Monday, March 30, 2015

GST...Bersediakah Kita?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : google image

GST? Me tak boleh berkata lebih tentang ini. Banyak sebab kenapa perlu berhati-hati. Tak boleh jadi terlalu lantang dalam media sosial. Ada yang memerhati. Me sedar itu.


Apapun, still menantikan kehadiran 1 April 2015 dengan perasaan yang bercampur baur. Kehidupan bertambah baik atau sebaliknya.. 

Bersediakah kita?




Read More ->>

Sunday, March 29, 2015

Cerita Siang Tadi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cerita siang tadi...




Kejohanan tenpin bowling UiTM. Even team en.abg tak menang tapi semangat bersukan tu yang penting. Heeeee.

Dalam diam me sokong team PTAR gak! Heeeee.




Heeeee.. Aisya nak amik pic dengan belon oppo ni.

Kebetulan tadi ada karnival Animax kat Sunway. Pergghh. Ramai giler orang. Beratur panjang nak masuk. Ramai gak yang ber'cosplay'. Tapi tak dan nak amik gambar pun. Haaaaaa. Memang sesak sangat.



Ok lah. En.abg dan anak-anak dah tido maka me pun nak masuk beradu jugak. Selamat malam semua.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Friday, March 27, 2015

Earth Hour 2015

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pada hari Sabtu 28 Mac 2015, jam 8:30 malam,  seluruh manusia di bumi ini layak untuk mengundi dan diseru untuk mengundi untuk memilih samada bumi atau pemanasan global. Ini merupakan lakaran sejarah, seluruh umat sejagat di semua peringkat umur, kerakyatan, bangsa, latarbelakang mempunyai peluang untuk menggunakan suis lampu sebagai undi mereka. Memadamkan lampu adalah undi kepada bumi manakala membiarkan lampu menyala adalah undi kepada pemanasan global.

Melalui Kempen Earth Hour, kita semua boleh berperanan untuk memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.

Tutup Lampu Anda, Selamatkan Bumi Kita


Semoga usaha kecil ini dapat memberikan impak yang besar kepada dunia yang kita sayangi.




Read More ->>

Amalan Zikir Harian

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Jom kita amalkan..

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Thursday, March 26, 2015

Till We Meet Again

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



posted from Bloggeroid

Read More ->>

Nuffnang Masih Sayang!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Alhamdulillah! Nampaknya Nuffnang masih sayangkan me. Huhuhu. Even sekarang ni blog pun update suam-suam kuku je tapi still ada juga cpuv nuffnang yang hinggap.

Akan cuba untuk update blog selalu. InsyaALLAH.


Terima kasih Nuffnang!!
Read More ->>

Wednesday, March 25, 2015

Wordless Wednesday 2015 #4

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia





Borong mana-mana yang patut diborong dulu. Heeeee.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

K.E.L.A.M

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hurmmmmm. Dah hari Rabu. Cepat je masa berlalu. Mood kerja? Entahlah kenapa sejak akhir-akhir mood sangat ke laut. Suasana dan keadaan ofis? Nothing much to say. Kelam.

Mana pergi rasa seronok nak kerja tu? Nak cerita lebih-lebih karang lain pula jadinya. So, simpan sendiri saja lahh.

Rindu dengan suasana kerja masa kat Sabah dulu. Even dalam keadaan ditekan dan tertekan, kitorang still boleh gelak kuat-kuat. Semua sebab nak senangkan hati yang stress. Beza sangat dengan keadaan kat sini. Tak tau kenapa.

Memberontak? i’m not. Just tak tau nak describe macamana feeling bila ko dah kerja hampir 7 tahun but still belum confirm. Sound pathetic kan? Tapi macam tu lah kejadiannya.

Oklah! Out dulu. Nak cari semula mood kerja yang hilang tu. Doakan semuanya baik-baik sahaja ye kawan-kawan.







I miss ‘Geng Lanchet’ so damn much!!!! Bila lagi mo ketawa-ketawa sama kamu niiiii.. Hahaha. 
Read More ->>

Assalamualaikum Dunia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?
Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?
Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua


Suka sangat dengan lirik lagu Faizal Tahir ni. Penuh makna. Penuh dengan mesej. Sebak! Dunia semakin tenat.



Read More ->>

Saturday, March 21, 2015

Bidadari Umi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia





Macam-macam ragam dua beradik ni. Kadang baik, kadang gaduh. Partner in crime sepah rumah jugak. Hehehe.

Kadang nak marah bila rumah sepah. Kadang tak sampai hati pulak. Sebab itu cara dia tarik perhatian kita kan.

Kadang nak marah bila Aisya pukul Aeera. Tapi tak jadi marah bila tengok Aisya pandang kita macam something. Macam pandangan 'umi lagi sayang adik dari kakak..' homaii. Touching tau.

Umi tak pernah bandingkan kasih dan sayang umi pada anak-anak.

Sebab,,
Dua-dua bidadari umi.
Dua-dua kesayangan umi.
Dua-dua cinta hati umi.
Umi sayang keduanya sama rata.

Umi taknak salah seorang dari anak-anak terasa yang umi melebihkan salah seorang dari mereka. Jangan pernah merasa begitu yaa bidadari umi.

Satu hari, bila tiba masa kalian memahami erti kasih sayang, kalian akan faham betapa umi sayangkan kalian.

InsyaALLAH. Aamin.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

The Chronicles Of Narnia : Prince Caspian

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Perghhh. Tetiba rasa nak update entry tengah malam buta ni. Haaa. Penangan Mineral Coffee la ni. Buat mata tak boleh nak lelap. Salah timing minum coffee ni memalam.

Layanlah cerita The Chronicles Of Narnia : Prince Caspian. Dah berabad cerita ni tak pernah lagi me tengok. Haha. Bukan langsung tak pernah tengok tapi tak pernah sampai ke ending pun. Malam ni hope dapat khatam cerita ni. Heeeee.

Sekarang ni tengah berita so update ringkas dulu sementara tunggu 12.30am.

Bernasib baik sebab esok hari sabtu. Eh! Dah masuk sabtu kan. 2 hari mc buat me lupa hari. Huhu. Kenapa mc? Sok me story mory okies.






Macamana nak garu telinga yang sakit dan gatal? Huhu.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Wednesday, March 18, 2015

Wordless Wednesday 2015 #3

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia







Hari ni memang agak bad mood. Hairan gak kenapa ada orang suka persoalkan benda-benda yang takde kaitan dengan hidup dia. Pastu sentuh hal peribadi orang lain. Buat andaian macam-macam.
Nak je marah. Benda takde kaitan dengan ko tak perlu nak ambil tahu kot. Macam lah ko kenal sangat dengan dia tu.

Ok! Sabar.. Sabar..


Nak pegi slurpp puding jap.. bagi sejuk sikit hati yang panas ni. Huhu.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Tuesday, March 17, 2015

Demam Akibat Tonsil

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni masuk kerja pas bercuti semalam. Berat hati gak nak kerja sebab Aisya still kurang sihat. Semalam pegi klinik. Dr. kata tonsil Aisya bengkak sebab tu demam. Huhu. Sakit tu. Me pernah kena so tau la sakitnya macamana kan. Kesian anak umi. Patutlah makan pun tak lalu kan. Minum susu and minum air je.

Me pun rajinlah menggoogle pasal tonsil ni kan. Me share sikit ea.

Tonsil adalah kelenjar tisu limfoid yang berfungsi sebagai markas pertahanan yang diperlukan oleh badan pada awal pembesaran kanak-kanak. Terdapat beberapa kelompok tisu limfoid di dalam rongga mulut, ini termasuk:
1.       Adenoids (Tonsil Pharyngeal) yang terletak di belakang hidung
2.       Palatine tonsil. Tonsil yang selalu dikaitkan dengan masalah sakit tonsil.
3.       Lingual Tonsil. Terletak dibahagian belakan lidah
4.       Tubal tonsil. Terletak pada keliling saluran(auditory) yang menyambungkan hidung dengan telinga tengah.

Bagi kanak-kanak yang mengalami sakit tonsil mereka akan:
1.       Mengalami kesakitan dan demam yang lama (sekurang-kurangya 1 minggu)
2.       Perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor untuk merawat sakit tonsil mereka.
3.       Perlu mengambil dan menghabiskan ubat antibiotik disamping ubatan lain untuk simptom mereka (contohnya ubat demam dan ubat sakit tekak)
4.       Terpaksa cuti sakit dari persekolahan dan ini akan menganggu pembelajaran mereka
5.       Tidur terganggu, ini disebabkan tonsil yang membengkak akan menyebabkan tidur berdengkur dan juga pada kes yang teruk mereka akan berhenti bernafas seketika semasa tidur – Sleep Apnea.

Sumber : http://www.doktorbudak.com/2014/10/14/anak-kerap-sakit-tonsil/

Me share secara ringkas je dari page doktorbudak. Banyak gak info yang me dapat dari blog ni. Bagi yang ada isu tentang kesihatan kanak-kanak boleh rujuk dalam web ni.


Hope bengkak kat tonsil Aisya surut cepat. Sekarang ni memang dia tengah ambil antibiotic. Huhu. Pakej sekali dengan batuk dan selesema pulak. Sembuh cepat anak umi. Tak sanggup umi tengok anak umi sakit. 



Sekarang ni pun mengira masa nak balik rumah. Rindunya kat anak-anak. 


p/s : ada yang kata aiskrim vanila 'penawar' sakit tonsil ni. Betul ke?



Read More ->>

Monday, March 16, 2015

Lupa Nak Makan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah kul 11 malam baru terasa lapar. Ingat-ingat balik hari ni rupanya jamah 3 keping roti butterscotch je. Bila anak tak sihat mulalah lupa nak jaga diri sendiri. Huhu. Takpe. Anak lagi penting.

Hari Aisya agak meragam gak. Nak dukung je. Even ada satu masa tu dia aktif main ngan Aeera tapi tu pun kejap je.




Sepahkan nasi pun semangat. Kata nak makan tapi sudahnyaaa..






Huhu. Bru pas sapu umah untuk kali kelima. Kena sapu untuk kali keenam. Hari ni 3 kali mop umah. Hukhuk.

Pastu ajak pegi taman. Memang teringin nak bawa tapi dengan keadaan tak sihat macam ni dan cuaca yang sangat panas yak mampu umi tunaikan permintaan Aisya tu. Maaf sayang. Aisya dah sembuh nanti umi bawa Aisya dan Aeera pegi taman yaa.

Buat keje, layan anak-anak tak sedar masa dah kul 7pm. Huhu.

Kul 8 keluar bawa Aisya pegi klinik. Sampai umah kul 10.30. Memang tak dan dah nak makan. Huhu.

Esok pagi je lah makan.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Aisya Demam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia





Semalam Aisya tetiba demam. Suhu badan terus panas mendadak. Huhu. Memang tak tidur sebab nak pantau keadaan dia.

Bagi makan ubat dia muntah. Memang habis kosong rasanya perut dia semalam. Muntah sampai takde benda lagi yang kuar. Nangis umi jap. Pas muntah tu baru dia dapat tido lena sikit.

Dalam jam 2.30 dia terjaga. Ajak borak. Masa tu me baru lelap kejap. Memang ngantuk tapi layankan jugak dia borak. Cek suhu. Still 38.5. Bagi masuk ubat roket. Dia tak nangis cuma ngadu sakit. Huhu.

First time guna ubat roket tu. Letak minyak sikit baru masukkan.

Pagi tadi bangun pun memang takde mood. Pas bagi mandi ajak dia makan taknak. Minum susu and air je. Tu pun tak banyak. Huhu. Risaunya.

Ni baru tido lagi.

Dia demam tapi still aktif macam biasa. Layan adik dia main. Aeera pun macam faham kakak tengah tak sihat kurang sikit lasaknya.

Hope by petang ni panas Aisya makin kurang. If tak surut juga ke klinik la jawabnya. Huhu.





Get well soon anak umi. Rindu umi nak dengar dia membebel. Nak dengar dia nyanyi.

Petunjuk Allah bagi agar me cuti hari ni. Cuti dah apply dari last week. Huhu.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Lelaki, Hormatilah 3 Wanita Ini

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia




Lelaki mungkin x sedar 3 orang wanita ni adalah orang yang paling berharga dalam hidup mereka. Sampai satu ketika bila mereka kehilangan salah seorang darinya.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Friday, March 13, 2015

Another Day For Us

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

sumber : google image

Morning.

Kejap je kan rasanya hari-hari ni berlalu. Rasanya macam baru semalam hari Isnin. Haaaaaa. Motip sangat kan. Hehehe. 


Read More ->>

Wednesday, March 11, 2015

Wordless Wednesday 2015 #2

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia





Yes! That's what we need.

It's not bila stress start nak kacau orang. Start nak emo sorang. Pastu nak marah-marah. Nak sangat bawa orang join sekali stress tu kan. Hurm.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Sunday, March 8, 2015

Hujung Minggu Masa Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hujung minggu adalah saat paling berharga buat me. Masa untuk family.

Masa ni lah me perhatikan perkembangan Aisya dan Aeera. Both semakin membesar dengan sihat. Alhamdulillah.

Kadang memang ada masa dia buat umi marah. Buat umi rasa nak gigit-gigit je diorang ni. Tapi bila difikir semula, me rasa tu cara mereka nak tarik perhatian me. Nak ajak me main.




Aisya & Aeera suka tido dipangku me. Bila tido malam pulak Aisya tido berbantalkan lengan me dan Aeera pula suka berbantalkan perut me. Hehehehe.

Masa diorang tido tu nampak innocent sangat muka memasing. Hehe. Masa tu la nak cium,, nak kacau. Bila dah bangun pening pulak nak layankan. Sekejap nak itu,, sekejap nak ini. Hehehehe.

Alhamdulillah. Syukur pada ALLAH sebab bagi peluang me untuk melihat Aisya & Aeera membesar.

Love them both so much.

posted from Bloggeroid

Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in