Tuesday, June 30, 2015

Bukan Tak Peduli

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam ada sorang kawan bertanyakan pendapat me tentang adik Yaya yang didera ayah kandung dan ibu tiri tu. Dia kata tak nampak me update dalam blog.

Bukannya me tak peduli. Bukan me tak ambil tahu pasal perkara ni malah setiap hari me cuba mengikuti perkembangan adik Yaya ni.

Tak update dalam blog sebelum ni sebab ini melibatkan emosi. Setiap kali baca pasal adik Yaya memang murah sangat airmata me mengalir.

6 bulan dia derita menahan sakit tu sorang-sorang. Ayah yang sepatutnya menjadi pelindung pada adik Yaya juga berhati binatang.

13 tulang patah. Kulit kepala koyak. Usus berpintal. Kecacatan kekal. Baru baca akhbar hari ni, kemaluan adik ni pun dicucuh rokok. Allahuakbar!! Kekejaman apakah ini?

Budak berumur 5 tahun. 5 tahun! Apalah anak sekecil ini tau.

Semoga dijatuhkan hukuman setimpal buat pelaku berhati binatang ini. Me tak mampu nak maafkan apa yang mereka lakukan pada adik Yaya.

Buat adik Yaya, doa kami rakyat Malaysia tetap bersamamu sayang. Tabahlah. Semoga selepas ini sinar bahagia akan bersamamu.

posted from Bloggeroid

Read More ->>

Monday, June 29, 2015

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Wah.. Nile ada anjurkan Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015. Lama tak shopping dengan Nile ni. Last shopping online awal tahun ni kot. Hehe. Jom-jom shopping sempena nak raya ni. 


Ni antara 5 item yang menarik minat me.


Product: Simple OL Flats 
Price Meletop: RM9.90
Date: 01/07/2015
Time: start: 11.00am 
Quantity: 150 pairs


Product: Haniya Embroidery DressPrice Meletop: RM29.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 2.00pm 
Quantity: 80 pieces


Product: Haniya Mixed Color Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Quantity: 200 pieces


Product: Haniya Long Fish Tail Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Quantity: 100 pieces


Product: Bow Stylish Heels 
Price Meletop: RM11.50
Date: 01/07/2015
Time: start: 4.00pm 
Quantity: 100 pairs


Tarikh tamat : 14 Julai 2015 
Masa tamat : 11.59PM

Nanti boleh cek result kat >>RESULT<<
Read More ->>

Wednesday, June 24, 2015

Selamat Harijadi Anak Solehah!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Hari ni 24 Jun 2015 genap umur Nur Aisya Syuhadaa binti Abdul Karim 3 tahun.

Teringat kisah 3 tahun lepas, kala ini me sedang bertarung nyawa melahirkan puteri sulung kami. Tak dapat nak gambarkan keadaan me masa tu.


Syukur kerana ALLAH bagi me peluang untuk melihat Aisya membesar hingga ke hari ni.

Terlalu panjang doa dari umi untuk mu anak solehah. Tak mampu umi coretkan semuanya di sini. Namun ketahuilah, lahir dirimu adalah kegembiraan umi dan ayah.


Foto dari Mojo Studio

Foto dari Mojo Studio

Foto dari Mojo Studio

Semoga anak umi membesar dengan baik. Umi dan ayah akan cuba bagi yang terbaik buat Aisya dan adik-adik.

InsyaALLAH. Amin. 

Read More ->>

Raya Giveaway by Erza


CLICK BANNER TO JOIN


1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!




5 langkah mudah sahaja !!!


Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D

Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!

Read More ->>

Tuesday, June 23, 2015

Pelbagai Jenis Serunding Untuk Tempahan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Ramadhan buat semua rakan maya. 

Di bulan mulia ini, jom kita sama-sama membantu usaha saudara kita yang memerlukan bantuan. Salah seorang yang perlukan bantuan kita adalah ibu tunggal ini, Alia Haryanie. Jika tidak membeli mungkin boleh panjangkan pada orang lain yang mungkin berminat dengan produk serunding yang dihasilkan. 








Jom baca cerita Alia Haryanie di http://aliaharyanie.blogspot.com/ . Mungkin usaha kita yang sedikit ini mampu meringankan beban dia dalam membesarkan anak-anak.

Produk : 

Serunding Daging Tempatan 250gm - RM18
Serunding Ayam 250gm - RM18
Serunding Ikan 250gm - RM12
Mini Karipap 1kg - RM32
Mini Popia 1kg - RM32

Untuk tempahan boleh direct messege atau whatsapp Pn. Alia di nombor 012 921 8016.


Read More ->>

Monday, June 22, 2015

Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur | Sedar tak sedar hari ni dah masuk 5 Ramadhan kan. Tapi me still tak dapat rentak bersahur dalam keadaan berbadan dua ni. Yelah. Kali ni berpuasa di awal kehamilan. Dugaannya lain daripada berpuasa ketika berada dalam trimester kedua dan ketiga.

