Monday, May 25, 2015

# pengalaman hamil # Tips

Tips Mengatasi Morning Sickness

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tips Mengatasi Morning Sickness | Mual dan loya pada awal kehamilan adalah satu perkara biasa bagi wanita. Biasanya perkara ini terjadi hanya pada trimester pertama iaitu dari minggu 1 ke minggu ke-12  kehamilan. Namun ada juga yang menghadapi masalah loya dan mual ni hingga ke saat melahirkan.

Namun, tak perlu risau andai mengalami perkara ini. Me kongsikan beberapa tips untuk mengatasi masalah morning sickness ini.  

-          Makan sedikit tapi kerap. Jangan biarkan perut kosong. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.

-          Makan apa dan bila anda kehendaki. Elakkan pengambilan makanan berlemak, berempah, berasid atau bergoreng. Ambil makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B.

-          Simpan snek ringan di sebelah katil.

-          Dapatkan rehat yang secukupnya. Ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

-          Minum teh halia. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Namun perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati.

-          Cuba terapi semulajadi. Aromaterapi atau homeopati boleh membantu anda tetapi berjumpalah dengan mereka yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

Setakat ni me dah cuba kaedah aromaterapi menggunakan limau nipis. Bila rasa nak mual je hidu limau nipis. Always ada dalam poket baju. Bau-bau sitrus ni biasanya menenangkan. Hehe.


So, wanita mengandung yang ada masalah morning sickness boleh la cuba tips yang ada kat atas tu. 





sumber rujukan : babycenter.com.my


3 comments:

  1. bagus tips ni...he he he...thanks for sharing moon...

    ReplyDelete
  2. yoorin tak de sangat mabuk2 masa ngandung dulu..tak dapat bayang laa kalau mabuk tu camna.. tp teringat naik bot, ferri, cruise, memang mabuk teruk..mabuk laut..sakit perut rasa.. xnak laa mabuk2 time preggy..

    ReplyDelete
  3. bestnya kak pregnant! bagus tips ni utk ibuyg ada alahan..

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan