Homaiii.. Bila ingatkan hidangan ni rasa macam nak fly balik Sabah sekarang juga. Dah lah memang tengah lapar. Uhuk!

Nak kirim dengan adik tapi adik kata lada putih sekarang ni pun kena order awal. Permintaan banyak. Perghh. Hebat penangan lada putih ni kan.



4 comments:

Follow me @munirah_izzan