Saturday, June 6, 2015

Lagi Gempa Susulan Di Ranau, Sabah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

ALLAHUAKBAR.

Lindungi mereka di sana Ya Allah. Tak mampu untuk tidur lena malam ni. Sentiasa update dengan keadaan keluarga di Ranau.

Lagi 2 gempa susulan berskala 4.4 dan skala 4.7 dalam masa 4 jam malam ini.





Timeline facebook penuh dengan status risau dan takut. Ada terbaca status rakan yang mengatakan sepanjang hari ni sahaja lebih dari 17 gempa susulan yang berlaku. Sejauh mana kesahihannya, hanya mereka di sana yang tahu.

Me di sini tak mampu untuk lena apa lagi mereka yang berada di sana.

Gugur lagi airmata kerisauan.

Macamana agaknya mereka yang terperangkap di atas Gunung Kinabalu? Moga ALLAH permudahkan urusan untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas. Tak dapat bayangkan keadaan mereka yang kekurangan bekalan makanan dan pastinya kesejukan. Huhu.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. semoga baik2 mereka disana . insyaAllah . Aamiin :)

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in