Tuesday, September 29, 2015

Tukar Nama Panggilan Anak-Anak

10:37 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tak lama lagi keluarga nak bertambah ahli. InsyaAllah.

Dah terlambatkah untuk me tukar panggilan anak-anak? Nak tukar Aisya ke Along dan Aeera ke Angah. Sopan sikit bila nak bahasakan diri sesama beradik kan.

Sekarang ni pun masih nak biasakan diri. Me sendiri pun kadang tersasul juga. Dah lama panggil guna nama kan. Jadinya memang ambil masa nak biasakan diri.

Gambar kenangan dua beradik ni main pasir masa hari keluarga KBBA hari tu.  Heeeeee.

So pasni kena panggil Along dan Angah.

Aisya pun lebih suka dipanggil Along dari kakak. Tak best katanyaaaa. Hehe.

Korang macamana pula? Ada panggilan khas ke untuk anak-anak?


Sunday, September 27, 2015

Jerebu Semakin Teruk

11:26 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dugaan. Jerebu melanda lagi. Dan bacaan IPU semakin meningkat di Selangor. Dah ada kawasan yang mencatat bacaan sangat tidak sihat.
Kalau tiada perkara penting yang perlu dilakukan di luar rumah lebih baik lepak dalam rumah je. Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil.

Jaga kesihatan. Banyakkan minum air masak.

Friday, September 25, 2015

Kaio Terbang Hingga Ke Peringkat Antarabangsa

3:37 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pertama kali mengenali Kaio adalah pada Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Masa sampai tu Kaio Studio tengah shoot untuk slot Flying Fox peserta Hari Keluarga. Me mula nampak kredibiliti dan sikap professional Kaio Studio ketika sesi mengambil gambar kumpulan sebelum bermula sukan rakyat pada petang hari kedua tu. Memang terbaik. Yelah. Me pun sampai ke Hulu Langat tu pada hari kedua kan. 

Pasti semua tertanya-tanya siapa Kaio ni kan. Haaaaaaa. Jom kita kenal-kenal sikit dengan dia.

Siapa Kaio?

Anwar Abdullah atau Khairul Anwar Abdullah adalah graduan dari Management & Science University (MSU), Malaysia dalam jurusan Hospitaliti dan Pelancongan.

Kaio memulakan karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Pengalaman Kaio pernah menguruskan rombongan dari seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab.

Kaio juga pernah muncul di kaca TV, majalah dan dada akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang Berjaya dan cemerlang.

Bermula secara suka-suka sebagai seorang blogger pada tahun 2009 dan mula aktif melibatkan diri pada tahun 2011 dengan kerjasama Harian Islam, Oh! Media, I Luv Tour, Hai Blogger dan baru-baru ini bersama Kelab Blogger Ben Ashaari.



Karier Kaio Studio

Kaio mula terjun ke bidang kreatif ini pada tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio. Kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga luar negara seperti Paris dan Cairo untuk tugasan videography bersama pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.


Kaio juga pernah menghasilkan video korporat untuk ‘Iron Lady’ Malaysia, Datuk Maznah Hamid.


Baru-baru ini, Tourism Authority of Thailand telah menghantar jemputan khas kepada Kaio untuk membuat liputan video dan gambar ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” bersama Majalah Asia Horizon.


Pencapaian Kaio Studio

Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakkan Kaio Studio untuk tugasan bersama Majalah Glam seperti di sebalik tabir penggambaran dan lain-lain.

Pencapaian lain :
  • Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video oleh Kaio Studio)
  • Mother’s Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
  • Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
  • Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt
  • Ceres Jewels Bollywood Gala Night
  • Pure Lens by Mawar Rashid
  • Official videographer for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
  • Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis
  • Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd
Antara video hasil kerja Kaio Studio
Sejajar dengan pencapaian memberansangkan, Kaio mula merangka dan menyerap photographer dan videographer untuk mengembangkan lagi empayar Kaio Studio.

Hubungi Kaio


Kalau nak follow Anwar Abdullah dan kaio secara personal
Boleh follow yg bawah

Komen Untuk Kaio Studio

Superb! Terbaik! Dijamin puas hati. Nak share video yang Kaio Studio ambil masa Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari hari tu. 


BUKAN SEKADAR BLOGGER, TOGETHER WE UNITE

Super Savings Di Brands Outlet

12:55 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alkisahnya tak cuti hari ni. So temankan opismate ke Paradigm Mall. Dengarnya Brands Outlet buat Super Savings meletop!

Tak pernah ke Paradigm Mall ni so ikut je la kan.


Sampai je terus menonong ke Brands Outlet. Pergghh. Memang sales giler-giler. Ada beberapa barang tu dah la harga memang dah murah. Pastu beli 1 dapat lagi 1 percuma.

Memang rambang mata tapi me ni jenis tak suka nak pilih barang sambil bersesak-sesak. Jadinya memang tak beli apapun la.

5 minit je me pusing dalam tu. Tengok fitting room pun beratur nak masuk. Kaunter pembayaran? Takyah cakap la. Huhu.

Tapi me rasa berbaloi la korang nak memborong baju time ni. Tapi pastikan jangan membazir tau. Hehe.

Beli ikut keperluan. :)

Tuesday, September 22, 2015

COSMODERM Penaja Utama Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

12:30 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

COSMODERM adalah penaja utama Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari 2015. Sebagai penaja utama, pihak Cosmoderm telah mengadakan satu pertandingan iaitu ‘Pertandingan Foto Paling Kreatif Bersama Produk Cosmoderm’.

Pertandingan bermula seawal para blogger menerima goodies bag Cosmoderm ketika mendaftar masuk sehinggalah jam 8.00 PM pada malam penutup.

Jom tengok beberapa aksi selfie peserta bersama produk. Macam-macam gaya uolsss. Hehe.

Versi basah dan Versi kering. Hehehehe. 

Dan akhirnya pihak Cosmoderm telah memilih mereka ini sebagai pemenang. 



Tahniah Abg Huszaini dan Razi!! Gambar korang memang terbaik. Terutama Abg Huszaini. Hahahaha. Comel je kan mata-mata tu.

Sabun Cosmoderm juga adalah penyelamat me dan keluarga ketika Hari keluarga di Hulu Langat tu. Alhamdulillah. Sekarang ni me memang gunakan produk Cosmoderm kat rumah. Memang terbaik. 


Terima kasih COSMODERM. 

Untuk maklumat lanjut tentang produk Cosmoderm, boleh layari laman web http://www.cosmoderm.com.my/ 

Monday, September 21, 2015

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari

10:23 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Beberapa hari sudah berlalu namun kemeriahan Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari tu masih terasa. Masih teringat-ingat. Masih terbayang-bayang. 
Sepatutnya kami sekeluarga bertolak ke Hulu Langat pada petang hari Jumaat 11 September 2015 tapi kereta pula buat hal bila dah sampai Shah Alam. Memang nangis je malam tu. Huhu. En.abg kata dia cuba betulkan apa yang tak ok malam tu. InsyaALLAH esok pagi boleh pegi. 
Alhamdulillah. Akhirnya dalam jam 10 pagi macam tu sampai juga kami ke ke destinasi. Masa sampai tu semua tengah excited ber'flying fox'. Frust! Sebab tak boleh join. Kenapa? Nanti baby cicir katanyaaaa. Hahaha. 
Sebahagian keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari.
Antara aktiviti yang sempat ahli keluarga KBBA buat di sana adalah,

Hari Pertama
  • Pertandingan Karaoke
Hari Kedua

  • Senaman Poco-Poco
  • Flying Fox
  • Sukan Rakyat (Darat dan Air)
  • BBQ
  • Pertunjukan Api
Hari Ketiga
  • Zumba
  • Jungle Trekking
KBBA mengikut rumah sukan! Rumah sukan me? Rumah hijau dengan tagline "MAK KO IJO!!" Hahaha. 


Tak boleh join sangat time sukan ni so me minta en.abg wakilkan me dalam sukan. Hehehe. Mampu bagi jeritan sokongan saja. Seriusly happening sangat masa ni. Terutama masa sukan air. Hahahaha. Macam-macam ragam.

Bila tengok balik gambar-gambar ni semua RINDU yang amat pada keluarga KBBA. Walaupun me tak banyak bercakap masa tu sebab asyik kejar Aisya dan Aeera tapi me sangat happy masa tu. 
Kalau nak tengok lebih banyak gambar semasa hari kejadian boleh tengok di Instagram Kelab Blogger Ben Ashaari.
Hadiah cabutan bertuah yang me dapat pada malam penutup. Alhamdulillah. Terima kasih penaja!
Terima kasih kepada COSMODERM yang merupakan penaja utama Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari 2015. Terima kasih juga buat semua penaja hadiah, baju dan juga photographer yang merakam segala kenangan manis sepanjang hari keluarga berlangsung. 

Panjang umur moga berjumpa lagi kita tahun depan. InsyaALLAH.

"Bukan Sekadar Blogger, We Unite Together."


Thursday, September 17, 2015

7 Tahun Dan Masih Begini

9:34 AM 8 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

17 September 2008 - 17 September 2015. 7 tahun sudah berlalu. Alhamdulillah. 
Masih dipanjangkan jodoh untuk berkhidmat dengan Perpustakaan UiTM. 
5 tahun di Perpustakaan UiTM Cawangan Sabah dan 2 tahun di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. 
Namun statusnya masih sama macam dulu. 
Mungkin dugaan ALLAH untuk rezeki ini. Sabar dan akan cuba untuk terus bersabar selagi mampu.
InsyaALLAH. Pasti ada hikmah disebalik ujian ini. 
Kuatkan semangat untuk terus bertahan. 

Friday, September 11, 2015

Hari Ini Harinya!

3:20 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Jumaat buat semua.

Tengah bersiap-siap nak ke Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari di Hulu Langat. Yeay! Tapiiiiii...

Tapi kereta pula masalah. Husband kata gearbox problem. Harapnya boleh settle hari ni. Perasaan? Nak nangis dah ni. Hahaha. Sebab barang semua dah pack in.


Tazabaar nak jumpa rakan-rakan KBBA yang lain. Anak-anak pun dah excited nak ni. Asyik tanya bila nak pegi. Kejap lagi ye sayang. Kita tunggu berita baik dari ayah. Ayah kata insyaALLAH sebelum maghrib siap.

Datang lambat sikit takpe kot kan. Sebabnya kereta nak KO ni bukan dirancang pun kan. Adalah hikmah disebalik tu. Sabar je menunggu kat rumah.

Taknak lah asyik call en.abg. Tau dia pun tengah stress tu sebab dia pun sebenarnya excited nak pegi. Hehe.

Apapun,,, tunggu kami di sanaaaaa!

Monday, September 7, 2015

Bila Emosi Menguasai Fikiran

8:01 PM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sudah masuk minggu ke-23. Alhamdulillah.

Apa yang buat me down sangat kadang-kadang bila emosi yang mengawal diri me. Bila difikirkan semula rasa menyesal yang teramat sangat.

Aisya buat salah sikit me marah. Aeera buat salah sikit me tinggi suara. Bila dua-dua gaduh lagi la kuat me jerit. Allahuakbar. Sesungguhnya kesabaran me diuji ALLAH.

Bila Aisya dan Aeera nangis hati mula rasa serba salah. Rasa sesal tu tak payah cakap la. Saat tu juga peluk dan minta maaf kat anak-anak.

Betul mereka kecil lagi. Apalah yang diorang tahu. Normal bila ada anak kecil ni rumah akan bersepah sikit. Tugas kita nak ajar anak-anak macamana nak kemas selepas main. Kat mana nak letak barang mainan yang dah dikemas. Buku nak susun macamana.

Memang bukan senang nak jaga anak-anak ni kan. Tapi mereka amanah ALLAH. Saham akhirat untuk kita.

Kenapa nak mengeluh sekarang?

Selepas marah-marah memang me akan istighfar banyak-banyak. Basuh muka.

Bila anak-anak tidur, renung muka mereka sambil minta maaf. Kadang sampai mengalir airmata mengingatkan khilaf me sebagai seorang umi.

ALLAH! Semoga diri sentiasa diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menempuhi masa akan datang yang pastinya lebih mencabar.

Amin.

Saturday, September 5, 2015

Buku Mini Penuh Inspirasi

4:51 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Me amat berterima kasih pada mereka yang menghadiahkan buku mini ni pada me.


Mudahnya Menjemput Rezeki dari blogger Azlinda Alin dan Allah Tempat Meminta dah Baju Nursing.

Walaupun bersaiz mini namun isinya amat bermanfaat. Baik untuk dijadikan inspirasi dalam kehidupan kita seharian.

Senang juga untuk dibawa kemana-mana. Me akan bawa buku ni kalau cek up. So, boleh isi masa menunggu tu dengan bacaan ilmiah ni. Taklah sia-sia masa tu kan.

Alhamdulillah.

Thursday, September 3, 2015

Antara Tempat-Tempat Menarik Di Sabah

2:44 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bagi yang berminat nak makan angin di Sabah, me nak kongsikan beberapa tempat yang patut korang kunjungi. 


Sumber gambar : Facebook

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang patut korang kunjungi. Nanti me akan kongsikan lagi dalam entry-entry akan datang. 

Jalan di Sabah ni InsyaALLAH tak sesat. Hehe. Jangan risau bagi yang memandu sendiri tu. 


Follow me @munirah_izzan