Tuesday, November 17, 2015

Proses Pemilihan Nama Anak Yang Bakal Lahir

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Besar tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak yang bakal lahir. Antaranya memberi kasih sayang dan perhatian terhadap perkembangan dan pembesaran anak-anak. 

Tapi sebelum itu, salah satu tugas yang perlu kita pikul adalah memberikan dan menyediakan nama yang baik untuk anak-anak. Nama yang diberikan biarlah mempunyai maksud yang baik. 

Trend ibu bapa sekarang ni memberikan nama yang 'glamour' kepada anak-anak. Tidak salah tapi pastikan nama senang untuk disebut dan membawa maksud yang baik. 

Macam me sendiri, sebelum memberikan nama pada anak me akan rujuk pada mereka yang lebih arif tentang maksud dan ejaan yang betul. Tidak mahu nanti berlaku kesilapan dan kekeliruan di masa akan datang. 

Yelah. Biarpun orang kata boleh je nak tukar nama. Datang ke JPN dan isi borang. Sebolehnya me dan en.abg nak elakkan berlaku perkara macam tu. Biarlah nama pertama yang diberikan tu kekal.

Setakat ni me dah listkan beberapa nama sebelum me rujuk pada mereka yang lebih tau. Dua nama anak sebelum ni pun memang rujuk dengan satu group kat facebook ni. InsyaALLAH mereka ni boleh dipercayai. :)

Dah ramai yang rujuk nama anak dengan mereka. Dan memang puas hati dengan layanan yang mereka berikan. 

Rujuk buku? Dulu memang niat nak semak kat buku nama-nama islam tu je kan tapi bila tau rupanya ada nama dan maksud yang tak betul dalam tu terus batalkan niat nak rujuk buku. Tak berani dah. Alhamdulillah bila ada senior sekolah yang suggest dan invite dalam group facebook tu. 

So, memang takde masalah untuk cari nama anak setakat ni. Nama yang dipilih InsyaALLAH mudah dan senang disebut. :)

Macamana korang cari nama baby? Boleh tak kongsikan? :)


9 comments:

  1. Nama adik beradik saya, semua pak long yang kasi :D dan semua adik beradik ada 10 huruf setiap sorg. Heee .. btw, jmput singgah rumah kite ;) http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Kak.. baby boy ke girl ni... hehee nak tau gak group apa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah add jijah dalam group tu.. nanti dah approve baca pinned post ye.. :) moga bermanfaat...

      Haaaaa.. jantina baby xtau lagi jijah... tggu baby keluar je ni.. hehe

      Delete
  3. Group kt fb jgk... insyaallah nama yg kita piluh adalah yg tbaik tuk anak... aminn

    ReplyDelete
  4. Setuju..pemilihan nama anak sangat penting...kita kena tahu maksud disebalik nama tu..biarlah elok maknanya kannn..

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in