Tuesday, July 28, 2015

Kisah Aisya, Syahrin Dan Kambing

9:44 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kisah Aisya, Syahrin Dan Kambing | Nak bercerita kisah raya? Tunggu.. mood tu belum mari. Haha. Nak share satu cerita haru ni dulu.

Kisahnya, ahad lepas me dan en.abg buat makan-makan sikit. Jemput pun kawan-kawan kat opis je. Tak ramai pun sebab plan last minit. Bukan open house tau. Heeeeeee. 

Jadinya ramailah budak-budak kat rumah tu kan. Riuh satu taman ko. Aisya dan Aeera mestilah suka. Bukan main budak dua orang tu berlari. Menjerit. Haha. Nak borak pun menjerit sebab nak lawan suara budak-budak tu semua. 

Tetiba Aisya datang kat me. "Mi, mana Syahrin?" Me blur jugak. Siapa pulak Syahrin tu kan. Anak-anak jiran pun takde nama Syahrin. 

Bila me tanya Aisya, Syahrin tu siapa dia tak jawab pun. Dia terus lari sambung main lagi.

Pastu masa mandikan dia petang tu, dia tanya lagi. 

Aisya : Umii, Syahrin mana?
Umi : Syahrin tu siapa sayang?
Aisya : Syahrin tu kambing la. Dia dah pegi dah. Apalah umi ni.

Ko rasa?! Hahahahahaha.

Ni ke Syahrin? Hahaha
Sumber : google image

Kambing mana pulak glamour sangat nama Syahrin ni. Hahahaha. 

Geram pulak me bila Aisya kenakan macam ni. Memang terjerit dalam bilik air bila dengar jawapan Aisya tu. Hahaha.


Monday, July 27, 2015

Kuah Kacang Istimewa Untuk Isteri

12:32 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kuah Kacang Istimewa Untuk Isteri | Haaaaa.. Hari pertama bekerja setelah bercuti selama seminggu. Perasaan? Teeeeet! Lemau yang amat. Hahaha. Biasalah kan. Bila dah bercuti tu mana nak ingat ofis.

Macamana raya korang? Mesti best kan. Me? Seronok! Hehehe.

Ni nak cerita pasal kuah kacang. 

Tangan me ni taklah 'panas' nak pegang kuali kan. Setakat masak biasa-biasa untuk makan seharian tu boleh la. Yakin sikit. Tapi nak jamu orang ramai me memang tak yakin sangat lagi. Biasanya en.abg yang akan turun ke dapur. Huhu.

Nak dijadikan cerita, selepas balik dari kampung en.abg hari tu tiba-tiba teringin nak makan nasi impit dengan kuah kacang. Masalahnya, me ni memang tak reti nak masak benda alah tu. Sedih tau. 

Pastu teringat kawan gojes ni, Safiyyah Osman ada jual kuah kacang instant. Cuma tambah air panas je pastu dah boleh makan. Tangan me cepat je tau whatsapp dia. Pas tu baru whatsapp en.abg. Tapi en.abg kata tak payah beli. Nanti dia buatkan. Haaaaaa kau. 

Me ni cuak juga bila dia kata nak buatkan. Yelah kita tengah teringin nak makan. Karang tak jadi tak makan pulak kan. 

Petang tu en.abg balik siap beli cili kering, kacang, lengkuas dan serai. Udang kering takde sebab me alergik udang. Jadi memang tak bubuh la. En.abg kata ni bahan nak masakkan kuah kacang istimewa untuk isteri. Terharu lagi!

En.abg cuma minta me tolong rebuskan nasi impit dengan cili kering je. Pastu dia suruh me keluar dari dapur. Hahaha. Kena halau tuu. Kesiankan. 

Terharu juga bila tengok dia bersusah payah masak untuk isteri dia ni. 

Tunggu punya tunggu, finally sampai sesi merasa masakan dia. Ambil nasi impit sikit pastu cedok kuah kacang sikit. Cuak nak makan even rupa kuah kacang tu dah ada.

Suap sikit dalam mulut. Terus bergenang airmata ni. Sedap! Terharu sungguh!

Percubaan pertama yang memang tak mengecewakan. 


Esoknya memang sarapan dengan nasi impit dan kuah kacang istimewa untuk isteri ni lagi. 

Lepas tu kan,, timbul kesal di hati. Me ni asyik nak senang je. Nak beli yang instant. En.abg pulak gigih menggoogle resepi kat internet. Bilalah nak ada usaha macam en.abg ni. Huhuhu.

Berubahlah wahai Munirah Mohamad Izzan. 

Wednesday, July 15, 2015

Masih Di Sini~

3:33 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni masih berada di pejabat. Mood nak kerja sebenarnya dah berkurangan sejak semalam lagi. 

Esok pun akan tetap berada di sini. InsyaALLAH selepas waktu pejabat terus pecut balik kampung. Doa dalam hati moga-moga esok Tan Sri VC akan bagi pelepasan setengah hari bekerja. Hehehe. Tiap-tiap tahun sehari sebelum raya biasanya dapat separuh hari. Hope tahun ni dapat jugak la yee.

Baru selesai daftarkan MC dan Cuti Gantian Rehat staf pejabat. Dapatlah update blog kejap. Hehe. 

Dah makin terasa sunyi kat pejabat ni. Takda dah riuh rendah suara orang ketawa atau berbincang. Semua pakat balik kampung hari ni. Haaaaa. Kitorang ni je yang tak reti-reti nak balik. Haha

Pada semua yang  tengah memandu tu, berhati-hati di jalan raya. Ingat orang-orang yang tersayang. 


Semoga selamat sampai di tempat yang di tuju. Aamin. 





Biskut Yang Wajib Ada Ketika Raya

9:30 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak tanya ni. Jujur. Korang beli ke atau buat sendiri biskut untuk raya nanti? 

Me? Tangan tak panas nak uli tepung. Mampu tunjuk je la. Hehehe. Tapi yang penting, sebelum tunjuk tu kenalah rasa tester dulu. Tak pasal nanti menyesal pulak. 

Biskut yang wajib ada kat rumah bila tiba raya ialah biskut makmur. 

sumber : google image
Ini biskut kegemaran tau. Hehe. 

Tapi sejak me kat semenanjung ni, belum pernah lagi jumpa biskut makmur yang menepati citarasa tekak me. 

Biskut makmur kegemaran me buat masa ni yang terbaik ada kat Sabah je. Air tangan makcik me sendiri. Adik kepada mak. Dia buat memang sedap. Bagi me lah. Hehe. Tak tau orang lain.

Tahun ni beli biskut makmur daripada rakan blogger, Kak Nina Mirza. Tapi tak sempat rasa tester dia. Tak sabar nak raya ni. Nak rasa biskut tu. Hehehe. 

Korang pula biskut raya apa yang wajib ada masa raya?







p/s : Dah habis sebalang biskut samperit kat rumah. Hahaha. Sib baik beli 2 balang ri tu. 


Tuesday, July 14, 2015

Menangis Cari Kasut Raya

3:15 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Korang dah beli kasut raya tak? Tadi survey kasut dan selipar raya. Pilih punya pilih, adalah 2 3 yang berkenan di hati. 

Ambil keputusan beli kat kedai tu je lah. Tak larat dah nak pusing-pusing cari tempat lain. 

Tapi.....

Tapi.....

Tapi....

Bila sampai masa tanya saiz memang kecewa yang amat. 

Memang bila nak beli kasut ada pilihan pertama kedua dan ketiga kan. Bila tiga-tiga pilihan tu tiada saiz kita frust yang amat. Rasa nak nangis je tau.

Round lagi sekali kedai tu, capai je mana-mana kasut yang penting comfort. Ada lain yang me nak tapi tu arr.. Tinggi sangat pulak. Hahaha. Awak tu dah la mengandung. Mau kena bom dengan mak mentua karang.

Akhirnya...


Taklah cantik sangat tapi bagi me selesa la nak pakai. Paling penting, saiz ada dan warna merah. Tapi saiz 4 yang ni pun macam besar gak terasa.

Bila wassap en.abg kata saiz takde, selamba dia tanya 'kat situ ada kedai kasut budak tak?' Ahahahaha. Adoi. Cinderella sangat kaki ni tauuuu.

Harga? Murah je pun. Tak mampu nak beli yang mahal-mahal tu. Lagipun nak jimat katanyaaaaa kan. RM48 je pun. Heee.

Menyesal beli? Tak pun sebab dah rasmikan pun kasut ni. Hahaha. Bila pakai memang selesa sangat.

Kasut raya korang mesti vogue kan. Takpe. Tahun depan iols melaram heels pulak. Hehehe.



Monday, July 13, 2015

Moeder Untuk Kesihatan Ibu Mengandung Dan Menyusukan Anak

1:55 PM 19 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Moeder Untuk Kesihatan Ibu Mengandung Dan Menyusukan Anak | Semasa mengandung, susu adalah salah satu makanan tambahan buat me dan baby dalam kandungan. Bila tak mampu nak telan nasi, me memang cari susu. Alhamdulillah. Setakat ni tekak mampu terima susu. Heeee. 

Susu adalah pelengkap nutrisi bagi ibu hamil kerana kandungan nutrisi yang ada dalam susu mampu memenuhi keperluan kalsium tambahan untuk pertumbuhan tulang dan otak bayi. Kalsium juga penting untuk ibu yang mengandung. :)

Me nak kenalkan satu produk makanan tambahan iaitu Moeder di mana boleh membantu ibu-ibu atau bakal ibu di luar sana untuk menjaga kesihatan mereka dan bayi mereka. 


Moeder adalah peransang susu badan di mana kebanyakan ibu-ibu di Malaysia mengalami masalah kurang susu badan, letih, sakit-sakit badan, kulit kendur selepas bersalin, payudara kendur dan masalah kulit.

Khasiat Moeder buat ibu hamil
  • Mencerahkan kulit
  • Mengatasi masalah rabun malam
  • Meningkatkan daya tubuh dan stamina serta tenaga semasa hamil
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan rendah ketika hamil
  • Mengatasi masalah depresi (stress)
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan
  • Mengelakkan sembelit bagi ibu hamil
  • Menguatkan pernafasan (mengurangkan asma dan lelah bagi ibu hamil)
  • Membanyakkan darah (pengganti kerang seperti tradisional)
  • Meningkatkan produksi susu ibu
  • Melembabkan kulit
  • Mengurangkan kesan selulit pada perut
  • Mencegah osteoporosis
  • Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan
  • Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil
  • Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin
  • Mengatasi masalah mual
  • Menormalkan metabolisme
  • Mencegah kegemukan selepas bersalin
  • Rasa Vanilla berlemak tanpa menyebabkan rasa loya

Khasiat buat kandungan atau bayi : 
  • Mengurangkan risiko demam kuning
  • Meningkatkan daya tahan tubuh bayi (selesema demam)
  • Melebatkan rambut
  • Menghitamkan rambut dan bersinar terhadap bayi
  • Memutihkan dan melicinkan kulit bayi
  • Membantu menguatkan sistem paru-paru bayi
  • Mencegah asma dan lelah
  • Mencegah rabun ketika besar
  • Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah dan organ pembiakan
  • Membantu kecergasan otak bayi
  • Membantu sistem pencernaan bayi yang menyusu badan ibu yang mengamalkan Moeder

Khasiat buat ibu selepas bersalin @ menyusu bayi @ bayi menyusu :

  • Membanyakkan dan memekatkan produksi susu
  • Mencegah kegemukan
  • Mencerahkan dan melembab kulit
  • Membantu menghilangkan selulit ketika hamil
  • Membantu merawat luka dalaman semasa bersalin dengan cepat
  • Memberi tenaga terutama ketika berpuasa tetapi menyusukan bayi
  • Mengurangkan stress
  • Mengatasi atau mencegah rabun
  • Mengenyangkan bayi dan mengatasi masalah sedu
  • Menguatkan sistem pernafasan bayi
  • Membantu daya ingatan bayi


Kandungan Moeder

Susu kambing, Ekstrak tomato, Habbatussauda, Madu, Ekstrak anggur, Lutein, Bird nest, Kurma, Manna, Bilberry, Aloevera, Lobak merah, Brokoli, Omega 3, Betik, Stevia, Vanilla, Non diary creamer

Cara minum : 

 Bancuh menggunakan air suam (200ml) 1 scoop. 1 scoop siang dan 1 scoop malam sebelum tidur. Elakkan pengambilan kaffein.

