Friday, October 23, 2015

EN.ASBEN BIRTHDAY SALES : BUTIK AIZOORAKOO BLOSSOM

4:59 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tercari-cari jubah yang murah? Cantik? Trendy? Butik AizooRakoo Blossom akan mengadakan En.ASBEN Birthday Sales sempena harijadi suami kepada Kak Aizu, pemilik butik ini. 

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!!
Sales kali ni memang gempak!! Tak percaya?

All Shawl : 4pcs - RM100
Jubah NADZRA : RM120/pcs
Jubah ZOULFAQAR : RM150/pcs
Jubah MAYSARA, 
Jubah ELZAHRAA,
 Jubah NURAIN,
 Jubah MARYAM,
 Jubah MYAA,
 Jubah FATHEEHA,
 Jubah MARYAM 2.0 : RM100/pcs 



Cantik kan? Colorfull giteww. Banyak pilihan warna. Me pun jadi rambang mata tau nak pilih yang mana satu pilihan hati sebab semuanya cantikssss.

Material? Haruslah yang terbaik.... Jangan risau-risau.

Tapi...

Tapi...

Tapi...

Pembelian hanya sah secara walk in butik sahaja. Kalau ada yang berminat nak datang tapi tak berkesempatan atau nak beli tapi jauh pulak, jangan risau. Boleh hubungi PS yang diiktiraf oleh Butik AizooRakoo Blossom. 

Follow Instagram PS Epit_Orange atau whatsapp 0193156689 untuk kiriman anda. 100% trusted PS. 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kak Aizu :

Datang terus ke butik No 56 Jalan PJU 5/20D ‪#‎thestrand‬ ‪#‎kotadamansara‬

SMS 🔴 Whatsapp | 017 284 7029

Boleh usha koleksi di www.aizoorakooblossoms.com atau Butik AizooRakoo Blossom.

SAVE THE DATE 24/10/2015 - 25/10/2015

Thursday, October 15, 2015

Mulakan Trimester Ketiga Dengan EPHYRA

3:53 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Trimester ketiga sudah. Haaaa. 

Bermula sudah trimester yang bakal menguji tahap ketahanan badan ketika mengandung ni. Untuk pengetahuan, sekarang ni me still menjadi pembonceng motorsikal yang setia kepada en.abg. Perjalanan pergi balik dari Kapar ke UiTM dengan motor memang agak mencabar bagi me terutama bila dah masuk trimester ketiga ni. 

Sakit pinggang? Sakit belakang? Jangan cakaplah. Memang agak menduga kesabaran jugak. Heeeeee. Nak  buat macamana kan. Rakyat marhaen yang bergaji kecil dan cukup makan macam kami ni tak mampulah nak hari-hari bawa kereta ke tempat kerja. Lagi-lagi tol pun dah naik. 

So, sejak bermula trimester ketiga ni, me mula amalkan minum Ephyra sebagai supplement dan sumber tenaga tambahan. Memang banyak kebaikan Ephyra ni. Cumanya Ephyra tak sesuai diambil ketika awal kehamilan. Kandungan 5 bulan ke atas bolehlah mula consume Ephyra. 


Kenapa terdetik nak consume Ephyra masa mengandung? Sebabnya me dah rasa sendiri kesan Ephyra ketika mengandungkan Angah dulu.

Antara kebaikan Ephyra untuk ibu mengandung :-
  • Membekalkan protein untuk membina sel, tisu, enzim dan otot ibu dan bayi dalam kandungan
  • Membantu penyerapan zat dan nutrien dari makanan
  • Mengurangkan risiko janin menjadi cacat
  • Membantu penghasilan susu badan
  • Membekalkan zat besi untuk penghasilan darah yang cukup. Elakkan pitam dan anemia (kekurangan sel darah merah)
  • Wajah tidak kelihatan pucat
  • Membantu mengawal tekanan
  • Mengelakkan pigmentasi pada kulit
  • Membantu kelembapan kulit
  • Membantu pembebasan tenaga dari makanan
  • Penting untuk pembentukan darah dan hormon
  • Mengelakkan kekejangan otot dan sakit badan
  • Mengelakkan sembelit. Senang membuang dan lawas
  • Membantu mengawal stress pada ibu
  • Membantu mengawal berat badan semasa mengandung

Haaaaaa. Banyak kebaikan Ephyra ni kan. Pasal tu juga lah me tak ragu-ragu nak ambil Ephyra ni. Bukan untuk me je tapi untuk adik baby juga. Heeeeee.

Baru seminggu mula consume. Sebarang perubahan nanti me akan kongsikan lagi dengan semua ea. Tapi memang terasa lah perubahan tu.

Monday, October 12, 2015

Titik Urutan Yang Perlu Dielakkan Oleh Wanita Hamil

2:46 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bagi wanita yang sedang mengandung ni, lenguh-lenguh badan dan kaki adalah satu kebiasaan. Keinginan untuk pergi berurut sememangnya sangat kuat. Me salah seorang yang tergolong dalam golongan teringin nak berurut tu. 

Tapi walaupun teringin memang tak berani nak urut-urut bagai semua tu. Risau ada kesan pada kandungan pulak. 

Walaupun ada yang kata boleh je nak beurut tapi kena cari orang tua-tua yang pandai. Hurmmm. 

Pernah sekali tu me hampir menangis sebab kaki rasa lenguh yang amat. Pujuk en.abg supaya carikan orang yang pandai urut ni. Tak jumpa me ajak en.abg pegi pusat refleksologi tu. Syukur en.abg tak tunaikan permintaan me tu. Agak mengada-ngada juga bila me fikirkan semula. Huhuhu. Akhirnya en.abg just sapu minyak sambil urut perlahan kat kaki sampailah me tertidur. 

Bila terjumpa gambar ni tadi, lega rasa hati bila tak turutkan hati nak urut kaki hari tu.

sumber : Terapi Rawatan Alternatif
Tapi yang gambar dalam kotak tu pun selalu gak minta en.abg buatkan. Terutama gambar pertama dalam kotak tu. Huhu. Gambar kedua pulak me yang buat. Tapi pukul-pukul manja je lah. Huhu. 

Bagaimanapun, titik-titik larangan ni bukan bermakna PASTI menjejaskan anda dan kandungan anda. Tetapi saya boleh gunakan istilah BOLEH menjejaskan anda dan kandungan anda. Jadi eloklah anda elakkan saja titik-titik ini.


Lepas ni kena hati-hati. Terutama pada wanita-wanita yang berada di awal kehamilan. Urut-urut memang sensitif sikit. 


Saturday, October 10, 2015

27 Minggu 7 Hari

11:48 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

27minggu 7hari. Cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam menangis lepas buat upt. Hahaha.

Baby semakin aktif. Menari, bergolek, menendang,berpusing-pusing. Hehe. Kadang terkejut umi.

Alhamdulillah. Dah scan jantina baby cuma doktor kata jangan berharap sangat sebab kadang scan pun salah jugak. Haaaa. En.abg kata tak kisah lah jantina apapun yang penting baby sihat. Hehe. Baiklah suami.

Berat pun dah cecah 50kg rasanya sebab last timbang hujung bln lepas 49.5kg. Dah naik 7kg tu. Makan? Memang sangat berselera. Pastu cepat pula rasa lapar. Hehe.

Hujung bulan ni kena minum air gula lagi. So kena kurangkan sikit makan benda-benda manis. Risau tak lepas pula. 2 bulan lepas dah minum sekali dan keputusannya sikit lagi tak lepas. Huhu. Jadinya kali ni kena hati-hati. Doktor kata mungkin sebab me banyak makan nasi. Hurmmmmm. Agaknya kot. Sebab nasi tu dah jadi makanan ruji kita kan.

Along Aisya pun semakin faham yang dia akan dapat adik lagi. Angah Aeera pula bila cakap pasal adik masih kata taknak..taknak. hehehe. Rasanya dia tak faham lagi kot.

Hope bila adik baby dah keluar nanti Angah Aeera tak cemburu. Heeee.

Beberapa minggu lagi. Masa untuk readykan barang-barang adik baby. :D

Sunday, October 4, 2015

Bacaan IPU Di Selangor Berada Pada Tahap Membimbangkan

11:22 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bacaan IPU sekitar Selangor semakin teruk. Tadi masa nak turun kerja pun memang nampak kelabu je kat mana-mana. Nasib baik naik kereta. Kalau naik motor tak tau. Huhu.

Sumber : Applikasi MyIPU
Bacaan IPU di Shah Alam dah mencecah 308.

Allahuakbar.

Hati-hati semua. Pastikan nak keluar tu pakai penutup muka. Yang nak bawa anak-anak keluar tu better tangguhkan dulu niat tu sehingga keadaan udara kita pulih dan bebas dari jerebu.

Friday, October 2, 2015

Selamat Datang Oktober

8:01 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar tak sedar dah masuk 2 Oktober 2015 hari ni. Sekejap masa berlalu. Bila pandang semula ke belakang ada banyak kenangan yang telah terlakar pada 9 bulan kebelakangan tahun ni. 

Alhamdulillah buat semua kenangan manis dan peringatan buat me atas kenangan pahit yang tercatat. 

sumber : google image
Bermula Oktober ni ada banyak benda yang me harapkan untuk terjadi dan tercapai. InsyaALLAH. Semoga dipermudahkan segala urusan me dan en.abg. Aamin.

Korang doakan me juga yee.. :)


Follow me @munirah_izzan