Dugaan first trimester ni lain sangat. Rasa macam tak bertenaga. Cepat mengantuk dan pening kepala. Menguap tu tak terkira berapa kali banyaknya. Huhuhu. Tak selesa nak kerja dalam keadaan macam ni.

Sebab pemakanan ketika sahur kah? Waktu sahur me memang makan je apa yang ada. Tak fikir sesuai ke tak sesuai. Huhu. Kadang pas makan tu memang akan ada rasa mual. Pastu muntah. Huhuhu. Tekak perit. Topup ngan air kosong je lepas muntah tu.

Tadi google tips pemakanan wanita hamil ketika sahur dan jumpa tips ni. Antara makanan yang elok di ambil oleh wanita hamil ketika bersahur ialah :-

- Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau kurma cair.

- Bijirin berserat tinggi dengan susu krim rendah lemak.

- Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

- Seboleh-bolehnya elakkan minum teh semasa sahur kerana ia boleh buat anda ternyahhidrat.


Lepas ni bolah cuba amalkan tips ni rasanya sebab sebelum ni me lebih kepada pengambilan makanan yang berminyak ketika sahur. Huhu.


Moga Tips Pemakanan Wanita Hamil Ketika Sahur ni bermanfaat buat semua. 
Read More ->>

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Raya Giveaway by Sally Samsaiman | Jom sama-sama kita meriahkan Raya Giveaway ni.

Klik banner untuk join!

Mula : 19 Jun 2015 | Tamat : 3 Julai 2015 (11.59pm)
Read More ->>

Thursday, June 18, 2015

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak share pula tips minum 8 gelas air di bulan puasa. Alhamdulillah. Terima kasih pada mereka yang buat tips ni.

If me selalu masa sahur tu terus minum 3 gelas air. Tapi cara tu memang salah sebabnya kalau buat macam tu lebih cepat proses pembuangan. Tu sebab pas sahur tu kerap masuk toilet buang air kecil. Haaaa.

Sumber : whatsapp
tips minum 8 gelas air di bulan puasa
Petang karang dah boleh start cara macam ni. Tapi pastikan air kosong tau. Bukan air manis. Air manis tu buat kita lebih cepat haus. Tau je la bulan puasa ni macam-macam air yang ada kan.

Sama-sama kita manfaatkan tips minum 8 gelas air di bulan puasa ni yaaa.

Salam ramadhan semua!
Read More ->>

Doa Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sharing is caring..

sumber : google image
Read More ->>

Wednesday, June 17, 2015

Lafaz Niat Puasa



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sharing is caring. Mana tau ada yang terlupa. Heeeee

Ni niat puasa esok hari dan niat puasa sebulan. 

Sumber : Google image

Read More ->>

Abadikan Gambar Keluarga Di MOJO Studio

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pertama kali ambil gambar kat studio. Bukan gambar passport tau. Hahaha. 

Ni gambar keluarga. Alhamdulillah. Pengalaman terbaik bersama Mojo Studio. Walaupun Aisya dan Aeera tak bagi kerjasama pun. Haaaaaaa. 

Selesa sangat Mojo Studio ni. Dilengkapi pengdingin hawa sebab tu Aisya suka sangat lari pusing satu studio tu. Memang riuh dengan suara anak-anak je hari tu. 

Kelebihan bergambar di MOJO Studio?

=================================================================

Promosi RM100 untuk 1 jam sesi penggambaran. Harga asal RM150. Apa lagi yang bakal anda dapat?
  • 5 keping 4R/ 1 keping gambar berukuran A4
  • 1 keping CD beserta gambar yang diambil
  • Perkhidmatan rakaman foto secara profesional
  • 1 jam bagi setiap sesi penggambaran
=================================================================


Ni antara gambar yang sempat diabadikan kat Mojo Studio ni.

Persalinan pertama adalah persalinan Raya. Tahun ni tema Grey. So, baju dah awal-awal rasmikan untuk photoshoot ni. Hehehe.








Persalinan kedua, en.abg dengan uniform.



Persalinan ketiga untuk en.abg dan kedua buat me dan anak-anak. Santai.







Kebanyakan gambar macam kelam-kabut sikit sebab anak-anak memang meragam masa tu. Nasib baik lah en.photographer mampu bersabar dengan kerenah Aisya dan Aeera. 

Haaa.. Last but not least. Gambar dengan rakan KBBA blogger. Kak Anil dan Yaya Cendana.



Happy dan puas hati sangat masa photoshoot hari tu.

Untuk booking boleh hubungi :

Whatsapp

En.Azam - +60163379047
En.Duwan - +60192218182

Facebook - Mojoreelfansclub
Instagram - mojo.studio
Website - www.mojoreel.com
Email - mojoreel@gmail.com / mojo@mojoreel.com

Lokasi :

MOJO Studio
Desa Melawati, Ulu Kelang
Kuala Lumpur.
(Near Saville)




Read More ->>

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua muslimin dan muslimah. Semoga Ramadhan kita dipermudahkan dan diterima ibadah kita oleh ALLAH SWT.


