Saturday, October 10, 2015

27 Minggu 7 Hari

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

27minggu 7hari. Cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam menangis lepas buat upt. Hahaha.

Baby semakin aktif. Menari, bergolek, menendang,berpusing-pusing. Hehe. Kadang terkejut umi.

Alhamdulillah. Dah scan jantina baby cuma doktor kata jangan berharap sangat sebab kadang scan pun salah jugak. Haaaa. En.abg kata tak kisah lah jantina apapun yang penting baby sihat. Hehe. Baiklah suami.

Berat pun dah cecah 50kg rasanya sebab last timbang hujung bln lepas 49.5kg. Dah naik 7kg tu. Makan? Memang sangat berselera. Pastu cepat pula rasa lapar. Hehe.

Hujung bulan ni kena minum air gula lagi. So kena kurangkan sikit makan benda-benda manis. Risau tak lepas pula. 2 bulan lepas dah minum sekali dan keputusannya sikit lagi tak lepas. Huhu. Jadinya kali ni kena hati-hati. Doktor kata mungkin sebab me banyak makan nasi. Hurmmmmm. Agaknya kot. Sebab nasi tu dah jadi makanan ruji kita kan.

Along Aisya pun semakin faham yang dia akan dapat adik lagi. Angah Aeera pula bila cakap pasal adik masih kata taknak..taknak. hehehe. Rasanya dia tak faham lagi kot.

Hope bila adik baby dah keluar nanti Angah Aeera tak cemburu. Heeee.

Beberapa minggu lagi. Masa untuk readykan barang-barang adik baby. :D

1 comment:

  1. Qaseh 22 mnggu , eeeee bencinye kalau kena mnum air gula .. Eh makan nasi sllu pun bg effect jgk .. Huhuh

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in