Friday, July 3, 2015

Menyesal Tak Jaga Nikmat Penglihatan Ni Elok-Elok Dulu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Siapa kat sini rabun jauh? Pernah cuba tengok gambar kat bawah ni? Memang ada perbezaan. Cuba try test. Heeee.


Me dah cuba dan hasilnya me memang rabun jauh. Haaaa. 

Buka cermin mata, tengok hp dalam jarak penglihatan biasa memang nampak Einstein. Buka cermin mata, jauhkan sikit hp dari pandangan dan me nampak Marilyn. 

Dulu masa sekolah menengah, suka sangat tengok orang yang pakai cermin mata. Pada me cantik! Namun hakikatnya itu satu kekurangan. Masa tu tak sedar pun benda tu kekurangan. Siap pasang tekad satu hari nanti mesti nak pakai juga. Adoi! Fikiran budak-budak sungguh masa tu kan.

Tak perasan macamana boleh start rabun. Yang me ingat masa tu memang mata dah start nampak kabus. Huhu. Time tu tengah study kat Sarawak. Memang agak susah bila pandangan mula berkabus ni. Masa tu still ada perasaan 'yes!pasni boleh pakai cermin mata.' Childish!

Bila start pakai tu excited macam overdose sikit. Hahahaha. 

Tapi lama kelamaan mula terasa yang pakai cermin mata ni takde apa kelebihan pun. Terasa diri 'cacat'. Kat rumah tak pakai cermin mata pun rasa susah. Ingat nak rehatkan mata lah kononnya tapi bila pandangan kabur buat lagi tak selesa. Lagi-lagi bila nak tengok wajah anak-anak. Huhu. 

En.abg pun rabun yang agak tinggi jugak. Sebab tu risaukan anak-anak. Hope tak mewarisi rabun umi dan ayah ni. 

Dah lah me ni jenis tak berapa gemar makan lobak merah. Katanya elok untuk mata kan. Hurm. 

Ada petua lain tak nak kembalikan pandangan ni seperti sediakala? Korang ada tips? Share lah. Mana tahu boleh membantu. :)

4 comments:

  1. Masa kat dahsboard nmpk mcm Marilyn Monroe. Fuhh. Nasib baik lepas bukak link terus nampak muka Albert Einstein. Hahahaaaa

    ReplyDelete
  2. akak start rabun lps bersalin anak sulung.. banyak sgt urat putus kot.. heheheee

    ReplyDelete
  3. Cuba try caratomax dari Shaklee. Selain tu jangan stress kan mata dengan lihat skrin hp/tab dalam bilik yg gelap (sebelum tidur). Banyakkan lihat pemandangan hijau.

    ReplyDelete
  4. Za ni satu family rabun. Tak leh wat pe. Keturunan. Harap anak tak mewarisi.

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan