Tuesday, June 30, 2015

Bukan Tak Peduli

12:56 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam ada sorang kawan bertanyakan pendapat me tentang adik Yaya yang didera ayah kandung dan ibu tiri tu. Dia kata tak nampak me update dalam blog.

Bukannya me tak peduli. Bukan me tak ambil tahu pasal perkara ni malah setiap hari me cuba mengikuti perkembangan adik Yaya ni.

Tak update dalam blog sebelum ni sebab ini melibatkan emosi. Setiap kali baca pasal adik Yaya memang murah sangat airmata me mengalir.

6 bulan dia derita menahan sakit tu sorang-sorang. Ayah yang sepatutnya menjadi pelindung pada adik Yaya juga berhati binatang.

13 tulang patah. Kulit kepala koyak. Usus berpintal. Kecacatan kekal. Baru baca akhbar hari ni, kemaluan adik ni pun dicucuh rokok. Allahuakbar!! Kekejaman apakah ini?

Budak berumur 5 tahun. 5 tahun! Apalah anak sekecil ini tau.

Semoga dijatuhkan hukuman setimpal buat pelaku berhati binatang ini. Me tak mampu nak maafkan apa yang mereka lakukan pada adik Yaya.

Buat adik Yaya, doa kami rakyat Malaysia tetap bersamamu sayang. Tabahlah. Semoga selepas ini sinar bahagia akan bersamamu.

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 24, 2015

Selamat Harijadi Anak Solehah!

3:22 PM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Hari ni 24 Jun 2015 genap umur Nur Aisya Syuhadaa binti Abdul Karim 3 tahun.

Teringat kisah 3 tahun lepas, kala ini me sedang bertarung nyawa melahirkan puteri sulung kami. Tak dapat nak gambarkan keadaan me masa tu.


Syukur kerana ALLAH bagi me peluang untuk melihat Aisya membesar hingga ke hari ni.

Terlalu panjang doa dari umi untuk mu anak solehah. Tak mampu umi coretkan semuanya di sini. Namun ketahuilah, lahir dirimu adalah kegembiraan umi dan ayah.


Foto dari Mojo Studio

Foto dari Mojo Studio

Foto dari Mojo Studio

Semoga anak umi membesar dengan baik. Umi dan ayah akan cuba bagi yang terbaik buat Aisya dan adik-adik.

InsyaALLAH. Amin. 

Tuesday, June 23, 2015

Pelbagai Jenis Serunding Untuk Tempahan

2:23 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Ramadhan buat semua rakan maya. 

Di bulan mulia ini, jom kita sama-sama membantu usaha saudara kita yang memerlukan bantuan. Salah seorang yang perlukan bantuan kita adalah ibu tunggal ini, Alia Haryanie. Jika tidak membeli mungkin boleh panjangkan pada orang lain yang mungkin berminat dengan produk serunding yang dihasilkan. 








Jom baca cerita Alia Haryanie di http://aliaharyanie.blogspot.com/ . Mungkin usaha kita yang sedikit ini mampu meringankan beban dia dalam membesarkan anak-anak.

Produk : 

Serunding Daging Tempatan 250gm - RM18
Serunding Ayam 250gm - RM18
Serunding Ikan 250gm - RM12
Mini Karipap 1kg - RM32
Mini Popia 1kg - RM32

Untuk tempahan boleh direct messege atau whatsapp Pn. Alia di nombor 012 921 8016.


Monday, June 22, 2015

Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur

1:03 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur | Sedar tak sedar hari ni dah masuk 5 Ramadhan kan. Tapi me still tak dapat rentak bersahur dalam keadaan berbadan dua ni. Yelah. Kali ni berpuasa di awal kehamilan. Dugaannya lain daripada berpuasa ketika berada dalam trimester kedua dan ketiga.

Dugaan first trimester ni lain sangat. Rasa macam tak bertenaga. Cepat mengantuk dan pening kepala. Menguap tu tak terkira berapa kali banyaknya. Huhuhu. Tak selesa nak kerja dalam keadaan macam ni.

Sebab pemakanan ketika sahur kah? Waktu sahur me memang makan je apa yang ada. Tak fikir sesuai ke tak sesuai. Huhu. Kadang pas makan tu memang akan ada rasa mual. Pastu muntah. Huhuhu. Tekak perit. Topup ngan air kosong je lepas muntah tu.

Tadi google tips pemakanan wanita hamil ketika sahur dan jumpa tips ni. Antara makanan yang elok di ambil oleh wanita hamil ketika bersahur ialah :-

- Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.

- Bijirin berserat tinggi dengan susu krim rendah lemak.

- Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

- Seboleh-bolehnya elakkan minum teh semasa sahur kerana ia boleh buat anda ternyahhidrat.


Lepas ni bolah cuba amalkan tips ni rasanya sebab sebelum ni me lebih kepada pengambilan makanan yang berminyak ketika sahur. Huhu.


Moga Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur ni bermanfaat buat semua. 

Thursday, June 18, 2015

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa

2:54 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak share pula tips minum 8 gelas air di bulan puasa. Alhamdulillah. Terima kasih pada mereka yang buat tips ni.

If me selalu masa sahur tu terus minum 3 gelas air. Tapi cara tu memang salah sebabnya kalau buat macam tu lebih cepat proses pembuangan. Tu sebab pas sahur tu kerap masuk toilet buang air kecil. Haaaa.

Sumber : whatsapp
tips minum 8 gelas air di bulan puasa
Petang karang dah boleh start cara macam ni. Tapi pastikan air kosong tau. Bukan air manis. Air manis tu buat kita lebih cepat haus. Tau je la bulan puasa ni macam-macam air yang ada kan.

Sama-sama kita manfaatkan tips minum 8 gelas air di bulan puasa ni yaaa.

Salam ramadhan semua!

Wednesday, June 17, 2015

Abadikan Gambar Keluarga Di MOJO Studio

3:30 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pertama kali ambil gambar kat studio. Bukan gambar passport tau. Hahaha. 

Ni gambar keluarga. Alhamdulillah. Pengalaman terbaik bersama Mojo Studio. Walaupun Aisya dan Aeera tak bagi kerjasama pun. Haaaaaaa. 

Selesa sangat Mojo Studio ni. Dilengkapi pengdingin hawa sebab tu Aisya suka sangat lari pusing satu studio tu. Memang riuh dengan suara anak-anak je hari tu. 

Kelebihan bergambar di MOJO Studio?

=================================================================

Promosi RM100 untuk 1 jam sesi penggambaran. Harga asal RM150. Apa lagi yang bakal anda dapat?
  • 5 keping 4R/ 1 keping gambar berukuran A4
  • 1 keping CD beserta gambar yang diambil
  • Perkhidmatan rakaman foto secara profesional
  • 1 jam bagi setiap sesi penggambaran
=================================================================


Ni antara gambar yang sempat diabadikan kat Mojo Studio ni.

Persalinan pertama adalah persalinan Raya. Tahun ni tema Grey. So, baju dah awal-awal rasmikan untuk photoshoot ni. Hehehe.








Persalinan kedua, en.abg dengan uniform.



Persalinan ketiga untuk en.abg dan kedua buat me dan anak-anak. Santai.







Kebanyakan gambar macam kelam-kabut sikit sebab anak-anak memang meragam masa tu. Nasib baik lah en.photographer mampu bersabar dengan kerenah Aisya dan Aeera. 

Haaa.. Last but not least. Gambar dengan rakan KBBA blogger. Kak Anil dan Yaya Cendana.



Happy dan puas hati sangat masa photoshoot hari tu.

Untuk booking boleh hubungi :

Whatsapp

En.Azam - +60163379047
En.Duwan - +60192218182

Facebook - Mojoreelfansclub
Instagram - mojo.studio
Website - www.mojoreel.com
Email - mojoreel@gmail.com / mojo@mojoreel.com

Lokasi :

MOJO Studio
Desa Melawati, Ulu Kelang
Kuala Lumpur.
(Near Saville)




Tuesday, June 16, 2015

Lirik : Kun Anta Versi Rindu Ramadhan

9:44 AM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lirik : Kun Anta Versi Rindu Ramadhan | Fenomena Kun Anta nyanyia Humood Alkhuder semakin meluas di serata dunia. Ada banyak juga lagu yang di ubah mengikut melodi Kun Anta ni. 

Salah satu versi Kun Anta yang menarik minat me adalah lagu Rindu Ramadhan dendangan Amar dan lirik oleh Ramzul Ikbar. 

Memang satu lirik yang puitis dan mampu membuatkan kita rindukan bulan mulia Ramadhan. 


RINDU RAMADHAN

Ya Ramadhan
Hadirmu menjengah syahdu
Pada hati yang menunggu
Sebening rindu

Kau sirami taman
Menyegarkan iman
Diri yang ketandusan
Mekar bak bungaan

Kala Ramadhan menjelma
Bersyukurlah kita 
Kerana bulan mulia
Ada rahmat padanya

Kala ada keampunan
Ada kebebasan
Dari azab-NYA
Jangan persiakan

Ayuh bersama raikannya

Malamnya ibadah
Dengan jiwa yang mujahadah
Pasrah dan berserah
Pada ALLAH

Ramadhan berlalu
Bila sampai waktu
Mungkinkah aku
Bertemu denganMu

Ramadhan ku rindu
Di ruangan waktu
Mungkinkah aku
Bertemu denganMu

Sebak hati masa menaip. Teringat saudara dan kawan yang dilanda musibah di Sabah. Terutama area Ranau dan Kota Belud. Lagi beberapa hari nak puasa. Semoga mereka diberi ketabahan. Tak mampu nak cerminkan rasa sedih ni. 


Thursday, June 11, 2015

Pencil.my : Wild-Wild West Appreciation Night 2015

12:42 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Pencil.my merupakan satu produk pendidikan yang dihasil oleh syarikat Pencil Brand Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada November 2012 oleh Tuan Hj Kamal Abdul Razak. Beliau merupakan seorang Senior Lecturer di Malaysian University Science and Technology (MUST). Beliau mempunyai pengalaman selama hampir sepuluh tahun dalam bidang perniagaan dan pendidikan.Syarikat ini telah mendapat status MSC pada  2012 dibawah cluster Infotech.

Produk Pencil Brand Sdn Bhd ini adalah PENCIL.MY. Ianya merupakan produk pendidikan berbentuk portal asas (portal-base) yang menggabungkan platform sosial (Facebook, Twitter, Google) dan simulasi animasi berbentuk permainan. Golongan sasaran sebagai pengguna adalah pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5. 

Ianya bertujuan untuk menarik minat pelajar kepada 'ketagih' untuk belajar. Antara ciri-ciri menarik dalam pencil.my adalah :

-silibus dan soalan yang sentiasa dikemaskini oleh hampir 45 orang tenaga guru yang berpengalaman

-sistemnya sentiasa dipantau oleh hampir 30 orang programmer

-in-game reward seperti experience, medal dan rank yang dihubungkan terus ke Facebook untuk di'update' statusnya

-boleh berhubung sesama rakan yang menjadi pengguna pencil.my dalam portal 

Grand Launching Pencil.my telah diadakan pada 12 April 2015 bertempat di Menara Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Sumber : Laman sesawang Pencil.my
Matlamat utama pencil.my adalah untuk membantu negara dalam meningkatkan kualiti dalam sektor pendidikan masa kini. 

Wild-Wild West - Appreciation Dinner Pencil.my 2015

Pada 6 Jun 2015, satu majlis penghargaan telah diadakan dengan tema 'Cowboy (Wild-Wild West) bertempat di Setia Alam Convention Center. 

Malam itu adalah malam penganugerahan buat mereka-mereka yang berusaha berjuang bersama Pencil.my.

Hadiah percutian dan wang tunai juga diberikan sebagai hadiah cabutan bertuah khas buat staf-staf dan tetamu yang hadir pada malam itu.

Sumber : Instagram yanieyusuf

Dato AC Mizal dijemput sebagai pengacara pada malam itu.


Terima kasih Acik. Terima kasih Nanie sebab bagi peluang kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk sama-sama dalam majlis hebat ni. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pencil.my, boleh layari :-

Pencil Brand Sdn Bhd 
Suite MR2-01-04, Sri Acapella Commercial Annexe, 
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33,
40000 Shah Alam,
Malaysia
Email: support@pencil.my
Website: http://www.pencil.my/

Wednesday, June 10, 2015

Tips Elakkan Sakit Belakang Bagi Ibu Mengandung

10:42 AM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam me cuti lagi. Kisahnya sebab sakit belakang yang tak tertahan. Mungkin salah posisi ketika tidur. Tak pasti. Yang me tau, masa mengandungkan Aisya dan Aeera tak pernah rasa macam ni.

Terbaca kat facebook tips elakkan sakit belakang bagi ibu mengandung. 





Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.
Sumber : Dr Hamid Arshat
Lagi yang perlu di elakkan :

- Elakkan membongkok jika ingin mengambil barang di lantai. Bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang lurus.

- Elakkan mengangkat barang yang berat.

- Elakkan menyilang kaki dan duduk mencangkung.

- Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kaskut yang rata dan ringkas.


Haaa. Me ni salah sorang yang suka amik barang dengan membongkok. Ades. Patutlah senang je diserang sakit belakang kan. Insaf dah ni.

Moga tips yang di share berguna untuk pengetahuan semua. 

Monday, June 8, 2015

Anak-Anak Tak Lena Tidur Bila Ayah Tiada

10:14 AM 8 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Yawning! Yawning! Hurm..

Semalam tak boleh tidur lena sebabnya Aisya asyik terjaga cari ayah. Aeera pula asyik merengek. Tak tau kenapa semalam budak dua orang ni tidur macam gundah sikit. Rindu ayah dia kot.

Aisya bila bangun mesti jengah tempat ayah dia tido. Pastu kejut me tanya ayah mana. Me bagitau ayah work. Pastu dia sambung tidur. Tak lama lepas tu bangun lagi. Beberapa kali juga la dia terjaga malam tadi. Huhu. 

Dia mungkin terasa sebab biasanya malam dia tidur sebelah ayah dia. 

En.abg bertolak ke Kg.Gajah semalam. Kursus jurulatih seminggu. Nampaknya seminggu ni juga me akan berhadapan dengan soalan yang sama. Bertabahlah diri. 

Aisya dan Aeera memang nampak lebih manja dengan ayah dia berbanding dengan me. Kata orang biasanya anak perempuan akan lebih rapat dengan ayah kan. Ternyata kenyataan ini betul.

Bila anak-anak dengan en.abg, dia tak tetapkan peraturan apa-apa pada anak. Nak main, main je. Yang penting jangan gaduh. Sepah je rumah, nanti umi kemas. Hahaha. Yang ni memang buat me geram. Nak makan apa, makan lah. 

Cuba dengan umi, kalau nak main, kena tolong umi kemas. Siapa sepah rumah, kena kemas. Nak makan? Memang umi tapis siap-siap dulu. Hehe. 

Apapun, me buat macam tu bersebab. Bukan saja-saja. 

Saturday, June 6, 2015

Lagi Gempa Susulan Di Ranau, Sabah

12:31 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

ALLAHUAKBAR.

Lindungi mereka di sana Ya Allah. Tak mampu untuk tidur lena malam ni. Sentiasa update dengan keadaan keluarga di Ranau.

Lagi 2 gempa susulan berskala 4.4 dan skala 4.7 dalam masa 4 jam malam ini.





