Friday, November 27, 2015

Tak Sabar Nak Cuti

5:58 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Lagi sebulan je lagi. Banyak benda yang nak kena siapkan sebelum mula bercuti ni. 

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Borang Cuti Bersalin, Borang Mengunjungi Wilayah Asal, pastu nak kena buat senarai tugas yang perlu diserahkan pada orang yang bakal memangku tugas. Kena ajar apa-apa yang patut juga. Haaaaaaaa. 

Borang Cuti Bersalin dah isi cuma surat pengesahan tarikh bersalin tak ambil lagi. Asyik lupa je bila dah sampai klinik. Hurmmmm. 

Borang Mengunjungi Wilayah Asal pun dah print. Dah isi separuh cuma tak lengkap lagi sebab nanti nak masukkan nama baby. InsyaALLAH. Tarikh nak balik pun tak decide lagi sebenarnya sebab baby tak keluar lagi kan. So, apa-apa pun kena tunggu baby juga. Doakan yang baik-baik untuk me dan baby yaaa. 

Senarai tugas tu dah ada cuma tak tau lagi nak serah pada siapa sebab pengurusan pun tak keluarkan apa-apa surat lagi. Tunggu je sekarang ni. Hope boleh dapat dalam masa terdekat.

Apa lagi ea...

Owh,,, Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. Hurmmmmmmm. Sedang berusaha lengkapkan borang ni dan hope dapat tau markah penilaian sebelum bercuti. Berharap juga kali ni ada berita baik untuk me. 

7 tahun di sini. Masih mengharapkan berita baik tu. 

Apapun, tak sabar nak cuti. Hehehe. 


Friday, November 20, 2015

Sakitnya Tarik Mengkarung

7:30 AM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Kandungan dah masuk 34w. Ada beberapa minggu sahaja lagi masa untuk berada di pejabat untuk selesaikan kerja-kerja sebelum me mula bercuti. Haaaaa. Cepatnya masa berlalu. Hehe.
Semakin besar umur kandungan semakin kerap juga me diserang tarik mengkarung. Sakitnyaaaa. Tak mampu me nak cerita. Lebih-lebih lagi kalau ia terjadi secara berantai. Nangis baq hang.

Berantai tu macamana? Kena sekali pastu hilang. Gerak sikit pastu kena lagi. Pastu hilang. Gerak lagi sikit kena lagi. Huwaaaaa. Semalam sampai 4 kali dia serang. Tak berani terus nak gerak. Memang sakit.

Apa itu tarik mengkarung? Heeeeee. Me pun baru tau pasal perkataan tu masa pindah semenanjung ni. Sebelum ni tak kenal pun. Simpul mengkarung ni lebih dikenali sebagai kejang kaki atau orang putih kata muscle cramp.
Sumber : google image
Biasanya tarik mengkarung ni serang masa tengah tidur. Bila kena tu memang terus segar bugar mata. Tiada alarm terus tarik secara tiba-tiba. Huhu.

Antara sebab tarik mengkarung ni serang kita :
  • Kurang nutrisi dalam badan (natrium, kalium, potassium, dan sodium)
  • Sejuk
  • Otot keletihan
  • Kurang pengaliran darah ke kaki akibat posisi kaki senasa tidur yang tidak baik.
Apa yang perlu kita lakukan bila terjadi tarik mengkarung ni? Kalau ada pasangan di sebelah kita, minta tolong dia untuk meluruskan tapak kaki kita pastu urut perlahan-lahan di tapak kaki.

Kalau kita masa tu sorang-sorang kat rumah, cari dinding yang berdekatan pastu tekan tapak kaki ke dinding. Tapi kalau rasa kuat dan boleh bertahan, berdiri dan berjalan perlahan-lahan sampai simpul mengkarung tu reda.

Tapi semalam iols tak kuat. Mampu golek-golek je atas tilam sambil tahan sakit dan cuba bengkokkan kaki le atas dan ke bawah. Tapi lepas diserang kali keempat tu memang tak tunggu lagi terus bangun dan jalan keliling ruang tamu. Memang terasa sangat otot yang tegang tu masa berjalan.

Sakitnya pun masih terasa sampai sekarang. Huhu.

Cara mengatasi tarik mengkarung :

  • Minum air kosong secukupnya.
  • Lakukan senaman ringan
  • Makan sumber makanan yangvmengandungi nutrisi (natrium, kalium, potassium dan magnesium)
  • Minum susu sekurang-kurannya 2 gelas sehari.
  • Pakai stokin atau selimutkan kakiuntuk elakkan tapak kaki sejuk.
  • Letakkan kaki diatasbantal semasa tidur.
  • Mandi air panas sebelum tidur.

Oleh kerana me tak boleh terima sangat susu ketika ni maka doktor sarankan supaya me ambil pil kalsium. Memang berlambak pil kalsium kat umah ni. Doktor bekalkan untuk me dan kandungan. Tapi still tarik mengkarung ni nak serang me. Haaaaa. Ada lagi sumber nutrisi yang tak cukup agaknya ni kan. Tapi me ni tak boleh makan sembarangan sekarang ni sebabnya me positif GDM. So kena kawal. Huhu.

Apa tu GDM? Next time me cerita ea.

Siapa ada pengalaman tarik mengkarung? Sharelah tips yang me tak tau.




Tuesday, November 17, 2015

Proses Pemilihan Nama Anak Yang Bakal Lahir

7:00 PM 9 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Besar tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak yang bakal lahir. Antaranya memberi kasih sayang dan perhatian terhadap perkembangan dan pembesaran anak-anak. 

Tapi sebelum itu, salah satu tugas yang perlu kita pikul adalah memberikan dan menyediakan nama yang baik untuk anak-anak. Nama yang diberikan biarlah mempunyai maksud yang baik. 

Trend ibu bapa sekarang ni memberikan nama yang 'glamour' kepada anak-anak. Tidak salah tapi pastikan nama senang untuk disebut dan membawa maksud yang baik. 

Macam me sendiri, sebelum memberikan nama pada anak me akan rujuk pada mereka yang lebih arif tentang maksud dan ejaan yang betul. Tidak mahu nanti berlaku kesilapan dan kekeliruan di masa akan datang. 

Yelah. Biarpun orang kata boleh je nak tukar nama. Datang ke JPN dan isi borang. Sebolehnya me dan en.abg nak elakkan berlaku perkara macam tu. Biarlah nama pertama yang diberikan tu kekal.

Setakat ni me dah listkan beberapa nama sebelum me rujuk pada mereka yang lebih tau. Dua nama anak sebelum ni pun memang rujuk dengan satu group kat facebook ni. InsyaALLAH mereka ni boleh dipercayai. :)

Dah ramai yang rujuk nama anak dengan mereka. Dan memang puas hati dengan layanan yang mereka berikan. 

Rujuk buku? Dulu memang niat nak semak kat buku nama-nama islam tu je kan tapi bila tau rupanya ada nama dan maksud yang tak betul dalam tu terus batalkan niat nak rujuk buku. Tak berani dah. Alhamdulillah bila ada senior sekolah yang suggest dan invite dalam group facebook tu. 

So, memang takde masalah untuk cari nama anak setakat ni. Nama yang dipilih InsyaALLAH mudah dan senang disebut. :)

Macamana korang cari nama baby? Boleh tak kongsikan? :)


Friday, November 13, 2015

Thursday, November 12, 2015

Bersalin Kat Mana?

7:00 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Kandungan dah 33w. Baby membesar dengan sihat. Semalam scan doktor kata berat baby dah cecah 1.9kg. Heeeee. 2 minggu lepas scan baru 1.5kg. Semangat anak umi membesarkan. Syukur alhamdulillah. 

Bersalin kat mana? Me pilih PPUM. Kenapa? Sebab me dah merasa bersalinkan Angah kat sana. Pengalaman alhamdulillah semuanya baik-baik. 


En.abg pun takde masalah dengan pilihan ni. Katanya dia pun puas hati dengan suasana PPUM. 

Me suka gak google pengalaman mereka yang pernah bersalin kat PPUM. Kebanyakannya berpuas hati dengan servis yang diberikan. 

Tapikannnn,,, ada gak mulut-mulut yang sibuk mengata belakang bila me suarakan nak bersalin kat PPUM. 

"Dah takde hospital yang dekat ke nak bersalin tu?" 

"Hosp. Sungai Buloh kan ada. Nak pegi sampai ke kL tu buat apa."

"Macamlah Selangor ni takde hospital."

Hurm... Yang nak bersalin tu me. Bukan awak-awak tu semua. Terpulanglah kat mana me nak bersalin. Itu hak me untuk memilih. Kenapa nak sibuk sangat? 

Dari masa nak bersalinkan Angah lagi ramai yang mengata macam tu. Tak faham betul. 

Apapun keputusan nak bersalin kat mana semua tu biarlah empunya diri yang buat keputusan kan. Bukannya susahkan orang pun. 

Oklah. Abaikan mereka. 

Kita tau yang terbaik untuk kita. 

Me pun dah mula check up kat PPUM bulan 9 hari tu. Setakat ni takde masalah apa lagi. Hope bersalin kali ni pun dapat pengalaman terbaik dari nurse dan doktor kat sana. InsyaALLAH. 


Thursday, November 5, 2015

Dia Gembira. Kita?

9:14 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Speechless!

Kami berhijrah ke sini atas niat cari rezeki. Mengambil peluang pekerjaan yang ada. Bukan suka-suka. Kalau diberi pilihan memang ramai je yang nak duduk kat kampung. Dekat dengan keluarga. Dekat dengan mak ayah. 


Tak tau nak respon apa bila dengar pak menteri kita ni berhujah. Ketawa? Tepuk tangan? Atau pujian yang harus kita berikan?



Lagi dan lagi... apa pulak selepas ni?


Wednesday, November 4, 2015

Bangun Awal Untuk Elak Tol?

8:59 AM 9 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Mereka semakin lantang menyuarakan saranan yang tak masuk akal.


Bagi me sendiri ini saranan yang tak masuk akal. Bangun awal? Sebagai seorang ibu yang ada dua anak kecil ni, nak minta cadangan juga seawal jam berapa saya perlu hantar anak saya ke rumah pengasuh sebelum saya bertolak ke pejabat?

sumber : facebook
Anak-anak yang bersekolah pula macamana? Ada jaminan keselamatan tak untuk mereka bila hantar awal ke sekolah? 

Tolonglah jangan tambah lagi beban rakyat. Mohon sangat. Fikirkan pula kebajikan kami. 

Nak suruh pindah negara lain? Maaf. Ada sebab kenapa saya tak boleh.

Tak mampu dah nak taip panjang lebar. Karang ada yang keluar dalil pulak. 

Hurmmmmm. Bertabahlah. 



Janji mereka hanya tinggal janji.. Apa pula lagi selepasa ni?

Sunday, November 1, 2015

Bila Diserang Kontraksi Palsu

9:45 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selamat pagi semua dan selamat datang November.

Nak kongsi cerita. Alkisahnya pagi semalam pas Subuh tu me terlelap lagi. Terjaga bila tiba-tiba perut terasa mengeras dan sakit yang amat sangat. Masa tu ingatkan sakit sebab nak buang air. Bila pegi tandas tak rada nak membuang pun.

Tunggu lagi lama sikit kat toilet. Sakitnya Allah saja yang tau. Huhu. Memang sampai berpeluh-peluh. Tangkap sampai ke pinggang. Dalam fikiran me takkan nak bersalin dah kot. Baru 31w ni. Risau sangat.

En.abg pulak terlibat dengan konvo. Cuba lagi untuk bertahan. Tapi lepas lega tu sakit datang lagi dan berulang untuk beberapa kali. Terus call en.abg minta dia balik.

Angah pulak nangis nak minta dukung. Me yang tengah sakit tu memang rasa tak larat sangat tapi kesiankan Angah sambil nangis sambil me dukung dia. Dukung pun sekejap je sebab memang sakit yang amat.

Along pula kata nak mandi. Nak tukar baju. Me suruh tunggu kejap tapi dia merengek juga nak mandi. Dalam sakit-sakit tu sambil terbongkok tahan sakit me mandikan Along dan Angah.

Pastu teringat barang-barang nak ke hospital tak ready lagi. Baju baby pun tak basuh lagi. Nangis. Pelan-pelan me ke bilik baju amik baju-baju baby dan masuk dalam mesin. Dengan harapan ini hanya contraction palsu.

Handphone memang tak lepas dari tangan. Dah siap set speed dial untuk nombor telefon en.abg dan jiran. In case kalau en.abg terlambat memang call jiran je.

Tapi selepas beberapa ketika alhamdulillah sakit kontraksi tu hilang. Berulang dalam 4-5 kali je.

Still terasa tidak selesa kat pinggang dan bawah perut walaupun sakit tu dah hilang. Baby gerak aktif juga selepas tu. Sangat aktif.

Syukur juga bila dah hilang sakit tu. Sebab last scan berat baby baru 1.5kg. Masih kecil lagi.

Ibu-ibu kat luar sana ada pengalaman macam ni tak? Di serang kontraksi palsu?


Follow me @munirah_izzan