Monday, June 22, 2015

Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur | Sedar tak sedar hari ni dah masuk 5 Ramadhan kan. Tapi me still tak dapat rentak bersahur dalam keadaan berbadan dua ni. Yelah. Kali ni berpuasa di awal kehamilan. Dugaannya lain daripada berpuasa ketika berada dalam trimester kedua dan ketiga.

Dugaan first trimester ni lain sangat. Rasa macam tak bertenaga. Cepat mengantuk dan pening kepala. Menguap tu tak terkira berapa kali banyaknya. Huhuhu. Tak selesa nak kerja dalam keadaan macam ni.

Sebab pemakanan ketika sahur kah? Waktu sahur me memang makan je apa yang ada. Tak fikir sesuai ke tak sesuai. Huhu. Kadang pas makan tu memang akan ada rasa mual. Pastu muntah. Huhuhu. Tekak perit. Topup ngan air kosong je lepas muntah tu.

Tadi google tips pemakanan wanita hamil ketika sahur dan jumpa tips ni. Antara makanan yang elok di ambil oleh wanita hamil ketika bersahur ialah :-

- Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.

- Bijirin berserat tinggi dengan susu krim rendah lemak.

- Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

- Seboleh-bolehnya elakkan minum teh semasa sahur kerana ia boleh buat anda ternyahhidrat.


Lepas ni bolah cuba amalkan tips ni rasanya sebab sebelum ni me lebih kepada pengambilan makanan yang berminyak ketika sahur. Huhu.


Moga Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur ni bermanfaat buat semua. 

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in