Saturday, May 30, 2015

Kotobian Tadau Tagazo Do Ka'amatan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kotobian Tadau Tagazo Do Ka'amatan buat mereka yang berbangsa Kadazan Dusun di seluruh Malaysia.



Hari ni juga Family Day keluarga Salleh Abdullah. Keluarga besar me di Sabah. Tahun lepas me berkesempatan bersama mereka namun tahun ni me di sini.

InsyaALLAH lepas raya kitorang balik ye. Tunggu... Rindu yang amat dah ni. Hehe.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Friday, May 29, 2015

Tema Syawal Tahun Ni

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
 
Salam Jumaat penghulu segala hari.
 
Lunch hour yang agak gloomy. Kena jaga kaunter tengahari ni. Hehe. Takpe sebab boleh balik awal dari kebiasaan. 3.30pm dah boleh kemas-kemas then bye-bye ofis. Haha.
 
Boring tak tau apa nak buat tetiba tergerak hati nak survey color baju untuk raya tahun ni. Yes I know. Lewat dah kan. Terpaksalah beli yang ready-made. Lagi berapa hari je nak masuk Ramadhan. Memang tailor semua dah tutup tempahan.
 
Sumber : google image
Banyaknya pilihan warna. Tak tau nak pilih warna yang mana satu. Last year orange. Hurmmmmm. Berkenan kat banyak color ni.
 
Turqoise? Grape tu pun macam cantik. Light peach pulak sweet. Dark grey pun lawa. Dusty green?
 
Homaiii. Semua cantik! Kalau tanya en.abg mesti sepenuhnya dia bagi kita pilih.
 
Ke kena cabut undi. Tulis dalam kertas, lipat, goncang-goncang then pilih sambil tutup mata. Hahahaha. Adil jugak tu kan.
 
Haaaaaaa.
 
Memang shopping last minitlah nampaknya ni.
 
 
 
 
 
Read More ->>

Thursday, May 28, 2015

Buffet Ramadhan 2015 : Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ramadhan bakal menjelang tak lama lagi.

Restoran Royale Songket, Hotel Grand BlueWave Shah Alam akan mengadakan promosi Sinaran Ramadhan sepanjang Bulan Ramadhan nanti. Dengan konsep 'Bazaar Ramadhan' pelbagai hidangan istimewa bakal disajikan kepada semua. 


Antara menu istimewa sepanjang Promosi Sinaran Ramadhan 2015 adalah Mee Udang Sado, Kambing Bakar, Turkey Kebab Skewer, Ayam golek Percik, Cendol dan Air Kelapa Muda. Tidak lupa Chef's Signature Daging Masak Hitam, Gulai Kari Kambing, Flossy Butter Prawn, Sotong Goreng Berempah, Pucuk Paku dan Cendawan Masak Lemak, Nasi Dhal Daun Kari, Nasi Tomato dan banyak lagi pilihan.

Ini antara hidangan yang bakal disajikan pada Iftar di GBWHSA.. :)











Ini hanya sebahagian daripada hidangan. Ada lebih 250 menu lagi yang akan disajikan dalam Promosi Sinaran Ramadhan 2015 ni nanti.


Dua pakej yang disediakan oleh pihak Hotel Grand BlueWave Shah Alam dengan keistimewaan tersendiri.

Pakej Barakah Al-Mubarak

RM125.00+ untuk Dewasa
RM70.00+ untuk Warga Emas dan kanak-kanak

Promosi 1 Ramadhan - 10 Ramadhan

RM90.00+ untuk Dewasa
RM58.00+ untuk Warga Emas dan Kanak-Kanak 

Pakej Fitrah Al-Mubarak (Level 1)

RM90.00+ untuk Dewasa

RM58.00+ untuk Warga Emas dan Kanak-Kanak 


Bagi mereka yang ingin menunaikan sembahyang sebelum makan, pihak GBWHSA juga menyediakan Gasing Hall sebagai Surau untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Promosi Sinar Ramadhan 2015 akan bermula pada 1 Ramadhan dan tetamu digalakkan untuk membuat tempahan awal melalui telefon 03-55118811 atau terus ke bahagian Sales and Marketing Department ext : 2801, 2804 dan 2806. 


Read More ->>

Istiwa A’zam: Kedudukan Matahari Tepat Di Atas Ka’abah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH S.W.T. tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama). Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH S.W.T., pada petang ini, ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat boleh memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

BILAKAH ISTIWA A’ZAM BERLAKU?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

· 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
· 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Sebelum

· Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM ditalian 1051 atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.

· Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.

· Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.

· Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.

· Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.

· Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

· Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.

· Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu iaitu diri dihujung bayang dan menghadap ke arah objek.  (Rujuk gambar di bawah)

· Tandakan arah qiblat.


Moga bermanfaat untuk rujukan dan pengetahuan semua. 



Read More ->>

Wednesday, May 27, 2015

Imaginary Friends : Gangguan atau Bayangan?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pagi ni dapat notification kat facebook dari Reena. Bila baca gambar yang dia tag tu terus rasa seram. 

Bahaya gak if anak-anak ada imaginary friends ni. Lukisan tu pun boleh bayangkan yang imaginary friend tu sesuatu yang menakutkan. 













Me tak tolak jika ada kemungkinan antara kita yang pernah mengalami perkara macam ni. Banyak yang kita boleh amalkan untuk elakkan daripada berlaku benda-benda macam ni. 

Yang paling penting, pantau keadaan anak kita. Dan jangan tinggalkan solat. Pastikan ayat-ayat Al-Quran dan zikir tak hilang dari dilagukan kita. 

Nak share cerita, pernah satu malam, masa tu kitorang 1 family tidur kat ruang tamu. Tengok anak-anak dah tidur sebab tu ambil keputusan tidur kat bawah je. Tetiba tengah malam Aisya kejut me, dia pandang dari tangga dan terus ke dapur pas tu dia tanya, "Dia nak g mana tu umi?" 

Perasaan me masa tu mesti lah terkejut kan. Tapi still boleh kawal. Me tanya Aisya "Siapa?"

"Tu (tunjuk ke dapur). Dia nak g mana tu?" 

Me pun bisik kat dia bagi tau takde apa-apa lah. Jom tidur. Pastu sambil-sambil me bacakan ayat kursi dan 3 Qul. 

Pasang lampu dapur dan buka tab pasangkan surah Yassin. Memang selepas tu tiap-tiap malam me pasangkan surah Yassin.

Anggapan me pada mulanya mungkin Aisya mengigaukan tapi mata dia masa tu tak lepas dari pandang ke dapur. Huhu. Risau jugak. 

Selepas kejadian tu ada few times terdengar bunyi guli dan ada sekali tu bunyi guli tu jatuh kat tangga. Betul-betul jelas. Bila cerita ngan en.abg dia kata tu budak rumah sebelah main. Me pun cuba untuk positif je lah kan. Huhu.

Hope takde apa-apa yang serius dengan gangguan-gangguan tu. Risau gak sebab ada anak kecil.


Baca lagi tentang Imaginary Friends ---> http://www.buzzfeed.com/jenlewis/the-creepiest-things-a-kid-has-said-about-an-imaginary-fr#.kyMD5VpkdB


Read More ->>

Tuesday, May 26, 2015

Perbuatan Manusia Tidak Bertamadun!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Anak-anak tu anugerah ALLAH buat kita. Ada yang dipermudahkan urusan mendapat zuriat tak kurang juga yang diuji ALLAH sebelum rezeki itu di berikan.

Luruh airmata me sebagai seorang ibu bila melihat anak kecil yang diperlakukan sebegini.

sumber : facebook
Mungkin bagi mereka perkara ini hanya gurauan tapi bagi me sebagai manusia dan seorang ibu perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi. Kesian anak kecil itu.

ALLAHUAKBAR!

Manusia semakin hilang pertimbangan. Dunia kita semakin tenat.

Moga kita dijauhkan dari perkara-perkara seperti ini.


Read More ->>

Mana Wan?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sekarang ni suka sangat borak dengan Aeera sebab ada je jawapannya. Kadang buat geram pun ada. Hehe.

Aeera dan masuk setahun lapan bulan. Buln sembilan nanti genap 2 tahun. Kejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam bersalinkan dia. 

Dah makin pandai dan jelas perkataan yang dia sebut. Ada masa juga yang me cuba bersungguh-sungguh nak faham apa yang dia cakap. Hahaha.

Antara perbualan umi dengan Aeera.

