Wednesday, January 20, 2016

Part 2 : Cerita Bersalinkan Baby New Year

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Part 1 : Cerita Bersalinkan Baby New Year

Dah naik wad, dapat bilik no.56. Dalam bilik tu share 4 katil. Masa sampai ada 2 chinesse lady dan sorang perempuan melayu.

Masa kat wad tu banyak kali juga keluar masuk toilet. Dalam toilet buat senaman squat dan jalan itik. Squat buat 15-20 kali gak. Jalan itik tu taktau berapa kali pusing. Nasib baiklah tandas luas, bersih dan selesa. Orang kata buat macam tu jalan buka cepat dan senang nak bersalin.

En.abg datang masa melawat petang tu. Siap dia bawakan jemput pisang lagi. Hehe. Favorite masa mengandung tu. Dalam jam 7 terasa contraction dah makin kerap. En.abg panggil nurse untuk cek bukaan but nurse kata tak boleh cek dulu sebab nanti boleh ganggu bukaan rahim. Hurmmm. Masa tu mampu tahan je bila contraction. Bila makin sakit me tekan button panggil nurse. Huhu. Bila nurse datang dia suh me baring mengiring ke kiri. Risau me terteran.

Bila doktor buat ve dia kata kena tolak me ke bilik bersalin sekarang juga sebab bukaan dah 7cm. Masa dia buat ve tu takde pulak rasa sakit macam mula-mula tadi. Huhu.

Sampai bilik bersalin, doktor lain pulak buat ve. Masih 7cm. Doc kata tak payah pecahkan ketuban. Biar pecah natural. Masa tu jam 9.15pm. Lagi beberapa jam nak masuk tahun baru. Dalam hati berharap gak baby keluar sebelum jam 12am. Boleh sambut birthday dengan umi. Hehehe.

Lawaknya dalam lr tu doktor-doktor pelatih siap wish happy birthday beramai-ramai. Sambil tahan contraction sambil senyum dan ucap terima kasih. Haha. Rasa lucu gak masa tu. Siap ada yang tanya sempat makan kek tak. Haha. Tapi memang tak mampu nak bercakap sangat masa tu sebab tengah perang dengan contraction.

Sempat juga me tido sampai kul 12.30am. Heeeeee. Topup tenaga untuk meneran. Tak sempat nak sama tarikh lahir dengan umi.

Nurse datang buat ve. Dia kata kejap lagi bersalin ni. Masa ni memang tak boleh tido dah. Contraction makin kerap. Sangat kerap. Lain sangat rasa kali ni. Sebab tak pecahkan ketuban kot.

Dalam 1.30am doktor dan 4 orang doktor pelatih dah sedia dalam bilik bersalin.

Tak lama tu rasa nak meneran. Bagitau doktor and doktor benarkan teran. Sekuat hati me teran. Tak lepas. Teran lagi. Tak lepas. Doktor pelatih siap jerit bagi semangat untuk me teran. Alhamdulillah. Tepat jam 2.04am me selamat melahirkan seorang lagi bayi perempuan seberat 3.4kg. Syukur.

Jahit? Ada jahit. Tapi tak rasa sakit. Sakit lagi contraction. Huhu.

Dalam jam 3 tu me ditolak ke wad. Tukar katil je terus me terlelap. Huhu. Letih. Terjaga masa en.abg sampai. Pas nurse serahkan baby me minta en.abg temankan ke tandas untuk buang air kecil dan tukar pad.

Alhamdulillah. Dipermudahkan urusan bersalin me. Syukur sangat.

Masa doktor tengah prepare untuk kelengkapan bersalin, sekali lagi cek hb. Doktor kata hb me masa tu rendah dan risiko tumpah darah ada. Hb bawah 10 masa tu. Tak ingat berapa. Dengar doktor sebut 8 je. Huhu. Tapi alhamdulillah semuanya takde masalah.

Check out PPUM 2 Januari 2016.

5 comments:

  1. Alhamdulillah... Dipermudahkan.. Tahniah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dipermudahkan...xlama lagi turn cik.mah..

    ReplyDelete
  3. tahniah moon.. baby girl lagi. next nnt sure boy. hihihi..

    ReplyDelete
  4. samela. sy pon bersalin hari tu hb rendah. mujur tak pitam. huhu

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan