Monday, October 12, 2015

Titik Urutan Yang Perlu Dielakkan Oleh Wanita Hamil

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bagi wanita yang sedang mengandung ni, lenguh-lenguh badan dan kaki adalah satu kebiasaan. Keinginan untuk pergi berurut sememangnya sangat kuat. Me salah seorang yang tergolong dalam golongan teringin nak berurut tu. 

Tapi walaupun teringin memang tak berani nak urut-urut bagai semua tu. Risau ada kesan pada kandungan pulak. 

Walaupun ada yang kata boleh je nak beurut tapi kena cari orang tua-tua yang pandai. Hurmmm. 

Pernah sekali tu me hampir menangis sebab kaki rasa lenguh yang amat. Pujuk en.abg supaya carikan orang yang pandai urut ni. Tak jumpa me ajak en.abg pegi pusat refleksologi tu. Syukur en.abg tak tunaikan permintaan me tu. Agak mengada-ngada juga bila me fikirkan semula. Huhuhu. Akhirnya en.abg just sapu minyak sambil urut perlahan kat kaki sampailah me tertidur. 

Bila terjumpa gambar ni tadi, lega rasa hati bila tak turutkan hati nak urut kaki hari tu.

sumber : Terapi Rawatan Alternatif
Tapi yang gambar dalam kotak tu pun selalu gak minta en.abg buatkan. Terutama gambar pertama dalam kotak tu. Huhu. Gambar kedua pulak me yang buat. Tapi pukul-pukul manja je lah. Huhu. 

Bagaimanapun, titik-titik larangan ni bukan bermakna PASTI menjejaskan anda dan kandungan anda. Tetapi saya boleh gunakan istilah BOLEH menjejaskan anda dan kandungan anda. Jadi eloklah anda elakkan saja titik-titik ini.


Lepas ni kena hati-hati. Terutama pada wanita-wanita yang berada di awal kehamilan. Urut-urut memang sensitif sikit. 


4 comments:

  1. Tq for sharing...boleh dijadikan panduan..

    ReplyDelete
  2. Ooo..xtau pun...br tau ni. Tq share

    ReplyDelete
  3. Huhuhu sa bru beurut.. Tp d kaki saja la..huhuhu

    ReplyDelete
  4. TQ moon, bagus tunjuk gambar ni kdg kala julia main tibai je nak urut, lenguh kan kt kaki dan betis, bila air dalam badan bertambah bdn automatik jadi x dpt ampu...

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in