Sunday, May 3, 2015

Sambal TUHAU

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sambal TUHAU | Rasanya ramai yang tidak mengenali apa itu tuhau. Tuhau adalah salah satu ulaman yang menjadi kegemaran setengah penduduk Sabah. Tuhau termasuk dalam keluarga halia. 

Sumber : google image
Resepi Sambal Tuhau : 

Bahan-bahan 

Tuhau
Cuka makan
Garam
Cili Padi

Cara-cara menyediakan sambal Tuhau

1. Tumbuk/ Blend Tuhau, cili padi dan garam. 
2, Gaulkan dengan cuka makan.
3. Peram 10-20 minit sebelum dihidangkan. 

Di semenanjung tak pasti if boleh jumpa pokok Tuhau ni. Dan me sendiri tak pasti kalau orang semenanjung akan sukakan ulam/ sambal Tuhau ni kerana baunya kuat dan kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Ada yang cakap baunya seperti kumbang kesing. Me kurang pasti nama kumbang tu di semenanjung, Heeee.

Apapun,, sangat rindukan sambal Tuhau ni. Me start makan sambal ni pun masa tingkatan 3. Sebelum tu tak makan pun sebab baunya. Tapi bila dah cuba sekali,, mesti tambah berkali-kali. Bau pun terus jadi wangi yang amat. Hahaha.

Ada tak warga semenanjung yang dah cuba atau teringin nak cuba sambal Tuhau ni? Hehehe.. 


17 comments:

  1. Memang x pernah tau dan x pernah tau pun apa tuhau ni...thanks atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. nyumnyumnyum! tetiba berliur sebut pasal sambal tuhau. pernah try serunding tuhau tak? saya lagi jatuh cinta dengan serunding tuhau berbanding sambal tuhau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jatuh cinta jga dgn serunding tuhau.. sedap!

      Delete
  3. ok kite first time dengar sambal Tuhau. hehe

    ReplyDelete
  4. X pernah lagi cuba makan sambal tuhau ni, rupanya macam tu tuhau ye..baru ku tahu hihi..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Yup.. rupanya mcm umbut.. tpi yg ni bau kuat..

      Delete
  6. igtkan sambal tauhu tadi hehehe.. first time tengok tuhau ni...

    ReplyDelete
  7. sekali baca ingatkan tauhu..2 kali baca, eh tuhau rupanya..kali pertama dengar ni

    ReplyDelete
  8. singgah petang, pertama kali kak ana dengar dan lihat tuhau ni, adakah ia pucuk batang pisang.. maaf jika tersalah ye,perkongsian yang baik disini.

    ReplyDelete
  9. @anajingga

    Bukan pucuk batang pisang.. hehe.. rupanya lebih kurang mcm tu.. pokoknya lebih kurang pokok bunga kantan..

    ReplyDelete
  10. ada benih dia tak??... kalau ada saya nak minta skit

    ReplyDelete
  11. sedap...kawan bagi, dia beli masa angro di pahang.. tapi x tahu nak beli di mana lak sekarang...

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in