Saturday, December 26, 2015

Belum Lagi dan Masih Menanti

9:47 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ramai yang fikir me dah bersalin. Haha. Belum lagi. Masih menanti dan menanti.

Hari ni genap usia kandungan 39minggu. Haaaa. Tengah risau ni. Bila agaknya adik baby nak keluar. Isnin cek up lagi kat PPUM. Rasanya kalau adik baby tak keluar lagi mesti doktor bagi tarikh induce. Takpun terus warded kot. Haaaaaa.

Last week check up kat Klinik Soraya berat turun 2kg dalam masa 1 minggu. Doktor kata tu salah satu tanda nak bersalin ikut kata orang tua-tua. In medical terms pun sama katanya. Jadinya expect bersalin 2 3 hari selepas check up tapi tak jugak. Haha.

Tapiiii kan masa scan baby tu doktor kata baby dah cecah 3.5kg. Berat kooooo. Doktor pun terkejut. Tapi katanya jangan risau sangat. Tolak tambah pun maybe dalam 3.2 - 3.3 something la. Me pun memang arr terkejut. Dalam seminggu je kot naik banyak. Sebelum ni along lahir 3.45kg dan angah 3.16kg. Berapa agaknya berat adik baby ea? 😅😅😅

Result bsp? Alhamdulillah selama me buat test semua result normal. Macamana nak cheat? Tak tipu pun sebab takde faedah nak tipu. Huhu.

So sementara adik baby tak keluar lagi ni, me ambil la peluang ni makan apa yang me rasa nak makan. Terutama laksa sarawak. Setiap kali pregnant memang terasa nak makan laksa sarawak tu. Dan hari ni en.abg tunaikan permintaan tu. Thank so much love. 😘😘😘

Ok la. Doakan urusan me dipermudahkan yaaa.

Tuesday, December 22, 2015

Officially 9 Bulan

7:12 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

22 Disember 2015 genap dah 9 bulan mengandung anak ketiga. Haaaaa.
Alhamdulillah. Cuma setakat ni belum ada tanda-tanda baby nak keluar. Masih excited kot nak duduk dalam perut umi kan. Heeee.

Hari ni habiskan cuti gantian untuk bsp test yang terakhir kata doktor. Esok lak review. Dan isnin depan checkup dan detail scan kat PPUM. Itu pun kalau baby tak keluar lagi.

Doakan me tau semua. Tak sabar sebenarnya nak jumpa baby ni. Heee.

Thursday, December 3, 2015

Best Handbags Brands Online

12:06 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kalau nak bercerita mengenai handbags, setiap wanita pasti teruja. Terbayang-bayang di mata setiap brand beg tangan yang menjadi idaman. Ada yang mampu milik dan ada yang hanya mampu dipandang. Hehehe.


Bagi penggemar beg tangan, pembelian beg tangan yang tidak terkawal kadang-kala boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan pembaziran. Maklumlah harga sebuah beg boleh mencecah sehingga ribuan ringgit Malaysia. Jenama-jenama terkemuka seperti Chanel, Coach, Dior dan YSL merupakan antara jenama-jenama pengeluar beg tangan yang cukup disegani di seluruh dunia.

Tidak dinafikan, koleksi beg tangan keluaran jenama-jenama tersebut adalah berkualiti tinggi dan amat menarik, namun bukan semua daripada kita yang mampu untuk memilikinya. Lambakan beg tangan dengan kualiti gred AA/AAA di pasaran dengan harga yang kononnya murah mampu membuatkan kita rambang mata tapi sejauh mana ia mampu bertahan? Kualiti?

Lupakan niat anda untuk membeli koleksi beg tangan yang bukan original tetapi layari laman web ZALORA Malaysia untuk menemui 3 best handbags brands online yang menawarkan koleksi beg tangan online yang amat berkualiti dengan tawaran harga yang cukup berpatutan!


Ezra

Jenama online yang pertama adalah Ezra dengan tawaran koleksi beg tangan yang amat trendi dan paling penting, mampu milik!


Zalora

ZALORA juga menawarkan koleksi label persendirian iaitu Zalora dengan menyediakan aneka pilihan beg tangan seperti tote bag, shoulder bag, sling bag dan banyak lagi untuk penggemar beg tangan. 

Something Borrowed

Dan jenama yang ketiga adalah jenama dari negara jiran iatu Something Borrowed. Selain menawarkan koleksi beg tangan yang direka dengan sentuhan elegan, jenama ini turut menyediakan aneka pilihan aksesori wanita yang turut dijual secara online.

Me sendiri sudah 2 kali membeli beg tangan di ZALORA dan me amat berpuas hati. Harga pun memang mampu milik. Pelbagai design dan jenama boleh dipilih. Semuanya cantik dan trendy. Memang tak rugi. Kualiti setanding beg tangan berjenama yang lain. J

Follow me @munirah_izzan