Umi : Aeera, jom tido..
Aeera : Nanakkkk.. (sambil muncung-muncung bibir dia)

Umi : Aeera, jom mandi..
Aeera : Nanakkk..

Hahahaha. Suka betul dengar dia sebut perkataan nanak tu. 

Semalam me borak dengan dia lagi.

Umi : Aeera, rindu nenek?
Aeera : Ndu.. (sambil angguk banyak-banyak kali) 
Umi : Panggil nenek..
Aeera : Nekkk..
Umi : Panggil atuk..
Aeera : Tukkkk..
Umi : Panggil wan..
Aeera : Twoo.. 

Hahahahaha.. Automatik me gelak. Bila me gelak dia pun ikut gelak. Ulang balik sebut perkataan two. 

Adoi anak umi. Penghibur hati umi. Saat umi kurang daya saat tu korang buat umi gelak. 

Sayang Aisya dan Aeera ketat-ketat. Hehehe. 

Sayang adik baby juga. 
Read More ->>

Tips Jadi Orang Yang Gembira

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tips Jadi Orang Yang Gembira | Ada masanya dalam hidup ni kita akan rasa gembira yang amat. Senyum dan kekal positif sepanjang hari. 

Tapi ada satu masa dalam hidup ni kita akan rasa down sangat kan? Itu tak lari lah. Macam kata orang, kita ni manusia biasa. Mustahillah kalau hidup kita sentiasa gembira tanpa masalah. 

Nak kongsikan satu gambar bagaimana kita boleh menjadi seorang yang gembira. 

sumber : google image
Bila baca memang ada beberapa perkara yang buat me tersedar dan berfikir 'Patutlah ada masa rasa tak gembira..'

Benda simple yang kadang me terbuat ialah perkara nombor 3. Hurm. Biarpun secara peribadi tak suka bila orang banding-bandingkan kita ngan orang lain tapi kadang kala terbuat juga. 

Apapun, semua statement yang ada dalam gambar di atas mampu membantu kita untuk jadi orang yang lebih baik dan lebih gembira. 

Pilihan di tangan kita. :D


Read More ->>

Monday, May 25, 2015

Tips Mengatasi Morning Sickness

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tips Mengatasi Morning Sickness | Mual dan loya pada awal kehamilan adalah satu perkara biasa bagi wanita. Biasanya perkara ini terjadi hanya pada trimester pertama iaitu dari minggu 1 ke minggu ke-12  kehamilan. Namun ada juga yang menghadapi masalah loya dan mual ni hingga ke saat melahirkan.

Namun, tak perlu risau andai mengalami perkara ini. Me kongsikan beberapa tips untuk mengatasi masalah morning sickness ini.  

-          Makan sedikit tapi kerap. Jangan biarkan perut kosong. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.

-          Makan apa dan bila anda kehendaki. Elakkan pengambilan makanan berlemak, berempah, berasid atau bergoreng. Ambil makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B.

-          Simpan snek ringan di sebelah katil.

-          Dapatkan rehat yang secukupnya. Ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

-          Minum teh halia. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Namun perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati.

-          Cuba terapi semulajadi. Aromaterapi atau homeopati boleh membantu anda tetapi berjumpalah dengan mereka yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

Setakat ni me dah cuba kaedah aromaterapi menggunakan limau nipis. Bila rasa nak mual je hidu limau nipis. Always ada dalam poket baju. Bau-bau sitrus ni biasanya menenangkan. Hehe.


So, wanita mengandung yang ada masalah morning sickness boleh la cuba tips yang ada kat atas tu. 





sumber rujukan : babycenter.com.my


Read More ->>

Saturday, May 23, 2015

Mencabarnya Trimester Pertama Kali Ni

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Happy sabtuday semua.

Ya ALLAH! Dugaan trimester pertama kali ni amatlah mencabar diri.

Nak update entry blog pun bercinta. Huhu. Ada lebih 10 draf dalam entry yang belum post. Bukan taknak post tapi semuanya cerita tergantung. Haaaa. Rumusan takde.

Rasa nak nangis je tau.

Bab makan pula takdelah memilih sangatkan tapi bila makan je muntah. Kadang if tak muntah mesti tak rasa kenyang. Maybe sebab makan benda yang tak kena dengan tekak kot.

Pastu badan akan jadi lemah bila buat kerja lebih sikit. Nak kata manja tak jugak. Entahlah. Heeeee.

Jalan jauh sikit semput. Haishhh. Baru nak masuk 2 bulan. Dah besar sikit nanti macamana agaknya. Huwaaa.

Memang jauh beza sangat dengan pengalaman mengandungkan Aisya dan Aeera sebelum ni.

Lain kandungan lain pengalamannya kan. Maybe jantina pun lain gak. Heeee. Bila fikir bab jantina tu rasa teruja sikit. Wish for baby boy kali ni.

Okay lah. Nak sambung dratf entry yang ada sebelum ni. Hope tak muntah. Haaaa.

Terima kasih pada kawan-kawan yang wish tahniah and good health untuk me and baby. Muahhxx!

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Wednesday, May 20, 2015

Idea Baru Ke Pasar

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ni salah satu idea yang menarik bila ke pasar.





Senang sikit nak bawa barang. Takde lah penuh tangan nak bawa.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Tuesday, May 19, 2015

Perubahan Aisya dan Aeera Nak Dapat Adik Baru

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Perkembangan baby baik. Baru masuk 7 week. Tadi pegi scan dah nampak heartbeat baby. Tak sangka yang me pregnantkan anak ketiga dah. Tapi rezeki ALLAH bagi me takkan tolak. Even pening kepala dengan kerenah Aisya dan Aeera sekarang ni. Next time me cerita pasal macamana boleh ter'detect' diri tengah mengandung ni ea. 

Sekarang ni nak share perubahan anak-anak dulu. Heee. Memasing excited! 

Nur Aisya Syuhadaa

Sejak mengandung ni, me perasan yang Aisya selalu sangat nangis. Tegur sikit nangis. Kata tak boleh pun nangis. Manja lebih. Macam tu jugak la peel dia masa me mengandungkan Aeera dulu. Asyik nangis je. Tapi masa tu dia tak puas nak manja lagi kot. Yelah, dia baru 6 bulan me dah pregnant lagi.

Dan sekarang ni dah pandai dia bahasakan diri dia kak long. Dulu panggil Along je dia marah. Dia akan jawab “ini Aisya lah umi..” Hahaha. Tapi semalam me tanya sambil pegang dia..

Umi : Ni siapa?
Aisya : Along..

Eh.. terkejut jap..

Umi : Ni siapa? (sambil sentuh badan Aeera)
Aisya : Tu Angah..

Wow! I is suka yang amat.. Malam ni nak tanya lagi.  Hope dia jawab macam tu jugak. Heeeee

Nur Aeera Shuhayra

Haaaaaaaa.. Yang sorang ni lagi melampau-lampau manjanya. Hehehe. Asyik nak berkepit je dengan umi if umi ada kat rumah. Tak boleh nak berenggang. Umi keluar sidai baju kat luar pun dia nangis nak ikut jugak.

Asyik nak berpangku sambil peluk dia if tengok tv. Comel sangat tau. Bila alihkan tangan dia akan tarik semula. Heeeeee. Sambil-sambil tu dia suka dongakkan kepala minta umi kiss dahi dia. 

Pastu kalau tido malam, dia suka kongsi bantal dengan umi. Dia hanya akan tido di bantal yang sama dengan me. Tengah malam bila dia perasaan yang me tukar ke bantal lain dia akan ikut tapi dia akan merengek dulu. Marah kot. Hehehe. Tido tak pernah lena sebab asyik tukar bantal.

Semalam tanya dia, 

Umi : Nak adik tak?
Aeera : Nak..nak..
Umi : Ni adik (sambil pegang perut)
Aeera tengok je perut me pastu dia say "Hai.."

Hahahaha. Comel je anak umi kan. 

Tapi sebak tau iols! 

Belum cukup nak bermanja tetiba nak dapat adik baru pula kan. Huhu. Hope nanti Aisya and Aeera bolehlah tolong umi jaga adik.






Aeera kata nak adik boy!! 


Hahaha. 




Read More ->>

Thursday, May 14, 2015

Bukan Kerana Rupa

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bukan Kerana Rupa | Semalam dapat kiriman whatsapp dari group kawan-kawan zaman sekolah menengah dulu. Memula niat nak abaikan sebab panjang sangat. Ingatkan message berantai lagi. Zaman message berantaikan tak pernah habis. Hurm..

Tapi bila baca tajuk hati terus tertarik nak baca. Terasa macam ada something dalam cerita ni. Dan yes! Memang betul. Tak rugi baca. Me sharekan di sini agar kita dapat manfaatkan yang tersirat di sebalik cerita ni.

Alhamdulillah. ALLAH menjentik hati me untuk baca. Terima kasih ALLAH.


Tajuk: Bukan Kerana Rupa

Penulis / Karya original : Muhammad Rusydi ( Rusydee Artz )

Berborak dengan seorang senior. Dia berkulit gelap, chubby dan boroi. Macam mamak sikit. Isterinya juga lebih kurang dengan dirinya.

Disebabkan dia ni sporting, sengaja ku ajukan soalan kepadanya. Masa tu isterinya pergi mencari sayur. Dia duduk di sebelah membelek-belek tembikai.

“Maaf tanya, bang. Abang tak terfikir ke masa nikah dulu, nak dapatkan isteri yang cantik?”

Dia tersentak. Mungkin soalan tu agak direct. Tapi, dia senyum saja. Orang matang, kan.

“Siapa yang tak nak isteri cantik. Lelaki mana yang tak nak?Tapi, bukan sekadar itu yang patut kau nilaikan. Bukan setakat rupa dan fizikalnya. Kau patut pergi lebih jauh dari skop sempit tu.”

Aku berkerut kening.

“Maksud abang?”

Dia tergelak.

“Macam tembikai-tembikai depan mata kau ni. Adakah kau nilainya semata-mata dari kulit luaran? Tidak, kan?

Untuk bahagia, kau kena letakkan ketepi soal rupa. Soal agama letak yang utama. Soal jawab dia, sekurang-kurangnya solat 5 waktu tu cukup. Aurat tutup. Sempurna atau tak tu belakang kira, sebab tugas mendidik di bahu kau.

Then, kau kena fikir keluarganya. Kau boleh masuk tak dalam keluarga dia? Kau boleh kamceng ke tak dengan mak ayah dia, adik-beradik dia? Kau jangan pilih mentua yang pernah menyindir, menghina diri kau.

Contoh, pekerjaan kau dipertikaikan, gaji kau diungkitkan. Lama-lama, sabar kau cuma akan membawa kepada sakit hati, akhirnya jadi dendam bila benci mulai bertapak di sanubari.

Mulalah kau tak nak balik rumah mentua sebab tak suka dengar, tak suka tengok muka. Dengan adik-beradik dia pun begitulah juga. Nilaikan semua.

Bernikah ni, bukan setakat dengan dia. Tapi, seluruh keluarga dia. Dia saja baik, tapi keluarganya layan kau dengan buruk, kau jangan keraskan hati nak jugak. Kau berundur saja.

Pilih yang menyenangkan hati kau. Keluarga yang boleh menghormati dan menyayangi kau, menerima kau seadanya kau. Barulah kita rasa suka ziarah mentua, hati lapang.

Bukan kau saja yang mereka terima, tapi keluarga kau juga mereka reda terima. Timbul rasa syukur dapat keluarga baru macam tu.

Seterusnya, kau kena nilaikan. Dia sendiri. Dia cerewet atau tidak. Kalau cerewet, kau jangan teruskan. Pilih yang lain.

Kau takkan senang duduk, nak berehat sikit pun tak boleh asyik membebel. Suruh itu dan ini. Queen control kau. Tak boleh macam tu.

Pilih yang bertolak ansur dan sederhana. Dia tak kisah tak ada aircond, janji ada kipas meja pun dah ok. Tak ada meja makan, makan bersila pun tak mengapa.

Tak ada kereta, naik motosikal pun tak jadi masalah baginya. Tak ada duit, dia tak mengeluh. Dia ada duit, dia kongsikan dengan kau.

Kau ada duit, kau pula belanja dia macam-macam. Begitulah hidup suami isteri dan nak bentuk keluarga yang bahagia.

Bukan kerna rupa. Bila hati tenang, ibadah pun lenang. Dia tenang, keluarga dia tenang. Semua orang tenang. Apa lagi yang tak cukup?”

Aku senyum saja mendengar kata-kata abang tu. Dia menambah sedikit di hujungnya,

“Sebab itulah aku pilih isteri aku. Atas sebab-sebab yang aku sebutkan tadilah. Kulit hitam ke putih ke, lemak banyak ke sikit ke, takkan pernah memuaskan nafsu mata.