Timeline facebook penuh dengan status risau dan takut. Ada terbaca status rakan yang mengatakan sepanjang hari ni sahaja lebih dari 17 gempa susulan yang berlaku. Sejauh mana kesahihannya, hanya mereka di sana yang tahu.

Me di sini tak mampu untuk lena apa lagi mereka yang berada di sana.

Gugur lagi airmata kerisauan.

Macamana agaknya mereka yang terperangkap di atas Gunung Kinabalu? Moga ALLAH permudahkan urusan untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas. Tak dapat bayangkan keadaan mereka yang kekurangan bekalan makanan dan pastinya kesejukan. Huhu.

posted from Bloggeroid

Friday, June 5, 2015

Gempa Bumi Dirasakan di Sabah

7:51 AM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Awal pagi whatsapp dari group family dan kawan-kawan di Sabah dah rancak. Rupanya terdapat 2 kali gempa yang mengejutkan penduduk Sabah.

Bila buka facebook timeline kawan dan family semua update pasal gegaran ni.

Ni status facebook adik me..



Katanya gempa kali kedua tu lebih kuat.

Sumber dari mereka yang ada di Sabah, ada bangunan yang retak. Cermin bank pecah. Sejauh mana kebenarannya me pun kurang pasti.

Tapi kalau betul memang kuat gegaran tu.





Semoga ALLAH melindungi keluarga, kawan dan semua yang berada di Sabah.

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 3, 2015

Perhatian Serius Kepada Semua Perokok

10:09 AM 11 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Anda seorang perokok?



Bukan anda seorang yang terkesan dengan asap rokok tu tapi anda membawa orang lain bersama anda. Mungkin anda tidak peduli tapi apa perasaan anda bila orang yang terdekat atau orang yang anda sayang yang mendapat kesannya?

Baru nak menyesal? Baru nak boikot? Sudah terlambat.



Sedarlah!

Boikot rokok!!

posted from Bloggeroid

Monday, June 1, 2015

Bersangka Baik Dengan Percaturan ALLAH

4:00 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni pepagi lagi dah dibawakan berita yang membuatkan diri me down yang amat. Bila dengar bergenang airmata. 

Menyambung penantian untuk kesekian kali nya.

Mula terasa demotivated. Sedangkan berita ini yang ditunggu sekian lama.

Beritakan pada en.abg, katanya mungkin ada hikmah disebalik. Bersabarlah. Banyakkan berdoa.

Airmata menitis lagi.


Positifkan diri. Cuba untuk terus bersabar.    


Bersangka baik dengan percaturan yang ALLAH aturkan untuk kita. 

Semoga akan ada sinar di penghujung penantian nanti.



Template Berubah Lagi

12:00 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

1 Jun 2015. Template berubah lagi. Haaaaa. Berapa banyak kali nak tukar kan. 

Kali ni terakhir untuk tahun ni. Janji! Hahaha.


So, how's? 

Apa pendapat korang? Ok ke tak? 

Me is tak berapa nak pandai nak pilih-pilih color. Biasanya if tukar template memang serah bulat-bulat pada designer.

Dannn..

Me ni jenis yang senang puas hati. Hahaha. Tak cerewet pom. Untung tau dapat customer macam ai.

Yeker? #ehh

Apapun, thanks so much pada Najiah sebab sudi ambil tempahan me ni. Suka dan puas hati sangat!!

Bagi yang teringin nak tukar or edit template boleh terus ke Fb Page JiaKreatifFelt

Atau boleh ke blog JiaKreatifFelt untuk tengok hasil tangan beliau.

Semuanya cantik uolss.


Iklan Jawatan Kosong UiTM Jun 2015

8:57 AM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Jun buat semua. Pagi ni nak bawa berita baik buat rakan-rakan yang sedang mencari kerja. 


Ada lebih 34 jawatan yang ditawarkan secara tetap/ kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan. 

Tarikh tutup permohonan adalah 15 Jun 2015 (Isnin).

Klik banner di bawah untuk terus ke pautan iklan.


Selamat mencuba semua.. :D

Follow me @munirah_izzan