Sunday, November 1, 2015

Bila Diserang Kontraksi Palsu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selamat pagi semua dan selamat datang November.

Nak kongsi cerita. Alkisahnya pagi semalam pas Subuh tu me terlelap lagi. Terjaga bila tiba-tiba perut terasa mengeras dan sakit yang amat sangat. Masa tu ingatkan sakit sebab nak buang air. Bila pegi tandas tak rada nak membuang pun.

Tunggu lagi lama sikit kat toilet. Sakitnya Allah saja yang tau. Huhu. Memang sampai berpeluh-peluh. Tangkap sampai ke pinggang. Dalam fikiran me takkan nak bersalin dah kot. Baru 31w ni. Risau sangat.

En.abg pulak terlibat dengan konvo. Cuba lagi untuk bertahan. Tapi lepas lega tu sakit datang lagi dan berulang untuk beberapa kali. Terus call en.abg minta dia balik.

Angah pulak nangis nak minta dukung. Me yang tengah sakit tu memang rasa tak larat sangat tapi kesiankan Angah sambil nangis sambil me dukung dia. Dukung pun sekejap je sebab memang sakit yang amat.

Along pula kata nak mandi. Nak tukar baju. Me suruh tunggu kejap tapi dia merengek juga nak mandi. Dalam sakit-sakit tu sambil terbongkok tahan sakit me mandikan Along dan Angah.

Pastu teringat barang-barang nak ke hospital tak ready lagi. Baju baby pun tak basuh lagi. Nangis. Pelan-pelan me ke bilik baju amik baju-baju baby dan masuk dalam mesin. Dengan harapan ini hanya contraction palsu.

Handphone memang tak lepas dari tangan. Dah siap set speed dial untuk nombor telefon en.abg dan jiran. In case kalau en.abg terlambat memang call jiran je.

Tapi selepas beberapa ketika alhamdulillah sakit kontraksi tu hilang. Berulang dalam 4-5 kali je.

Still terasa tidak selesa kat pinggang dan bawah perut walaupun sakit tu dah hilang. Baby gerak aktif juga selepas tu. Sangat aktif.

Syukur juga bila dah hilang sakit tu. Sebab last scan berat baby baru 1.5kg. Masih kecil lagi.

Ibu-ibu kat luar sana ada pengalaman macam ni tak? Di serang kontraksi palsu?


1 comment:

  1. Hurm.. sabar ye...
    pernah juga kena masa anak first..
    Selalunya bila dah masuk 7 bulan, elok sediakan peralatan baby dan ibu utk dibawa ke Hospital siap2..
    Ini pesan orang tua-tua.. Saya amalkan untuk kedua-dua anak..
    Sekadar berkongsi ye... Semoga awak kuat semangat..

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in