Kalau kau nak ikut nafsu mata, mata takkan pernah puas. Tapi kalau kau ikut kata iman, kau akan hargai segala yang kau ada. Segala yang realiti di depan mata.”

Aku salam tangannya. Hulurkan tembikai padanya sebagai hadiah. Ilmu yang lebih mahal harganya dari tembikai-tembikai yang aku jual.

Aduh. Bila Tuhan mahu menjentik hati...


posted from Bloggeroid
Read More ->>

Lakonan Mantap Aeera!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lakonan Mantap Aeera! | Bulan ni umur Aeera masuk 1 tahun 8 bulan. Memang dah panjang akal dia nak mengusik ayah dan umi.

Gambar bawah ni Aeera buat-buat tidur bila ayah panggil. Hebat lakonan dia. Umi pun ingatkan betul.

Masa nak betulkan kedudukan tidur dia tetiba dia jeling umi. Hahahahaha. Pastu sambung balik buat-buat tidur tu.


Ayah pun memula nak marah umi sebab biarkan Aeera tidur macam tu tapi terus tak jadi bila tengok Aeera jeling. Hahaha. Adoi anak umi.

Suka tau buat macam tu. Sekarang ni pun suka sangat buat-buat tidur. Memula bukan main lari-lari dengan Aisya. Bila umi panggil makan laju je cari tilam pastu tiarap sambil berlakon. Bila umi panggil mandi je tidur. Haha.

Geram je umi tau. Memang nak kena gigit buat gaya macam tu. Hahaha.

Kejap je dah besar. Rasa macam baru semalam mengandungkan dan bersalinkan Aeera. Tak sedar nak jadi kakak dah dia. Hehehe.

Dah sedia ke Aeera nak jadi kakak ni? Heeeeee...

posted from Bloggeroid


Read More ->>

Wednesday, May 13, 2015

Alhamdulillah. Rezeki Untukmu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Rezeki Untukmu | Kelmarin terasa nak makan kek, petang tu ada jiran perumahan sebelah bagi kek. Katanya balance kek sambutan Hari Ibu. Alhamdulillah.

Semalam terasa nak makan KFC, petang tu masa balik en.abg ajak singgah beli KFC. Alhamdulillah.

Murah rezeki anak Umi. Alhamdulillah.

sumber : google image

InsyaALLAH, moga selalu ada rezeki untukmu sayang. :)



Hari ni terasa nak makan pizza. Agak-agak ada yang nak belanja pizza tak? Hahaha. 



Read More ->>

Wordless Wednesday 2015 #10

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



posted from Bloggeroid

Read More ->>

Tuesday, May 12, 2015

Jelitamu Nyata Berbeza : Collagen CC Cream

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jelitamu Nyata Berbeza : Collagen CC Cream | Mengalami masalah tona kulit tidak sekata? Kedutan halus di wajah? Kesan parut akibat jerawat? Hanya dengan 3 calitan Collagen CC Cream mampu menyelesaikan masalah anda.


Collagen CC Cream ni dihasilkan dari salmon collagen yang berkualiti dan di import khas dari luar negara. Walaupun mahal dan susah nak dapat namun demi kepuasan pelanggan, pihak Raily berusaha untuk memenuhi kepuasan para pelanggan yang inginkan keberkesanan dalam setiap produk yang dibeli. Salmon collagen ni juga banyak digunapakai dalam produk Jepun dan Korea. J


Nak tau apa khasiat Salmon Colagen ni? Jom baca…

·         *7 kali ganda lebih berkhasiat daripada tilapia collagen
·         *Dapat mencerahkan kulit
·         *Membaiki dan mencantikkan struktur kulit yang rosak
·         *Menggebukan kulit
·         *Menghilangkan parut dengan berkesan tanpa ragu
·         *Mengurangkan garis halus (awet muda)
·         *Mengatasi masalah jeragat dan pigmentasi
·         *Mengurangkan penghasilan jerawat

Antara kelebihan Collagen CC Cream

·         *Sesuai untuk semua jenis kulit
·         *Dapat meratakan tona kulit tidak sekata
·         *Melindungi kulit dari pancaran sinar UV (spf 50+)
·         *Menganjalkan kulit (salmon collagen)
·         *Merawat masalah kulit wajah dari dalam
·         *Dapat menutup cela di wajah
·         *Tidak melekit walaupun berada di tempat panas
·         *Kulit muka tidak berminyak walaupun di pakai sepanjang hari
·         *Tahan lama sehingga lebih 8 jam
·         *Dapat memudar dan menghilangkan bitnik-bintik hitam
·         *Dapat mencerahkan wajah

Haaaaa.. Semua kebaikan ada dalam Collagen CC Cream ni. Tak perlu nak sapu sunblock dah. Tak perlu lagi skincare yang banyak-banyak tu. Jimat pun jimat. Duit dan masa. Collagen CC Cream ni dah cukup untuk cover semua keperluan kecantikan kita. Kan?


Ni nak share beberapa testimoni pelanggan yang telah mencuba Collagen CC Cream ni.



Macamana? Bestkan. So, apa tunggu lagi. Jom ramai-ramai kita dapatkan Collagen CC Cream kita sekarang juga.

Harga? Pastinya mampu milik. Setara dengan kualiti.

Semenanjung Malaysia

Harga retail RM69.00
Harga promosi RM65.00

1 Collagen CC Cream + FREE Postage + SPECIAL free GIFT

Sabah/ Sarawak

Harga retail RM75.00
Harga promosi RM70.00

1 Collagen CC Cream + FREE Postage + SPECIAL free GIFT

Dapatkan selagi stok masih ada!!

UNTUK MAKLUMAT LANJUT :



PM/ Whatsapp : 01132958062


JELITAMU NYATA BERBEZA!
Read More ->>

Thursday, May 7, 2015

Resepi Lada Putih Masak Ikan Masin

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Resepi Lada Putih Masak Ikan Masin | Macamana rupa lada putih tu ea? Jom berkenalan pula dengan lada putih. Lada putih ni pun salah satu makanana kegemaran masyrakat dusun di Sabah. Hari tu dah cerita pasal SAMBAL TUHAU kan. 

Sumber : Google Image
Rasa? Pedas. Tapi tak sama rasanya dengan cili padi tu. 

Banyak resepi yang boleh dihasilkan dengan lada putih ni tapi biasanya paling popular Ikan Masin Masak Lada Putih. Terbaik!

Resepi :

Bahan-bahan

Lada putih hiris dua
Ikan masin potong dadu
Air asam jawa
Sedikit garam
1 biji bawang merah

Cara Maasak : 

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah.
2. Masukkan ikan masin dan goreng hingga garing.
3. Masukkan lada putih, asam jawa dan garam. Tutup kuali dan biarkan hingga mendidih. 

Sedap dihidangkan bersama nasi putih. 

Homaiii.. Bila ingatkan hidangan ni rasa macam nak fly balik Sabah sekarang juga. Dah lah memang tengah lapar. Uhuk!

Nak kirim dengan adik tapi adik kata lada putih sekarang ni pun kena order awal. Permintaan banyak. Perghh. Hebat penangan lada putih ni kan.



Read More ->>

Sunday, May 3, 2015

Sambal TUHAU

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sambal TUHAU | Rasanya ramai yang tidak mengenali apa itu tuhau. Tuhau adalah salah satu ulaman yang menjadi kegemaran setengah penduduk Sabah. Tuhau termasuk dalam keluarga halia. 

Sumber : google image
Resepi Sambal Tuhau : 

Bahan-bahan 

Tuhau
Cuka makan
Garam
Cili Padi

Cara-cara menyediakan sambal Tuhau

1. Tumbuk/ Blend Tuhau, cili padi dan garam. 
2, Gaulkan dengan cuka makan.
3. Peram 10-20 minit sebelum dihidangkan. 

Di semenanjung tak pasti if boleh jumpa pokok Tuhau ni. Dan me sendiri tak pasti kalau orang semenanjung akan sukakan ulam/ sambal Tuhau ni kerana baunya kuat dan kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Ada yang cakap baunya seperti kumbang kesing. Me kurang pasti nama kumbang tu di semenanjung, Heeee.

Apapun,, sangat rindukan sambal Tuhau ni. Me start makan sambal ni pun masa tingkatan 3. Sebelum tu tak makan pun sebab baunya. Tapi bila dah cuba sekali,, mesti tambah berkali-kali. Bau pun terus jadi wangi yang amat. Hahaha.

Ada tak warga semenanjung yang dah cuba atau teringin nak cuba sambal Tuhau ni? Hehehe.. 


Read More ->>

Saturday, May 2, 2015

Orang Perempuan Ni Tak Reti Serik Kan?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Orang Perempuan Ni Tak Reti Serik Kan? | Terbaca satu puisi ringkas tapi padat kat Facebook tadi. Lebih kurang kisahnya seperti yang me sharekan dalam entry Teringin 'PAHALA' Itu Lagi. Sama seperti ini. Me memang tak pernah serik. Heeeee. 
DEGIL SEORANG WANITA
Org perempuan tak reti serik
Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung

Org perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih lagi nak mengandung

Tapi itu lah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati org perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramai lah isteri nusyuz kepada suami.
To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.
Kepada para suami yg budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkan lah dia, sebab org perempuan memang 'degil'.
===================================
PENAJA : Kidz collection corner
Andai ALLAH kurniakan nikmat itu sekali lagi, me takkan menolak. InsyaALLAH takkan serik dengan nikmat itu kerana me juga seorang perempuan yang tek reti serik. :)
Read More ->>

Hi-Tea Hari Ibu di Restoran Royale Songket, Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

"Behind all your stories is always your mother's story. Because hers is where yours begin." -Mitch Albom
Ibu.. Ibu..
Engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka,
Engkau hiburkan selalu..
Ibu.. Ibu..
Engkaulah ratu hatiku..

Hi-Tea Hari Ibu di Restoran Royale Songket, Hotel Grand BlueWave Shah Alam | Serangkap lagu Ibu dendangan Tan Sri P.Ramlee pasti membuatkan kita teringat segala jasa dan pengorbanan yang ibu lakukan demi melihat anaknya maju ke depan. Tanpa ibu, kita takkan berada di mana kita berada sekarang. Oleh itu, mari kita sama-sama meraikan jasa ibu sempena Hari Ibu yang bakal tiba tidak lama lagi.


Kepada yang ingin bersama-sama meraikan hari istimewa ini sempena promosi Mother's Day Hi-Tea bolehlah datang ke Restoran Royal Songket pada 10 Mei 2015.

Harga Promosi:
RM69.00+ untuk dewasa
RM34.50 untuk kanak-kanak
RM55.00+ untuk warga emas

Masa :
12.00PM - 4.00PM

Harga yang amat berbaloi untuk hidangan dan aktiviti yang bakal dijalankan.

Sajian Pembuka Selera
  1. Tomato Mozarella Salad
  2. Szechuan Chicken with Manggo Salad
  3. Rojak Buah Penang
  4. Chicken & Seafood Terrine Platter
  5. Ceaser Salad with Condiment
  6. Assorted Crudities with Avocado Dip & Bread Sticks






Sup Istimewa
  1. Ox-Tail Asam Pedas
  2. Cream Chicken Chowder Soup



Hidangan Utama
  1. Lamb Shoulder with Green Pepper Corn Sauce
  2. Fossy Egg Prawns
  3. Mussel Au Gratine
  4. Morrocan Ouzi Rice
  5. Seafood Vole Vaunt
  6. Assorted Tempura
  7. Chicken Sharwarma with Condiments









Sajian Pencuci Mulut
  1. Pulut Serawa Durian
  2. Chocolate Banana Cake
  3. Strawberry Peach Yogurt
  4. Tiramisu in Glass
  5. Mango Pudding mini Cup Cake
  6. Colourful Macaroon
  7. Fresh Fruits Fountain






Pihak GBWHSA juga menyediakan hadiah dan aktiviti yang menarik sepanjang majlis berlangsung seperti Gorgeous Mom Best Dress Competition, Guessing Mom's Favorite, Sweet Words fo Mom, Cake Decoration and Sporting Dancing Mom bersama selebriti Adilla Idris. Yang pastinya semua aktiviti ini akan meninggalkan seribu kenangan manis bersama ibu masing-masing. 

Tempahan boleh di buat 7 hari sebelum majlis berlangsung.

Nombor telefon : 
03-5511 8811

Telemarketing ext :
2723, 2724, 2725

Royale Songket Restaurant ext : 
2162

Untuk makluman, GBWHSA's Royale Songket Restaurant telah mendapat pengiktirafan Sijil HALAL oleh JAKIM dan JAIS.
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in