Saturday, August 29, 2015

Estofa Glow : Kesan Seawal 3 Minit!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Macamana Sabtu anda? Me? Macam biasa. Habiskan masa bermain dan belajar dengan anak-anak. Alhamdulillah. Peluang terbaik selepas 5 hari bekerja.


Sebenarnya nak bercerita tentang 1 produk penjagaan kulit yang semakin dikenali iaitu Estofa Glow. Estofa Glow ni selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur tak kira lelaki atau perempuan.


Bahan utama Estofa Glow ni adalah coklat. If kita tengah pakai tu dan tiba-tiba termakan, jangan risau. Takde apa-apa kesan sampingan kerana produk ni selamat untuk dimakan dan tidak mengandungi bahan kimia. Boleh buat sapu roti lagi. Hehe. Sedap.

Tak percaya? Bolehlah cuba dulu.

Estofa Glow ni sesuai juga digunakan oleh ibu mengandung macam me. Yelah kan. Bila tengah mengandung ni macam-macam yang kita risaukan. Terutama kesan produk pada kandungan. Tapi Estofa Glow dijamin selamat. Yelah. Produk pun food based kan. Heeeee.


Guna secara konsisten selama 7 hari untuk mendapatkan kulit yang cerah dan berseri.

Cara nak pakai senang je. Sapu pada muka dan biarkan selama 3 minit. Alaaaa.. macam pakai mask gitu. Selepas tu anda boleh lihat kesannya pada kulit anda.

Macamana nak dapatkan Estofa Glow ni?

Anda boleh layari
facebook Estofa Glow Official
Atau whatsapp 019-294 4799

Beli Estofa Glow dan anda berpeluang mendapat sample Estofa Wash. Hanya untuk 5000 pembelian pertama sahaja.

Berita baik!! Pengguna Estofa Glow berpeluang untuk menyertai percutian ke Krabi, Bali, Bangkok atau China.
Apa tunggu lagi. Dapatkan Estofa Glow anda sekarang!
Read More ->>

Friday, August 28, 2015

Kelab Blogger Ben Ashaari Meriahkan Sambutan Harijadi Giant Panda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

23 Ogos 2015 lepas, me berpeluang untuk bersama-sama dengan keluarga besar KBBA (Kelab Blogger Ben Ashaari) ke zoo untuk program KBBA Blogger Day Out. Alhamdulillah. Syukur kerana di berikan peluang ini. 


Bila dioffer memang me tak lepaskan peluang. Boleh bawa anak-anak belajar mengenal binatang yang ada kat zoo ni. Selama ni tengok kat buku je kan. 


Excited betul Aisya dan Aeera masa ni. Tak sabar-sabar nak masuk. 

Selepas sesi pendaftaran, masing-masing dapat tag nama dan tiket. Ahli KBBA dibahagikan kepada dua group iaitu Tiger & Hornbill. Blogger pulak dapat tag nama Panda. Tapi masih jalan bersama keluarga masing-masing. Kalau betul kena jalan lain-lain pitam kot en.abg jaga Aisya dan Aeera. Hahaha.

Butterfly Garden


Banyaknya rama-rama. Memula masuk tu tak nampak sangat tapi bila dah sampai ke dalam sikit, Subhanallah. Cantiknya ciptaan ALLAH. 

Mulut Aisya tak habis-habis sebut ayat "Wahhh... cantiknya.." Hehe.

Ada few rama-rama ni yang berani. Bila kita datang dekat pun dia tak terbang. Mungkin dah terbiasa dengan kehadiran orang ramai kot. 

Lepas keluar dari butterfly garden tu, nampak pulak pelbagai spesies monyet. Ada yang pemalu. Ada yang tak malu. Ada yang bising. Hehehe.


Slow motion je dia ambil roti ni kat lantai pastu makan sambil pandang kitorang yang lalu depan rumah dia. Heeeeeeee.


Salah satu spesies hornbill yang ada kat zoo ni. Dia pun jenis selamba je. Tak takut ngan orang yang lalu-lalang depan dia. 

Tunku Abdul Rahman Aquarium


Sejuk dan nyaman. Hahahaha. Rumah ikan ni best. Aisya peminat ikan gak. Aeera pun terjerit-jerit tengok ikan besar-besar. 

Memula tengok ikan yang spesies kecil-kecil Aisya diam je. Bila jumpa ikan besar tau apa dia kata? "Haaaaa.. ini barulah ikan.." Hahahaha. 

Zoo Negara Amphitheater


video

Selepas tu kami dihiburkan oleh Ringgo dan Koko si burung kakak tua, Dombi dan Dombu si anjing laut dan banyak lagi binatang lain seperti burung helang, ular dan binturong. Tabik spring pada semua trainer sebab mampu melatih dan handle binatang-binatang tu semua.

Muzium Lebah

En.abg kata ni lebah kelulut. Maaflah. Me ni bab lebah agak tak tau sikit. 

Kami jugak diberikan honey stick. Sedap! Tak puas rasa dapat satu. Hahaha. Nampak tak ketamakan di situ.

Savannah Walk   

Ni antara binatang-binatang yang ada kat Savannah Walk.


Banyak binatang. Gigih cari gajah tau. Jumpa tapi gambar tak jelas. Haaaaaaaa. Frust Aisya takde gambar gajah.

Giant Panda Convention Centre


Last sekali kita jumpa Fu Wa pulak. Sedih je kan tengok dia. Mesti rindu anak ngan wife dia. Rasa nak peluk je sabarkan hati dia. Apapun, Happy Birthday Fu Wa!!

Alhamdulillah. Sepanjang hampir sehari kat zoo dapat banyak pengetahuan tentang binatang. Dan ada beberapa binatang yang me tak tau pun kewujudannya.

Anak-anak pun sambil enjoy sambil belajar mengenal binatang. :) Banyak ilmu yang kita dapat.

Terima kasih buat Zoo Negara, Food Panda, Wild Life, Curve, Bernama, Kosmo dan Cosmoderm kerana sama-sama menjayakan KBBA Blogger Day Out kali ini.

Read More ->>

Tuesday, August 25, 2015

Ensogo – Save, Smile & Share!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Online shopping? Yes! I love it very much. Sometimes the crazy deals offer make me more excited to shop online. As a hardcore online shopper of course I have a list of favorite online site.

All this started when I found this one amazing online site which allowed me to save more with just few clicks from my comfortable couch.


Let me introduce you to Ensogo! I bet you’ll enjoy what you read after this. J


Established in Thailand since 2009 as one of the famous online site, Ensogo is the right place where you can enjoy discounted daily deals on retail products, hotels, treatments, activities and other services. Not only in Thailand, Ensogo also expanded its operations to other countries such as Indonesia and Philippines! This is the right destination where you can get any items with cheaper prices and off course the items will be sending directly to your home.

Ps: Ensogo offers global shipping too!



And what is more interesting than crazy deals? Off course the additional promos and cashback where you can get by doing your online transactions through Shopback Malaysia.

WOW! WOW and WOW!!

Sounds great right?

Simple thing you have to do is register as a member on Shopback Malaysia and search for Ensogo icon to begin your online transaction.



As stated on the icon, the percentage will be shown as the amount of cashback you are going to earn if you buy any items from Ensogo via Shopback MY. Ensogo is one of the registered affiliated partners of Shopback Malaysia and featured on the merchant’s page.

Grab this chance to enjoy double deals and click here to see more promo from Ensogo


Read More ->>

Monday, August 24, 2015

Jubah Untuk Ibu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedang kebiruan di hari Isnin ni tetiba dapat email ni dari rakan sekerja. Dan airmata keluar tanpa segan silu. Mungkin sedikit panjang tapi penuh dengan pengisian. Suddenly teringatkan mak di kampung. Huhu.

Bacalah.. Pasti tak menyesal.

*********************************************************

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikutmacam Angah dengan Alang tu.. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah.

Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu.

Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.

“ Ibu...ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.

“Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.

Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh.

Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la.. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan.

Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

“Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam.. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati.

Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek.

“Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah..

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu.

Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang.. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang.

“Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

“Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 

Buat ibu yang sangat dikasihi, 

Ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu.. Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi.

Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…

UNTUKMU IBU!

Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini.

“Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. 

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

  *********************************************************



Read More ->>

Thursday, August 20, 2015

Kebaikan Buah Manggis Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sekarang dah tiba musim buah. Banyak je buah-buah yang dijual di tepi jalan. Tapi buah yang paling menarik minat me adalah buah manggis. Nyumm. Nyumm.

Setiap kali mengandung mesti me akan cari buah ni. Sedap sangat. 


Buah ni banyak kebaikannya untuk ibu-ibu yang sedang mengandung kerana buah manggis mengandungi Asid Folic yang tinggi, Vitamin C, B1, B2, Zat Besi, Niasin, Protein, Serat Fiber dan Kalsium. 

Kandungan khasiat dalam buah ini boleh memberikan kesihatan yang optimum kepada ibu-ibu mengandung.

 Antara manfaat buah manggis :-
  1. Mencegah kecacatan bayi dan kelahiran pra-matang
  2. Membentuk tulang rawan dan sistem tulang pada janin
  3. Membentuk sistem kekebalan tubuh
  4. Mengatasi sembelit ketika mengandung
  5. Mencegah pre eclampsia (tekanan darah tinggi)
  6. Menurunkan kolestrol
  7. Menaikkan metabolisme dalam badan
  8. Mengatasi lelah untuk ibu mengandung
  9. Menghindari sel kulit mati pada ibu mengandung selepas bersalin
sumber : http://momsandbabysoul.com/khasiat-manggis-untuk-ibu-hamil/


Haaaaa. Bagi ibu yang sedang mengandung tu boleh la makan buah manggis ni. Makan tau. Bukan melantak. Hehehe. 




Read More ->>

Salah Melukakan Hati Sahabat

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Khamis buat semua.

Pagi ni satu kesilapan besar telah me buat. Menyesal? Yes! Sangat-sangat menyesal. Dia antara sahabat maya yang paling baik. 

sumber : google image
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak gurau buruk padahnya. 

Tak boleh ditarik dah kata-kata gurauan tu. Nak nangis je rasa sekarang ni. 
Read More ->>

Wednesday, August 19, 2015

Semarakkan Semangat Sukan Dengan KAPPA

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bagi para penggemar sukan, Kappa bukanlah sebuah jenama yang asing. Malah, jenama antarabangsa yang telah ditubuhkan sejak tahun 1967 ini sering menjadi pakaian rasmi bagi pasukan-pasukan bertaraf dunia. Setelah hampir 50 tahun bertahan dalam industri sukan dunia, jenama Kappa semakin digemari ramai lebih-lebih lagi penggemar sukan di Malaysia



Seperti jenama-jenama sukan yang lain, Kappa sentiasa komited dalam menghasilkan koleksi pakaian sukan yang berkualiti dan menepati citarasa para pembeli. Ini kerana, pakaian sukan yang baik bukan sahaja memberikan keselesaan yang berpanjangan, malah membantu untuk melancarkan lagi pergerakkan si pemakai. Ini merupakan kualiti yang terdapat pada koleksi pakaian sukan Kappa.


Masa zaman sekolah menengah me dulu pun ramai kawan-kawan yang suka menggunakan baju sukan jenama Kappa termasuklah me. Kenapa? Sebabnya harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan mampu milik berbanding pakaian sukan jenama lain sedangkan kualiti pakaian adalah setara.

Haaa. Jangan tak tau yang jenama ni memang dah lama bertapak di hati rakyat Malaysia.


Bukan itu sahaja, koleksi pakaian sukan Kappa seperti t-shirt, polo t-shirt, jersey, singlet dan lain-lain ini turut direka dengan rekaan yang trendi dan boleh juga anda gayakan untuk melakukan aktiviti lain selain daripada bersukan. Ini membuatkan koleksi pakaian Kappa adalah koleksi pakaian yang versatile!


Tak percaya? Jika kita masuk ke mana-mana shopping kompleks ramai lelaki yang lebih suka bergaya santai dengan seluar jeans di padankan bersama baju sukan. Lebih selesa kata mereka.

Untuk koleksi pakaian sukan Kappa yang berkualiti dan berpatutan ini, kini anda boleh miliki kesemuanya secara online di laman web ZALORA Malaysia. ZALORA menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda serta pemulangan percuma juga secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. 

Read More ->>

Tips Suami Isteri : Solat Taubat

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Muhasabah diri bagi mereka yang sudah berkahwin dan peringatan buat mereka yang bakal berkahwin.

Sumber : facebook
Ini tips yang sangat baik untuk diamalkan. Tak perlu menuding jari pada satu pihak sahaja. Tengok semula diri kita. Nilai semula salah kita sebelum-sebelum ni. 

Moga me mampu jadi isteri yang lebih baik selepas amalkan tips ni. InsyaALLAH. Amin. 




Read More ->>

Monday, August 17, 2015

Bekakai Bah Mencari

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah dua tahun hidup di bumi Semenanjung. Alhamdulillah. Hidup masih macam biasa tapi dikelilingi oleh suami dan anak-anak ia jadi luar biasa.

Mestilah rindukan Sabah. Rindu nak speaking pelat dan bahasa Sabah. Hehe.

Kalau me cakap pelat Sabah confirm ada yang tak faham. Tapi pastu mesti ada yang tegur, takde bunyi pun. Haha.

Next time jawab simple mcm dalam gambar ni ke kot kan.



Read More ->>

Friday, August 14, 2015

Cara Yang Betul Bersihkan Telur Ayam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cara Yang Betul Bersihkan Telur Ayam | Pepagi ni jom cerita pasal telur. Hehehe. Korang amalkan tak basuh telur sebelum masak? Me memang biasakan dari dulu. Tapi biasanya me akan basuh sebelum masak bukan sebelum masuk peti.

Macamana pula cara yang betul nak bersihkan telur ni?

Me just basuh di bawah air paip yang mengalir. Biasanya memang buat macam tu.

Tapi semalam bila cerita dengan sorang pegawai ni, dia kata cara basuh macam tu tak betul. Sebabnya kulit telur ni nipis dan bila kita basuh macam tu kemungkinan kotoran tu akan meresap ke dalam telur. Eh,, betulkan ayat ni? Haha. Pening jap.

sumber : google image
Cara paling baik untuk basuh telur adalah dengan menggunakan kain basah. Basahkan kain dan lap telur hingga hilang kesan kotoran dan najis ayam. 

Actually me sendiri tak pernah tau pasal benda ni. Jadinya bila pegawai tu kongsikan perkara tu semalam me macam 'owhhhhhh..' hahaha. 


Read More ->>

Tuesday, August 11, 2015

"Ko Memang Tak Tau Masak Ke?"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

"Ko Memang Tak Tau Masak Ke?" | Sebelum ni pernah me kongsikan beberapa entri en.abg masak untuk me kan? Antaranya


Dan kawan-kawan yang kenal dengan en.abg juga tau yang en.abg ni memang suka memasak. Dia juga suka mencuba resepi-resepi baru. Tukang rasa aka tukang makan? Mestilah me kan. Hahaha.

Tapi walaupun en.abg selalu masuk dapur bukan bermaksud me ni LANGSUNG TAK TAHU MASAK. Lauk senang-senang macam kari ayam, ayam kicap, sup daging, sayur tumis, sambal sardin, sambal ayam, ayam masak merah, ayam masak madu tu tau lah jugak. Cuma tak yakin bila nak hidangkan pada tetamu yang ramai. En.abg lainlah. Dia dah pernah masak lauk untuk kenduri. Haaaaaaaa.

Rasanya takde kot perempuan yang langsung tak tau masak kan. Mustahil la. Goreng ayam, telur dadar tu kira masaklah juga tu kan walaupun simple. 

Soalan macam tu tak sesuai rasanya ditujukan oleh perempuan kepada perempuan lain lebih lagi bila keduanya dah pun bergelar isteri. Pada me lah. Taktau pandangan orang lain kan.

Kalau langsung taktau masak macamana agaknya hidup me beberapa tahun duduk menyewa sebelum kahwin dulu ea? Pastu PJJ pula dengan en.abg selama dua tahun. Mau kebulur kot. Duit nak makan luar taklah banyak sangat pun masa tu.

Me pun banyak belajar masak dari en.abg. Haruslah kan. Tekak me dan tekak en.abg ni tak sama. Dia tekak semenanjung. Tekak me ni masih tekak Sabahan walaupun dah dua tahun duduk sini. Hehe. Kadang cara me masak tu tak sama dengan cara en.abg. Sebab tu dia agak susah nak sesuaikan selera dia dengan masakan me. Cuma ada lah juga few masakan me yang jadi favorite dia. Terasa hati? Tidak pernah sama sekali. Segan tu selalu. Hehehe.

