Wednesday, June 10, 2015

# Tips # tips ketika hamil

Tips Elakkan Sakit Belakang Bagi Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam me cuti lagi. Kisahnya sebab sakit belakang yang tak tertahan. Mungkin salah posisi ketika tidur. Tak pasti. Yang me tau, masa mengandungkan Aisya dan Aeera tak pernah rasa macam ni.

Terbaca kat facebook tips elakkan sakit belakang bagi ibu mengandung. 





Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.
Sumber : Dr Hamid Arshat
Lagi yang perlu di elakkan :

- Elakkan membongkok jika ingin mengambil barang di lantai. Bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang lurus.

- Elakkan mengangkat barang yang berat.

- Elakkan menyilang kaki dan duduk mencangkung.

- Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kaskut yang rata dan ringkas.


Haaa. Me ni salah sorang yang suka amik barang dengan membongkok. Ades. Patutlah senang je diserang sakit belakang kan. Insaf dah ni.

Moga tips yang di share berguna untuk pengetahuan semua. 

6 comments:

  1. sy stkt ni Alhamdulillah xpnh lg skt blkg.....

    ReplyDelete
  2. Tq Moon Izzan perkongsian tips ni... eija prggy anak 1st dulu memang sakit.. anak kedua ni alhamdulillah da kurang sikit dr sblm ni..

    ReplyDelete
  3. selalu sangat sakit belakang sekarang..huhu..nice info btw thanks dear

    ReplyDelete
  4. terima kasih d atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  5. Mula2 sakit pingang..sekrang ok..tapi kadang sakit gak

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan