Monday, August 10, 2015

Nekad Untuk Fully Breastfeed

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Kandungan bakal mencecah usia 20w minggu ni. Pergerakan baby pun dah rasa. Aktif sangat terutama waktu petang dan malam. Heeeeee.

Sekarang ni banyak isu tentang penyusuan susu ibu kan? Terutama baru-baru ni kes DNA lembu tu. Hurmmmmm. Benda-benda macam ni bagi me sangat sensitif bagi kaum ibu. Isu macam ni boleh menimbulkan perbalahan sesama sendiri. 

Susah bagi me nak komen tentang semua tu sebab me sendiri pun mengalami masalah ketika meyusukan Aisya dan Aeera. Terasa hati juga bila ustazah tu cakap macam tu kan. 

Setiap kali mengandung, memang dah awal-awal set dalam kepala ni nak fully breastfeed anak-anak selagi mampu. Tapi jika ALLAH takdirkan setakat itu sahaja rezeki susu ibu untuk anak me maka me terpaksa redha. 

Mengandung kali ni pun memang dah set dalam kepala nak bf baby. Exclusive feeding hingga umur 2 tahun. InsyaALLAH. Moga dipermudahkan niat me. 

Sekarang ni pun tengah survey breast pump yang berbaloi demi usaha me untuk baby ni. Sebabnya me ni ibu yang bekerja. Jadinya memang perlukan breast pump untuk kegunaan di pejabat. Sebelum ni ada je tapi nak tukar pada yang lebih baik. 

Terlalu awal ke? Rasanya dah boleh mula merancang kot kan.

Siapa yang ada buat review untuk breast pump, bolehlah share link kat kotak komen ea. Nanti me terjah satu-satu. 

Atau,,

Ada yang nak letgo breast pump murah-murah tak? Heeeee. Musim GST ni semua nak murah je kannnn. 

InsyaALLAH me aka cuba untuk belajar lebih lagi tentang ilmu penyusuan susu ibu  ni. Dengan ilmu yang ada sekarang ni mungkin belum cukup lagi untuk me. 


8 comments:

  1. sy x fokus sgt pada ape ustzh tu ckp...abaikan je...sy dulu sempat nyusu anak smpi 1y8m, tu pn sbb breast melecet..tp sepanjang tu pn cmpur dgn susu tepung sbb duduk dgn pengasuh kan...mls nak pump2 ni sbb leceh pengasuh nak uruskan...asalkan kita thu apa kita buat utk anak kita...selagi xmudarat, so abaikan je kata2 yg x bermoral tu

    ReplyDelete
  2. alhamduLillAH saya dah 2 tahun menyusukan anak saya.. susu ibu adalah yang terbaik.. lagi best sebab bonding antara ibu dana anak hanya ibu yang menyusukan saje fham.. anugerah Allah tau., :))

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya fully breastfeed. Good luck mama.

    ReplyDelete
  4. insyaa Allah mun..semoga dipermudahkan.. =) good luck!

    ReplyDelete
  5. InshaAllah Allah permudahkn ye kak moon...hehe wahh nak baby ke 3 dah huhu

    ReplyDelete
  6. semoga berjaya fully BF kak..doakan jijah pn dpt fully BF jugk tau!

    ReplyDelete
  7. Saya mula guna pump manual anakku. Lama2 tgn naik lenguh. Suami beli kan pump lacte solo. Setakat ni okay, tak sakit. Die ade stimulasi dulu, lepas tu baru die pump. Patutnya waktu stimulate tu tak kuar susu lagi, tapi saya punya dah keluar. Bunyi tak kuat, ok la. Bentuk mesin die bulat cantik warna pink. Tak berat. Senang nak bukak and pasang semula satu2. Senang nak cuci sebab tak ada bahagian yang tersorok. So bila basuh, semua bahagian kena. Cuma kalau nak simpan bawak pergi ke ofis, beg kena besar sikit la kalau nak simpann sekali botol ngan ice pack

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan