Tuesday, June 30, 2015

Bukan Tak Peduli

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam ada sorang kawan bertanyakan pendapat me tentang adik Yaya yang didera ayah kandung dan ibu tiri tu. Dia kata tak nampak me update dalam blog.

Bukannya me tak peduli. Bukan me tak ambil tahu pasal perkara ni malah setiap hari me cuba mengikuti perkembangan adik Yaya ni.

Tak update dalam blog sebelum ni sebab ini melibatkan emosi. Setiap kali baca pasal adik Yaya memang murah sangat airmata me mengalir.

6 bulan dia derita menahan sakit tu sorang-sorang. Ayah yang sepatutnya menjadi pelindung pada adik Yaya juga berhati binatang.

13 tulang patah. Kulit kepala koyak. Usus berpintal. Kecacatan kekal. Baru baca akhbar hari ni, kemaluan adik ni pun dicucuh rokok. Allahuakbar!! Kekejaman apakah ini?

Budak berumur 5 tahun. 5 tahun! Apalah anak sekecil ini tau.

Semoga dijatuhkan hukuman setimpal buat pelaku berhati binatang ini. Me tak mampu nak maafkan apa yang mereka lakukan pada adik Yaya.

Buat adik Yaya, doa kami rakyat Malaysia tetap bersamamu sayang. Tabahlah. Semoga selepas ini sinar bahagia akan bersamamu.

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. sedih kan sanggup dia buat anak dia mcm tu ka..apa la nk jadikan..sob sob..binatang pun syg anak dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. makin tenat hati setengah manusia skang..

      Delete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in