Thursday, August 20, 2015

Kebaikan Buah Manggis Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sekarang dah tiba musim buah. Banyak je buah-buah yang dijual di tepi jalan. Tapi buah yang paling menarik minat me adalah buah manggis. Nyumm. Nyumm.

Setiap kali mengandung mesti me akan cari buah ni. Sedap sangat. 


Buah ni banyak kebaikannya untuk ibu-ibu yang sedang mengandung kerana buah manggis mengandungi Asid Folic yang tinggi, Vitamin C, B1, B2, Zat Besi, Niasin, Protein, Serat Fiber dan Kalsium. 

Kandungan khasiat dalam buah ini boleh memberikan kesihatan yang optimum kepada ibu-ibu mengandung.

 Antara manfaat buah manggis :-
  1. Mencegah kecacatan bayi dan kelahiran pra-matang
  2. Membentuk tulang rawan dan sistem tulang pada janin
  3. Membentuk sistem kekebalan tubuh
  4. Mengatasi sembelit ketika mengandung
  5. Mencegah pre eclampsia (tekanan darah tinggi)
  6. Menurunkan kolestrol
  7. Menaikkan metabolisme dalam badan
  8. Mengatasi lelah untuk ibu mengandung
  9. Menghindari sel kulit mati pada ibu mengandung selepas bersalin
sumber : http://momsandbabysoul.com/khasiat-manggis-untuk-ibu-hamil/


Haaaaa. Bagi ibu yang sedang mengandung tu boleh la makan buah manggis ni. Makan tau. Bukan melantak. Hehehe. 




9 comments:

  1. HIHII memng sedap ni..2kilo tak cukup..ana dgn anak dara ja habiskan..sedap nie..ishh2 sat gi balik kena beli la..

    ReplyDelete
  2. buah manggis memang sedap..mujur kat kampung ada pokok manggis..puas lah makan

    ReplyDelete
  3. sedap buah manggis..tp dah lama x makan ...sebab x kena musim

    ReplyDelete
  4. sedapnya manggisss.. baru je makan last week. tapi tak puass.. nak makan lagi.. alahai.. mana nak carik nih?? sini xde jual nampaknye.. huhuhu Tips Subur Khas Untuk LELAKI

    ReplyDelete
  5. Macam2 ya khasiat dia. Susah nak jumpa buah ni..

    ReplyDelete
  6. MV pun memang suka makan buah manggis ni..tapi time preggy tak da pula mengidam nak makan..hihi

    ReplyDelete
  7. pregnant kali ni tetiba teringin sangat nak makan manggis. syukur sebab tengah musim pun arituh.. so apa lagi.. bedal banyak - banyak.. puas hati!! hihi..

    Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI

    ReplyDelete
  8. sama laaa feveret sangat manggis ni! hari tu ujang beli sekilo kita belasah sorang...mkn x pandang kiri kanan lak tu...hahaha nnt nak beli lg...nyum nyum

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in