Read More ->>

Tuesday, June 16, 2015

Lirik : Kun Anta Versi Rindu Ramadhan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lirik : Kun Anta Versi Rindu Ramadhan | Fenomena Kun Anta nyanyia Humood Alkhuder semakin meluas di serata dunia. Ada banyak juga lagu yang di ubah mengikut melodi Kun Anta ni. 

Salah satu versi Kun Anta yang menarik minat me adalah lagu Rindu Ramadhan dendangan Amar dan lirik oleh Ramzul Ikbar. 

Memang satu lirik yang puitis dan mampu membuatkan kita rindukan bulan mulia Ramadhan. 


RINDU RAMADHAN

Ya Ramadhan
Hadirmu menjengah syahdu
Pada hati yang menunggu
Sebening rindu

Kau sirami taman
Menyegarkan iman
Diri yang ketandusan
Mekar bak bungaan

Kala Ramadhan menjelma
Bersyukurlah kita 
Kerana bulan mulia
Ada rahmat padanya

Kala ada keampunan
Ada kebebasan
Dari azab-NYA
Jangan persiakan

Ayuh bersama raikannya

Malamnya ibadah
Dengan jiwa yang mujahadah
Pasrah dan berserah
Pada ALLAH

Ramadhan berlalu
Bila sampai waktu
Mungkinkah aku
Bertemu denganMu

Ramadhan ku rindu
Di ruangan waktu
Mungkinkah aku
Bertemu denganMu

Sebak hati masa menaip. Teringat saudara dan kawan yang dilanda musibah di Sabah. Terutama area Ranau dan Kota Belud. Lagi beberapa hari nak puasa. Semoga mereka diberi ketabahan. Tak mampu nak cerminkan rasa sedih ni. 


Read More ->>

Thursday, June 11, 2015

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100. 

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan



EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK


Menarikkan hadiahnya? So, tunggu apalagi. Jom ramai-ramai kita meriahkan Giveaway EFG Mega Raya 2015 RM3100 ni.

Read More ->>

Pencil.my : Wild-Wild West Appreciation Night 2015

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Pencil.my merupakan satu produk pendidikan yang dihasil oleh syarikat Pencil Brand Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada November 2012 oleh Tuan Hj Kamal Abdul Razak. Beliau merupakan seorang Senior Lecturer di Malaysian University Science and Technology (MUST). Beliau mempunyai pengalaman selama hampir sepuluh tahun dalam bidang perniagaan dan pendidikan.Syarikat ini telah mendapat status MSC pada  2012 dibawah cluster Infotech.

Produk Pencil Brand Sdn Bhd ini adalah PENCIL.MY. Ianya merupakan produk pendidikan berbentuk portal asas (portal-base) yang menggabungkan platform sosial (Facebook, Twitter, Google) dan simulasi animasi berbentuk permainan. Golongan sasaran sebagai pengguna adalah pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5. 

Ianya bertujuan untuk menarik minat pelajar kepada 'ketagih' untuk belajar. Antara ciri-ciri menarik dalam pencil.my adalah :

-silibus dan soalan yang sentiasa dikemaskini oleh hampir 45 orang tenaga guru yang berpengalaman

-sistemnya sentiasa dipantau oleh hampir 30 orang programmer

-in-game reward seperti experience, medal dan rank yang dihubungkan terus ke Facebook untuk di'update' statusnya

-boleh berhubung sesama rakan yang menjadi pengguna pencil.my dalam portal 

Grand Launching Pencil.my telah diadakan pada 12 April 2015 bertempat di Menara Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam.
Sumber : Laman sesawang Pencil.my
Matlamat utama pencil.my adalah untuk membantu negara dalam meningkatkan kualiti dalam sektor pendidikan masa kini. 

Wild-Wild West - Appreciation Dinner Pencil.my 2015

Pada 6 Jun 2015, satu majlis penghargaan telah diadakan dengan tema 'Cowboy (Wild-Wild West) bertempat di Setia Alam Convention Center. 

Malam itu adalah malam penganugerahan buat mereka-mereka yang berusaha berjuang bersama Pencil.my.

Hadiah percutian dan wang tunai juga diberikan sebagai hadiah cabutan bertuah khas buat staf-staf dan tetamu yang hadir pada malam itu.

Sumber : Instagram yanieyusuf

Dato AC Mizal dijemput sebagai pengacara pada malam itu.


Terima kasih Acik. Terima kasih Nanie sebab bagi peluang kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk sama-sama dalam majlis hebat ni. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pencil.my, boleh layari :-

Pencil Brand Sdn Bhd 
Suite MR2-01-04, Sri Acapella Commercial Annexe, 
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33,
40000 Shah Alam,
Malaysia
Email: support@pencil.my
Website: http://www.pencil.my/
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in