Tuesday, August 11, 2015

"Ko Memang Tak Tau Masak Ke?"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

"Ko Memang Tak Tau Masak Ke?" | Sebelum ni pernah me kongsikan beberapa entri en.abg masak untuk me kan? Antaranya


Dan kawan-kawan yang kenal dengan en.abg juga tau yang en.abg ni memang suka memasak. Dia juga suka mencuba resepi-resepi baru. Tukang rasa aka tukang makan? Mestilah me kan. Hahaha.

Tapi walaupun en.abg selalu masuk dapur bukan bermaksud me ni LANGSUNG TAK TAHU MASAK. Lauk senang-senang macam kari ayam, ayam kicap, sup daging, sayur tumis, sambal sardin, sambal ayam, ayam masak merah, ayam masak madu tu tau lah jugak. Cuma tak yakin bila nak hidangkan pada tetamu yang ramai. En.abg lainlah. Dia dah pernah masak lauk untuk kenduri. Haaaaaaaa.

Rasanya takde kot perempuan yang langsung tak tau masak kan. Mustahil la. Goreng ayam, telur dadar tu kira masaklah juga tu kan walaupun simple. 

Soalan macam tu tak sesuai rasanya ditujukan oleh perempuan kepada perempuan lain lebih lagi bila keduanya dah pun bergelar isteri. Pada me lah. Taktau pandangan orang lain kan.

Kalau langsung taktau masak macamana agaknya hidup me beberapa tahun duduk menyewa sebelum kahwin dulu ea? Pastu PJJ pula dengan en.abg selama dua tahun. Mau kebulur kot. Duit nak makan luar taklah banyak sangat pun masa tu.

Me pun banyak belajar masak dari en.abg. Haruslah kan. Tekak me dan tekak en.abg ni tak sama. Dia tekak semenanjung. Tekak me ni masih tekak Sabahan walaupun dah dua tahun duduk sini. Hehe. Kadang cara me masak tu tak sama dengan cara en.abg. Sebab tu dia agak susah nak sesuaikan selera dia dengan masakan me. Cuma ada lah juga few masakan me yang jadi favorite dia. Terasa hati? Tidak pernah sama sekali. Segan tu selalu. Hehehe.

Kenalah belajar kan. Try and error. Kalau tak sedap kena cuba dan cuba lagi. Jangan berhenti separuh jalan. 

Apapun, me tak pernah langsung nak mengaku apa yang en.abg masak tu hasil air tangan me. Tak baik tau. Suami penat-penat masak si isteri pulak senang-senang kata tu dia yang masak. 

sumber : google image
Pernah tak ada orang keluarkan kata-kata sinis macam tu kat korang? Kononnya dia lah isteri paling pandai masakkan. Me dah biasa. Tapi kadang panas hati jugak even en.abg dah backup. Hahaha. Teeeeet!

Hati perempuan kan. 




6 comments:

  1. qaseh dulu tak pandai masak sgt , bukan tak pandai langsung tapi untuk sendiri makan boleh la .. hihi tapi lepas kawen ni resipi kan banyokkk so gugel je masak try n error .. dan en. abg juga selalu masak .. hehe

    bagi yg siniskan kite tu ignore je lah , iyekan je la hihih

    ReplyDelete
  2. asben kite tukang masak moon.. sampai laa ni, org mesti cakap, untung la suami chef, awak tak payah masak..hakikatnya x kan laa kite xpernah kedapur.. huh..geram betul.. walaupon sebelum kahwin x reti masak, tp xkan la x belajar kan..

    ReplyDelete
  3. hehee biasalah kalau tekak semenanjung..kdg2 xleh masuk dengan masakan org sabah..opsss!!hehe baik dia masak kan..kakmoon pun suka..

    ReplyDelete
  4. untungnya dpt suami pandai masak :)

    ReplyDelete
  5. ye lah kan.. walau mcm mana terror pun suami tu memasak, tak kan sama air tangan seorang isteri.. hehehehe.. isteri tetap ada skill memasak yg tersendiri... :)

    kalau ada lagi soalan2 sinis macam tu jawabnya "ya, suami saya handsome...!!" siapa tak paham tu maknanya dia tak baca blog awak... :p


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  6. yes...belajar dan terus belajar...bak kata org...practice makes perfect...kannn??..
    kdg Elly pun tak pandai ada certain masakan..tp Elly google resipi..hihihi..lama2 dah pandai..

    berguna MR.GOOGLE ni kannn...??

    Anyway, jemput dtg ke blog Elly... ;)

    KERABU TERUNG BAKAR ~ RESIPI TURUN TEMURUN ARWAH ATOK

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan