Monday, June 8, 2015

Anak-Anak Tak Lena Tidur Bila Ayah Tiada

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Yawning! Yawning! Hurm..

Semalam tak boleh tidur lena sebabnya Aisya asyik terjaga cari ayah. Aeera pula asyik merengek. Tak tau kenapa semalam budak dua orang ni tidur macam gundah sikit. Rindu ayah dia kot.

Aisya bila bangun mesti jengah tempat ayah dia tido. Pastu kejut me tanya ayah mana. Me bagitau ayah work. Pastu dia sambung tidur. Tak lama lepas tu bangun lagi. Beberapa kali juga la dia terjaga malam tadi. Huhu. 

Dia mungkin terasa sebab biasanya malam dia tidur sebelah ayah dia. 

En.abg bertolak ke Kg.Gajah semalam. Kursus jurulatih seminggu. Nampaknya seminggu ni juga me akan berhadapan dengan soalan yang sama. Bertabahlah diri. 

Aisya dan Aeera memang nampak lebih manja dengan ayah dia berbanding dengan me. Kata orang biasanya anak perempuan akan lebih rapat dengan ayah kan. Ternyata kenyataan ini betul.

Bila anak-anak dengan en.abg, dia tak tetapkan peraturan apa-apa pada anak. Nak main, main je. Yang penting jangan gaduh. Sepah je rumah, nanti umi kemas. Hahaha. Yang ni memang buat me geram. Nak makan apa, makan lah. 

Cuba dengan umi, kalau nak main, kena tolong umi kemas. Siapa sepah rumah, kena kemas. Nak makan? Memang umi tapis siap-siap dulu. Hehe. 

Apapun, me buat macam tu bersebab. Bukan saja-saja. 

8 comments:

  1. rindu ayah lettew. yup kita buat sesuatu tu bersebab bukannya saja-saja, kita lebih tahu kenapa kita lakukan sesuatu peraturan ataupun perkara kepada anak kita kann???

    sabar yer anak-anak aunty nanti ayah balik lettew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. nak ajar anak-anak ni kena mula dari kecik..

      Delete
  2. haha anak ayah ni.. hehe

    Yela kak melentur buluh biarlah dari rebungnya ye tak ^^

    ReplyDelete
  3. anak ayah yea.. anak-anak saya pulak, kalo ayahnya kerja luar, derang tidur awal sangatt.. tinggallah saya macam perabot bernyawa je.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya tido awal.. sy pulak bersengkang mata nak tggu diorang tido.. hehe

      Delete
  4. hye kak moon, sy yanie adik sara issara. best ye ada 2 princess yg manja ngan ayah diorang. x sabar nk ada princess sendiri, dh 10 bln nikah mgkn x lama lg kot. doa2kan sy ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi yanie.. insyaALLAH.. moga dipermudahkan rezeki tu yaa.. :D

      Delete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in