Thursday, January 7, 2016

Part 1 : Cerita Bersalinkan Baby New Year

Assalamualailum dan salam 1Malaysia

Salam tahun baru 2016 semua!!

Lama tak update blog. Maafkan me. Kisahnya me telah selamat melahirkan seorang puteri seberat 3.41kg pada 1 Januari 2016 jam 2.04am. Haaaaa. Baby new year. Hehe.

Tak sangka pun baby nak kuar masa new year sebab dah admit wad 31 Disember 2015 tu. Dah la masa tu birthday me. Hehe. Tak sempat nak tiup lilin or makan kek pun tau. Ingatkan siang tu nak pegi ofis lagi. Nak makan macam-macam lagi. Tapi tak kesampaian hajat nak bermacam-macam tu. Haha.

31/12 tu dalam jam 3am masa pegi toilet tu rasa macam basah je pad. Masuk toilet tengok ada darah dan lendir. Tu salah satu tanda nak bersalin. Tapi atas pengalaman bersalin sebelum ni me tak lah terus rasa nak ke hospital. Siap-siapkan barang me dan barang anak ke pengasuh. Masa tu dah rasa mild contraction. Ok. Yang ni takde pengalaman. Jadi pas kemas barang tu semua me terus mandi dan siap-siap nak ke hospital. Masa bertolak tu anak-anak tido lagi. En.abg angkat sorang-sorang pegi umah pengasuh. Nasib baik gak rumah pengasuh selang satu umah je.

Singgah minum kejap kat mamak. Mampu makan roti bakar dan milo kosong je. En.abg dah risau sebab tengok dahi asyik berkerut je. Hahaha. Laju dia bawa kereta ke PPUM. Pesan ngan dia bawa la pelan-pelan sebab bila langgar bonggol tu rasa sakit.

Sampai PPUM terus ke tingkat 3. Nurse interview dulu. 'Kenapa datang?', 'Ada contraction ke tak?' Pastu baru dia bagi baju pink tu. Masa tu sekali lagi contraction datang.

Dah tukar semua, baju bagi kat en.abg. Pastu salam, cium pipi dan minta maaf kat en.abg. Mohon halalkan semua makan minum. Ampunkan dosa. Minta dipermudahkan semua urusan bersalin. Sebak kot masa tu. Huhu. En.abg pesan kuatkan semangat. Jangan stress. Banyaklah pesanannya terus rasa nak melalak kat situ. Hahaha. Over sangat kan.

6.30am masuk lr untuk buat ve. Tapi sementara tu kena berdepan dengan soalan doktor-doktor praktikal. Hehe. Standard lah kan kena interview dulu. Untuk rujukan doktor selepas tu.

Tak lama tu doktor masuk. Nak buat ve katanya. Masa ve yang pertama ni tersangatlah sakit. Huhu. Me pun dah lupa macam ni ke sakit bila buat ve. 'Baru 2cm. Sy dah tolong bukakan sikit. Nanti masuk wad dulu la ye. Tunggu nurse datang bawa naik..' Haaaaaa. Tapi memang tak bagi balik dah sebab umah jauh kat Kapar nun.

Tak lama tu datang doktor praktikal nak pasang branula (eh.. betul kan? Yg kat tangan tu..) katanya. Tapi serius masa pasang tu sangatlah sakit. Caranya tak kena kot. Entahlah. Huhu. Lebib kurang jam 9am jugak la baru naik wad sebab tunggu doktor siap round kot.

Heeeee... nanti sambung lagi ye. Nak naik tengok baby kat wad jap. Kenapa dengan baby? Nanti me 'story' satu-satu ea. Dan doakan baby NAS cepat sembuh yaaa.




7 comments:

  1. seronok baca pengalaman org bersalin.. takut tp bahagia bila baby tu dh keluar..:)
    tahniah kak!! hehehe awal laa baby tu sambut birthday nanti..

    ReplyDelete
  2. Tahniah sis..
    Semoga bb cpt sembuh dan dpt kua wad secepatnya

    ReplyDelete
  3. tahniah kak moon! bestnya bby new year..hehhee jijah berdebar ni.. bila laa bby jijah nak kuar ni..

    ReplyDelete
  4. jauh berjalan luas pengalaman bersalin tuuuh., ;p

    ReplyDelete
  5. Wah... Sempat makan lagi.. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Tahniah..wahh..bby new yearlah..

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in