Thursday, November 12, 2015

Bersalin Kat Mana?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Kandungan dah 33w. Baby membesar dengan sihat. Semalam scan doktor kata berat baby dah cecah 1.9kg. Heeeee. 2 minggu lepas scan baru 1.5kg. Semangat anak umi membesarkan. Syukur alhamdulillah. 

Bersalin kat mana? Me pilih PPUM. Kenapa? Sebab me dah merasa bersalinkan Angah kat sana. Pengalaman alhamdulillah semuanya baik-baik. 


En.abg pun takde masalah dengan pilihan ni. Katanya dia pun puas hati dengan suasana PPUM. 

Me suka gak google pengalaman mereka yang pernah bersalin kat PPUM. Kebanyakannya berpuas hati dengan servis yang diberikan. 

Tapikannnn,,, ada gak mulut-mulut yang sibuk mengata belakang bila me suarakan nak bersalin kat PPUM. 

"Dah takde hospital yang dekat ke nak bersalin tu?" 

"Hosp. Sungai Buloh kan ada. Nak pegi sampai ke kL tu buat apa."

"Macamlah Selangor ni takde hospital."

Hurm... Yang nak bersalin tu me. Bukan awak-awak tu semua. Terpulanglah kat mana me nak bersalin. Itu hak me untuk memilih. Kenapa nak sibuk sangat? 

Dari masa nak bersalinkan Angah lagi ramai yang mengata macam tu. Tak faham betul. 

Apapun keputusan nak bersalin kat mana semua tu biarlah empunya diri yang buat keputusan kan. Bukannya susahkan orang pun. 

Oklah. Abaikan mereka. 

Kita tau yang terbaik untuk kita. 

Me pun dah mula check up kat PPUM bulan 9 hari tu. Setakat ni takde masalah apa lagi. Hope bersalin kali ni pun dapat pengalaman terbaik dari nurse dan doktor kat sana. InsyaALLAH. 


6 comments:

  1. Banyak buat solat taubat sis dah dekta nak bersalin tu.... Bila kat dlm labour room klu nak buka jalan cuba zikit Allahumma Ya Fattah, Ya Fattah Yang Maha Membuka jalan peranakan... Kalau nak suruh baby turun zikir Ya Khafidh Yang Maha Menurunkan.... InsyaaAllah, kat mana nak bersalin serah jer pada Allah Ya Baari' Yang Maha Menyusun segalanya hidup kita, Dia Ya Alim Yang Maha Mengetahui kat mana terbaik kita akan bersalin.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH.. terima kasih sis share tips ni.. sgt2 berguna..

      Delete
  2. Ramai bg feedback positif bersalin kt ppum kan..alhamdulillah..semoga dipermduahkan urusan sis kat LR nti ye

    ReplyDelete
  3. ayu pun dua2 anak bersalin kat ppum...walau husband xboleh masuk labor room,ttp puas hati dgn diorg

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in