Kenalah belajar kan. Try and error. Kalau tak sedap kena cuba dan cuba lagi. Jangan berhenti separuh jalan. 

Apapun, me tak pernah langsung nak mengaku apa yang en.abg masak tu hasil air tangan me. Tak baik tau. Suami penat-penat masak si isteri pulak senang-senang kata tu dia yang masak. 

sumber : google image
Pernah tak ada orang keluarkan kata-kata sinis macam tu kat korang? Kononnya dia lah isteri paling pandai masakkan. Me dah biasa. Tapi kadang panas hati jugak even en.abg dah backup. Hahaha. Teeeeet!

Hati perempuan kan. 




Read More ->>

Monday, August 10, 2015

Nekad Untuk Fully Breastfeed

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Kandungan bakal mencecah usia 20w minggu ni. Pergerakan baby pun dah rasa. Aktif sangat terutama waktu petang dan malam. Heeeeee.

Sekarang ni banyak isu tentang penyusuan susu ibu kan? Terutama baru-baru ni kes DNA lembu tu. Hurmmmmm. Benda-benda macam ni bagi me sangat sensitif bagi kaum ibu. Isu macam ni boleh menimbulkan perbalahan sesama sendiri. 

Susah bagi me nak komen tentang semua tu sebab me sendiri pun mengalami masalah ketika meyusukan Aisya dan Aeera. Terasa hati juga bila ustazah tu cakap macam tu kan. 

Setiap kali mengandung, memang dah awal-awal set dalam kepala ni nak fully breastfeed anak-anak selagi mampu. Tapi jika ALLAH takdirkan setakat itu sahaja rezeki susu ibu untuk anak me maka me terpaksa redha. 

Mengandung kali ni pun memang dah set dalam kepala nak bf baby. Exclusive feeding hingga umur 2 tahun. InsyaALLAH. Moga dipermudahkan niat me. 

Sekarang ni pun tengah survey breast pump yang berbaloi demi usaha me untuk baby ni. Sebabnya me ni ibu yang bekerja. Jadinya memang perlukan breast pump untuk kegunaan di pejabat. Sebelum ni ada je tapi nak tukar pada yang lebih baik. 

Terlalu awal ke? Rasanya dah boleh mula merancang kot kan.

Siapa yang ada buat review untuk breast pump, bolehlah share link kat kotak komen ea. Nanti me terjah satu-satu. 

Atau,,

Ada yang nak letgo breast pump murah-murah tak? Heeeee. Musim GST ni semua nak murah je kannnn. 

InsyaALLAH me aka cuba untuk belajar lebih lagi tentang ilmu penyusuan susu ibu  ni. Dengan ilmu yang ada sekarang ni mungkin belum cukup lagi untuk me. 


Read More ->>

Selamat Bertunang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pada 8 Ogos 2015 telah berlangsung majlis pertunangan antara adik lelaki me, Safwan Mohd Izzan dan pasangannya Norizan Bt. Simali. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Sedih gak sebab takde bersama dengan keluarga masa tu.


Dan majlisnya pula insyaALLAH pada bulan November 2015. Double sedih sebab masa tu pun me mungkin tak dapat bersama meraikan majlis. Huhu. 

Kenapa? Sebab dah sarat masa tu. Tak mungkin lepas naik flight lagi. Huwaaaaaaaaa. Seyes sedih. 

Sebenarnya me sendiri tak kenal dengan bakal adik ipar ni. Tak pernah jumpa pun. Heeeee. Tapi insyaALLAH me percaya dengan pilihan adik. Jumpa tahun depan ye adik ipar. Hehehe.

Pertama kali mak sarung cincin. Mesti nervous kan. Menantu perempuan pertama dalam keluarga. Makin meriah lah pas ni.


Read More ->>

Wednesday, August 5, 2015

Jadikan Aku Orang Yang Bersabar

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : google image

Dalam beberapa perkara, me hampir putus asa. Ada mereka, mereka dan mereka yang tak faham dengan situasi yang me hadapi. 


Apapun,, sedang belajar untuk jadi lebih sabar dan tenang. Moga ketenangan itu hadir. 
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in