Harga :

RM159 SM / RM169 SS termasuk postage

Promosi : RM129 termasuk postage seluruh Malaysia sehingga 31 Julai 2015

Untuk maklumat lanjut :

Boleh hubungi nombor telefon 
018-2976697/ 016-4460677/ 017-3340343

atau

Layari facebook : Moeder 




Friday, July 10, 2015

Cuti Dah Lulus

3:48 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Cuti untuk hari raya dah lulus. Tu pun ambil cuti 5 hari selepas raya sebab pengasuh nak cuti seminggu. 

Me ok je sebab pengasuh tak pernah berkira dengan kitorang. :)

Tapi yang tak bestnyaaaaaa bila en.abg tak dapat cuti raya. Huhu. Raya pertama, kedua dan ketiga dia kena kerja. Huhu. Tapi alhamdulillah sebab pagi raya dia ada dengan kami. Weehuuu.

sumber : google image

Tahun ni giliran raya kat Melaka. Kenalah bergilir sebab kampung jauh-jauh kan. 

Even terasa nak balik Sabah jugak tapi tak boleh nak pentingkan diri kan. Kena fikir dan jaga hati en.abg dan keluarga mentua. :)

Kalau dekat mungkin bolehlah balik tapi ni kena naik flight pula ke Sabah. 2 3 hari memang tak cukup lah kan. 

So, jangan gaduh-gaduh tau yang kampung negeri lain lain tu. Hehehe.

Wednesday, July 8, 2015

Tuesday, July 7, 2015

Waktu Sesuai Untuk Scan Jantina Bayi

3:08 PM 14 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bila tengah mengandung ni selalunya kita memang teruja nak scan jantina baby kan. Me pun sama macam tu juga. Hehe. Awal lagi memang rasa nak scan je. Masa mengandungkan anak pertama lagi la overdose terujanya. Yang kedua pun sama. Sekarang ni je slow sikit. Sedang tahan hati sebenarnya. Haha.

Tapi, bila sebaik-baiknya kita scan jantina baby ni?

sumber : google image

Menurut Dr.Zubaidi masa paling sesuai untuk 'mengintai' jantina baby dalam kandungan adalah pada usia kandungan 20 minggu dan keatas. Ini kerana pada ketika itu cecair ketuban dah banyak. Dan pada usia 20 minggu ni juga, perbezaan antara lelaki dan perempuan lebih mudah dilihat.

Jantina bayi akan lebih mudah dikesan kalau kedudukan tapak kaki bayi tidak berada di tengah kelengkangnya. 

Untuk lebih tepat,, pastikan scan dilakukan oleh doktor yang terlatih dan menggunakan mesin ultrasound yang terbaik. :)

Kali ni me macam taknak scan jantina bayi. Nak tunggu je. Heeee. Walaupun hati ni rasa macam nak sangat tau. 



Friday, July 3, 2015

Menyesal Tak Jaga Nikmat Penglihatan Ni Elok-Elok Dulu

10:34 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Siapa kat sini rabun jauh? Pernah cuba tengok gambar kat bawah ni? Memang ada perbezaan. Cuba try test. Heeee.


Me dah cuba dan hasilnya me memang rabun jauh. Haaaa. 

Buka cermin mata, tengok hp dalam jarak penglihatan biasa memang nampak Einstein. Buka cermin mata, jauhkan sikit hp dari pandangan dan me nampak Marilyn. 

Dulu masa sekolah menengah, suka sangat tengok orang yang pakai cermin mata. Pada me cantik! Namun hakikatnya itu satu kekurangan. Masa tu tak sedar pun benda tu kekurangan. Siap pasang tekad satu hari nanti mesti nak pakai juga. Adoi! Fikiran budak-budak sungguh masa tu kan.

Tak perasan macamana boleh start rabun. Yang me ingat masa tu memang mata dah start nampak kabus. Huhu. Time tu tengah study kat Sarawak. Memang agak susah bila pandangan mula berkabus ni. Masa tu still ada perasaan 'yes!pasni boleh pakai cermin mata.' Childish!

Bila start pakai tu excited macam overdose sikit. Hahahaha. 

Tapi lama kelamaan mula terasa yang pakai cermin mata ni takde apa kelebihan pun. Terasa diri 'cacat'. Kat rumah tak pakai cermin mata pun rasa susah. Ingat nak rehatkan mata lah kononnya tapi bila pandangan kabur buat lagi tak selesa. Lagi-lagi bila nak tengok wajah anak-anak. Huhu. 

En.abg pun rabun yang agak tinggi jugak. Sebab tu risaukan anak-anak. Hope tak mewarisi rabun umi dan ayah ni. 

Dah lah me ni jenis tak berapa gemar makan lobak merah. Katanya elok untuk mata kan. Hurm. 

Ada petua lain tak nak kembalikan pandangan ni seperti sediakala? Korang ada tips? Share lah. Mana tahu boleh membantu. :)

Thursday, July 2, 2015

"Jangan Risikokan Diri Dan Baby"

2:55 PM 10 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Syukur Alhamdulillah. Tak sangka dah nak masuk 14 minggu kandungan. Sikit lagi nak masuk trimester kedua sudah.

Nak share sikit pengalaman me berpuasa di awal kehamilan ni.

Sebelum ni tak pernah lagi ada pengalaman berpuasa di awal kehamilan ni. Masa Aisya tak sempat nak puasa. Aeera pulak masa tu tengah mengandung 8 bulan.

Kali ni puasa memang lemau sangat. Bukan sebab lapar atau dahaga. Tak tau kenapa. Pastu sakit belakang dan pening kepala yang amat.

Doktor ada pesan jangan puasa buat masa ni sebab badan macam lemah kan. Risau komplikasi pada baby juga. Me ni agak keras kepala juga. Ada few days cuba untuk puasa tapi selepas tu memang akan alami sakit kepala dan pitam yang teruk.

Cuma Isnin lepas la teruk sikit pitam tu. Memang dari pagi dah rasa sakit kepala tapi gigihkan diri juga untuk puasa. Masuk tengahari lagi bertambah-tambah sakit tu. Cuba lagi untuk bertahan.

4.30PM waktu balik tu, tunggu en.abg kat luar ofis. Masa tu memang rasa nak rebah. Dah lah naik motor balik rumah. Dengan cuaca panas lagi. Masa atas motor tu peluk en.abg kuat-kuat. Risau jatuh dari motor je.

Sampai rumah terus terbaring. En.abg yang ambil anak-anak kat rumah pengasuh. Pastu diorang lepak luar rumah.

Lebih kurang jam 6.15PM terjaga. Pelan-pelan bangun nak masak untuk berbuka lah kononnya. Sampai dapur tetiba gelap. Jatuh! Tak sedar berapa lama terbaring kat dapur tu. Tapi masa sedar tu en.abg ngan anak-anak tak masuk lagi.  

Pertama kali rasa pengalaman macam tu. Sebelum ni tak pernah pun. Huhu. Nasib baiklah masa tu tak pasang api dapur lagi.

Cerita kat en.abg pastu kena bebel. Sebab taknak dengar cakap dia. Dah berapa kali pesan “Tak larat, tak payah puasa.”

Esoknya pegi klinik pun kena bebel dengan doctor. “Tak kesian dengan baby ke?” Terus rasa sebak sambil usap perut. Sekarang ni doctor pesan banyakkan minum air. Tak payah puasa dulu.

Rasa sayang nak tinggalkan puasa tapi demi baby kena dengar ikut cakap doctor. Jangan risikokan diri dan baby. Huhu. 


Ada sesiapa yang boleh share apa-apa tips atau nasihat untuk me tak? Kalau boleh taknak tinggalkan puasa banyak hari. 

Wednesday, July 1, 2015

Oh! Lagu Raya

4:24 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah banyak kedai-kedai yang pasang lagu raya sekarang ni kan. Bukan main meriah lagi.

Kat opis ni pun dah start berkumandang lagu-lagu raya.

Sebaknya rasa hati bila dengar lagu Dendang Perantau ni. Tahun ni raya tak balik Sabah. Rindunya suasana raya kat kampung halaman.

Rasa kejam pula orang yang pasang lagu raya tu. Hahahaha. Buat me menangis di petang hari ni.

KFC oh KFC

11:43 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Owh.. Apakah yang sedang dia fikirkan masa up status ni? 

Tak tau nak cakap macamana dah. Anggap je lah masa ni dia sedang lapar atau mamai. But still,,.... hurmm.


Follow me @munirah_izzan