Monday, September 7, 2015

Bila Emosi Menguasai Fikiran

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sudah masuk minggu ke-23. Alhamdulillah.

Apa yang buat me down sangat kadang-kadang bila emosi yang mengawal diri me. Bila difikirkan semula rasa menyesal yang teramat sangat.

Aisya buat salah sikit me marah. Aeera buat salah sikit me tinggi suara. Bila dua-dua gaduh lagi la kuat me jerit. Allahuakbar. Sesungguhnya kesabaran me diuji ALLAH.

Bila Aisya dan Aeera nangis hati mula rasa serba salah. Rasa sesal tu tak payah cakap la. Saat tu juga peluk dan minta maaf kat anak-anak.

Betul mereka kecil lagi. Apalah yang diorang tahu. Normal bila ada anak kecil ni rumah akan bersepah sikit. Tugas kita nak ajar anak-anak macamana nak kemas selepas main. Kat mana nak letak barang mainan yang dah dikemas. Buku nak susun macamana.

Memang bukan senang nak jaga anak-anak ni kan. Tapi mereka amanah ALLAH. Saham akhirat untuk kita.

Kenapa nak mengeluh sekarang?

Selepas marah-marah memang me akan istighfar banyak-banyak. Basuh muka.

Bila anak-anak tidur, renung muka mereka sambil minta maaf. Kadang sampai mengalir airmata mengingatkan khilaf me sebagai seorang umi.

ALLAH! Semoga diri sentiasa diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menempuhi masa akan datang yang pastinya lebih mencabar.

Amin.

1 comment:

Follow me @munirah_izzan