Friday, September 25, 2015

Kaio Terbang Hingga Ke Peringkat Antarabangsa

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pertama kali mengenali Kaio adalah pada Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Masa sampai tu Kaio Studio tengah shoot untuk slot Flying Fox peserta Hari Keluarga. Me mula nampak kredibiliti dan sikap professional Kaio Studio ketika sesi mengambil gambar kumpulan sebelum bermula sukan rakyat pada petang hari kedua tu. Memang terbaik. Yelah. Me pun sampai ke Hulu Langat tu pada hari kedua kan. 

Pasti semua tertanya-tanya siapa Kaio ni kan. Haaaaaaa. Jom kita kenal-kenal sikit dengan dia.

Siapa Kaio?

Anwar Abdullah atau Khairul Anwar Abdullah adalah graduan dari Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan Hospitaliti dan Pelancongan.

Kaio memulakan karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Pengalaman Kaio pernah menguruskan rombongan dari seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab.

Kaio juga pernah muncul di kaca TV, majalah dan dada akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang Berjaya dan cemerlang.

Bermula secara suka-suka sebagai seorang blogger pada tahun 2009 dan mula aktif melibatkan diri pada tahun 2011 dengan kerjasama Harian Islam, Oh! Media, I Luv Tour, Hai Blogger dan baru-baru ini bersama Kelab Blogger Ben Ashaari.



Karier Kaio Studio

Kaio mula terjun ke bidang kreatif ini pada tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio. Kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga luar negara seperti Paris dan Cairo untuk tugasan videography bersama pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.


Kaio juga pernah menghasilkan video korporat untuk ‘Iron Lady’ Malaysia, Datuk Maznah Hamid.


Baru-baru ini, Tourism Authority of Thailand telah menghantar jemputan khas kepada Kaio untuk membuat liputan video dan gambar ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” bersama Majalah Asia Horizon.


Pencapaian Kaio Studio

Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakkan Kaio Studio untuk tugasan bersama Majalah Glam seperti di sebalik tabir penggambaran dan lain-lain.

Pencapaian lain :
  • Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video oleh Kaio Studio)
  • Mother’s Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
  • Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
  • Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt
  • Ceres Jewels Bollywood Gala Night
  • Pure Lens by Mawar Rashid
  • Official videographer for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
  • Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis
  • Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd
Antara video hasil kerja Kaio Studio
Sejajar dengan pencapaian memberansangkan, Kaio mula merangka dan menyerap photographer dan videographer untuk mengembangkan lagi empayar Kaio Studio.

Hubungi Kaio


Kalau nak follow Anwar Abdullah dan kaio secara personal
Boleh follow yg bawah

Komen Untuk Kaio Studio

Superb! Terbaik! Dijamin puas hati. Nak share video yang Kaio Studio ambil masa Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari hari tu. 


BUKAN SEKADAR BLOGGER, TOGETHER WE UNITE

1 comment:

  1. Tiap kali tgk video family day yg Kaio buat tu, trasa kemeriaahannya

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan