Friday, November 20, 2015

Sakitnya Tarik Mengkarung

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Kandungan dah masuk 34w. Ada beberapa minggu sahaja lagi masa untuk berada di pejabat untuk selesaikan kerja-kerja sebelum me mula bercuti. Haaaaa. Cepatnya masa berlalu. Hehe.
Semakin besar umur kandungan semakin kerap juga me diserang tarik mengkarung. Sakitnyaaaa. Tak mampu me nak cerita. Lebih-lebih lagi kalau ia terjadi secara berantai. Nangis baq hang.

Berantai tu macamana? Kena sekali pastu hilang. Gerak sikit pastu kena lagi. Pastu hilang. Gerak lagi sikit kena lagi. Huwaaaaa. Semalam sampai 4 kali dia serang. Tak berani terus nak gerak. Memang sakit.

Apa itu tarik mengkarung? Heeeeee. Me pun baru tau pasal perkataan tu masa pindah semenanjung ni. Sebelum ni tak kenal pun. Simpul mengkarung ni lebih dikenali sebagai kejang kaki atau orang putih kata muscle cramp.
Sumber : google image
Biasanya tarik mengkarung ni serang masa tengah tidur. Bila kena tu memang terus segar bugar mata. Tiada alarm terus tarik secara tiba-tiba. Huhu.

Antara sebab tarik mengkarung ni serang kita :
  • Kurang nutrisi dalam badan (natrium, kalium, potassium, dan sodium)
  • Sejuk
  • Otot keletihan
  • Kurang pengaliran darah ke kaki akibat posisi kaki senasa tidur yang tidak baik.
Apa yang perlu kita lakukan bila terjadi tarik mengkarung ni? Kalau ada pasangan di sebelah kita, minta tolong dia untuk meluruskan tapak kaki kita pastu urut perlahan-lahan di tapak kaki.

Kalau kita masa tu sorang-sorang kat rumah, cari dinding yang berdekatan pastu tekan tapak kaki ke dinding. Tapi kalau rasa kuat dan boleh bertahan, berdiri dan berjalan perlahan-lahan sampai simpul mengkarung tu reda.

Tapi semalam iols tak kuat. Mampu golek-golek je atas tilam sambil tahan sakit dan cuba bengkokkan kaki le atas dan ke bawah. Tapi lepas diserang kali keempat tu memang tak tunggu lagi terus bangun dan jalan keliling ruang tamu. Memang terasa sangat otot yang tegang tu masa berjalan.

Sakitnya pun masih terasa sampai sekarang. Huhu.

Cara mengatasi tarik mengkarung :

  • Minum air kosong secukupnya.
  • Lakukan senaman ringan
  • Makan sumber makanan yangvmengandungi nutrisi (natrium, kalium, potassium dan magnesium)
  • Minum susu sekurang-kurannya 2 gelas sehari.
  • Pakai stokin atau selimutkan kakiuntuk elakkan tapak kaki sejuk.
  • Letakkan kaki diatasbantal semasa tidur.
  • Mandi air panas sebelum tidur.

Oleh kerana me tak boleh terima sangat susu ketika ni maka doktor sarankan supaya me ambil pil kalsium. Memang berlambak pil kalsium kat umah ni. Doktor bekalkan untuk me dan kandungan. Tapi still tarik mengkarung ni nak serang me. Haaaaa. Ada lagi sumber nutrisi yang tak cukup agaknya ni kan. Tapi me ni tak boleh makan sembarangan sekarang ni sebabnya me positif GDM. So kena kawal. Huhu.

Apa tu GDM? Next time me cerita ea.

Siapa ada pengalaman tarik mengkarung? Sharelah tips yang me tak tau.




6 comments:

  1. oh macam tu cara nak mengatasi muscle cramp,terima kasih :-)

    ReplyDelete
  2. Bukan org mengandung aje kena macam ini dik
    Suami kakak tu kadang memalam tengah tidur tetiba aje kena. Kakak dulu mengandung pun memang alhamdulillah tak ada masalah ini. Masa tidur hujung kaki letak bantal (mak mertua kakak ajar) kira tinggi sikitlah kaki kita.

    Apa pun tinggal beberapa minggu aje lagi kan..

    ReplyDelete
  3. Pernah kena 1x aja masa mengandung..memang sakit giler

    ReplyDelete
  4. Yatie ms preg ank ke 2 ni Yt mkn ostematrix shaklee. Alhamdulillah tak kena.

    ReplyDelete
  5. Msa sblm kawin, smpai ngndung kn zahra, mmng rjin kna. Lpas brnk smpai skrng, Alhamdulillah xde kna..

    ReplyDelete
  6. Ni macam dah kewajipan kena masa mengandung dulu...huhu... hamper tiap-tiap malam kena..huhu... bestnya pregnant...



    Post Panas Dari Dapur : Alhamdulillah!


    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan