Thursday, July 2, 2015

# Life # pregnancy

"Jangan Risikokan Diri Dan Baby"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Syukur Alhamdulillah. Tak sangka dah nak masuk 14 minggu kandungan. Sikit lagi nak masuk trimester kedua sudah.

Nak share sikit pengalaman me berpuasa di awal kehamilan ni.

Sebelum ni tak pernah lagi ada pengalaman berpuasa di awal kehamilan ni. Masa Aisya tak sempat nak puasa. Aeera pulak masa tu tengah mengandung 8 bulan.

Kali ni puasa memang lemau sangat. Bukan sebab lapar atau dahaga. Tak tau kenapa. Pastu sakit belakang dan pening kepala yang amat.

Doktor ada pesan jangan puasa buat masa ni sebab badan macam lemah kan. Risau komplikasi pada baby juga. Me ni agak keras kepala juga. Ada few days cuba untuk puasa tapi selepas tu memang akan alami sakit kepala dan pitam yang teruk.

Cuma Isnin lepas la teruk sikit pitam tu. Memang dari pagi dah rasa sakit kepala tapi gigihkan diri juga untuk puasa. Masuk tengahari lagi bertambah-tambah sakit tu. Cuba lagi untuk bertahan.

4.30PM waktu balik tu, tunggu en.abg kat luar ofis. Masa tu memang rasa nak rebah. Dah lah naik motor balik rumah. Dengan cuaca panas lagi. Masa atas motor tu peluk en.abg kuat-kuat. Risau jatuh dari motor je.

Sampai rumah terus terbaring. En.abg yang ambil anak-anak kat rumah pengasuh. Pastu diorang lepak luar rumah.

Lebih kurang jam 6.15PM terjaga. Pelan-pelan bangun nak masak untuk berbuka lah kononnya. Sampai dapur tetiba gelap. Jatuh! Tak sedar berapa lama terbaring kat dapur tu. Tapi masa sedar tu en.abg ngan anak-anak tak masuk lagi.  

Pertama kali rasa pengalaman macam tu. Sebelum ni tak pernah pun. Huhu. Nasib baiklah masa tu tak pasang api dapur lagi.

Cerita kat en.abg pastu kena bebel. Sebab taknak dengar cakap dia. Dah berapa kali pesan “Tak larat, tak payah puasa.”

Esoknya pegi klinik pun kena bebel dengan doctor. “Tak kesian dengan baby ke?” Terus rasa sebak sambil usap perut. Sekarang ni doctor pesan banyakkan minum air. Tak payah puasa dulu.

Rasa sayang nak tinggalkan puasa tapi demi baby kena dengar ikut cakap doctor. Jangan risikokan diri dan baby. Huhu. 


Ada sesiapa yang boleh share apa-apa tips atau nasihat untuk me tak? Kalau boleh taknak tinggalkan puasa banyak hari. 

10 comments:

  1. kalau memang tak berkemampuan tak perlulah moon, tapi nanti jangan lupa yer untuk ganti....

    ReplyDelete
  2. moon, jaga kesihatan tau...
    xpe tinggal puasa nnt leh ganti. kalu ada pape kat baby caner???

    ReplyDelete
  3. Dino;: tahniah bulan

    ReplyDelete
  4. xpe la dear.. puasa boleh ganti nanti.. :)

    ReplyDelete
  5. 1st trimister baby fragile lg moon. Shud x yah puasaif tak berkemampuan.. kesihatan diri & baby lg utama..xpe..boleh gantikan nanti

    ReplyDelete
  6. takpe, kalau tak larat tak payah puasa dulu.. nanti boleh ganti balik..yang penting kesihatan diri dan baby.

    ReplyDelete
  7. Sy pernah kak. Awal trimester thn lalu, pun rasa nak pitam2,pening sb sahur pn xda selera mau mkn. Tp syukur jg dpt full posa.heee...

    ReplyDelete
  8. Kak jaga diri n kandungan baik2.. puasa boleh ganti tapi anak tu payah nk dpt.. ehh kata org pula kan jijah ni.. hee banyakkan minum air masak kak.. sahur jangan tinggal. Makan malam pun jgn tinggal. So far jijah rasa mcm pitam2 gitu gak bila tido baru lega sikit

    ReplyDelete
  9. Alhamdulllillah.nasib xd apa2...
    Cuba try minum air zam2 dan makan kurma.jadikan amalan setiap kali sahur.inshaAllah kita ikhtiar...😊😊

    ReplyDelete
  10. Moon, jgn paksa diri moon, layak utk moon tinggal kan dulu puasa tu....nanti dah lepas bersalin dah okey ganti pun boleh x jadi hal...sayangkan bb dulu moon

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan