Monday, September 21, 2015

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Beberapa hari sudah berlalu namun kemeriahan Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari tu masih terasa. Masih teringat-ingat. Masih terbayang-bayang. 
Sepatutnya kami sekeluarga bertolak ke Hulu Langat pada petang hari Jumaat 11 September 2015 tapi kereta pula buat hal bila dah sampai Shah Alam. Memang nangis je malam tu. Huhu. En.abg kata dia cuba betulkan apa yang tak ok malam tu. InsyaALLAH esok pagi boleh pegi. 
Alhamdulillah. Akhirnya dalam jam 10 pagi macam tu sampai juga kami ke ke destinasi. Masa sampai tu semua tengah excited ber'flying fox'. Frust! Sebab tak boleh join. Kenapa? Nanti baby cicir katanyaaaa. Hahaha. 
Sebahagian keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari.
Antara aktiviti yang sempat ahli keluarga KBBA buat di sana adalah,

Hari Pertama
  • Pertandingan Karaoke
Hari Kedua

  • Senaman Poco-Poco
  • Flying Fox
  • Sukan Rakyat (Darat dan Air)
  • BBQ
  • Pertunjukan Api
Hari Ketiga
  • Zumba
  • Jungle Trekking
KBBA mengikut rumah sukan! Rumah sukan me? Rumah hijau dengan tagline "MAK KO IJO!!" Hahaha. 


Tak boleh join sangat time sukan ni so me minta en.abg wakilkan me dalam sukan. Hehehe. Mampu bagi jeritan sokongan saja. Seriusly happening sangat masa ni. Terutama masa sukan air. Hahahaha. Macam-macam ragam.

Bila tengok balik gambar-gambar ni semua RINDU yang amat pada keluarga KBBA. Walaupun me tak banyak bercakap masa tu sebab asyik kejar Aisya dan Aeera tapi me sangat happy masa tu. 
Kalau nak tengok lebih banyak gambar semasa hari kejadian boleh tengok di Instagram Kelab Blogger Ben Ashaari.
Hadiah cabutan bertuah yang me dapat pada malam penutup. Alhamdulillah. Terima kasih penaja!
Terima kasih kepada COSMODERM yang merupakan penaja utama Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari 2015. Terima kasih juga buat semua penaja hadiah, baju dan juga photographer yang merakam segala kenangan manis sepanjang hari keluarga berlangsung. 

Panjang umur moga berjumpa lagi kita tahun depan. InsyaALLAH.

"Bukan Sekadar Blogger, We Unite Together."


2 comments:

  1. http://madey09.blogspot.my/
    wah!! meraihnya kelab BEn ni...hebat

    ReplyDelete
  2. best kan aktiviti mcni..

    Salam kenal dari blog uzu, kisah emas putih
    Jom singgah blog : Nurfuzie.com

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan