Friday, August 14, 2015

Cara Yang Betul Bersihkan Telur Ayam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cara Yang Betul Bersihkan Telur Ayam | Pepagi ni jom cerita pasal telur. Hehehe. Korang amalkan tak basuh telur sebelum masak? Me memang biasakan dari dulu. Tapi biasanya me akan basuh sebelum masak bukan sebelum masuk peti.

Macamana pula cara yang betul nak bersihkan telur ni?

Me just basuh di bawah air paip yang mengalir. Biasanya memang buat macam tu.

Tapi semalam bila cerita dengan sorang pegawai ni, dia kata cara basuh macam tu tak betul. Sebabnya kulit telur ni nipis dan bila kita basuh macam tu kemungkinan kotoran tu akan meresap ke dalam telur. Eh,, betulkan ayat ni? Haha. Pening jap.

sumber : google image
Cara paling baik untuk basuh telur adalah dengan menggunakan kain basah. Basahkan kain dan lap telur hingga hilang kesan kotoran dan najis ayam. 

Actually me sendiri tak pernah tau pasal benda ni. Jadinya bila pegawai tu kongsikan perkara tu semalam me macam 'owhhhhhh..' hahaha. 


12 comments:

  1. sama la. basuh kat paip je. haha
    gunakan kain basah tuuu,, masa buat bunga telur. mmg lap guna kain basah.

    ReplyDelete
  2. oooo.. ye ke... saya pun selalu basuh dgn air mengalir je.. ok, lepas ni boleh apply tips ni pulak.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun nak try guna tips ni jugak pas ni.. heee

      Delete
  3. yeke? sy pon lalu kan bwh air paip je..kalo setakat lap dgn kain basah tu mcm x cuci je haha..geli plak tu kalo ad kotoran taik2 ayam tu ..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. sebab tu kena lap smpi hilang kesan kotoran tu.. :)

      Delete
  4. Maaf bebicara, lap shj x blom suci ikot syarak...

    ReplyDelete
  5. Boleh meresap ke air yang dilalukan tu?

    ReplyDelete
  6. First time dengar cara ni..
    Biasa memang basuh dengan air mengalir je :)

    ReplyDelete
  7. Baru ena tahu.. Selama ni basuh camtu je.. Tak guna kain.. Thanks for sharing kak

    ReplyDelete
  8. Tq for info...sy pun jenis jirus dan kikis kikis kotoran.
    Kalau gtu boleh ubah cara cuci telur

    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in