Wednesday, March 9, 2016

Bila Along Berbahasa NG

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hampir dua bulan duduk di kampung banyak benda yang Along dan Angah belajar. Berbeza sangat dari duduk kat bandar.

Along nampak sangat bezanya. Dari segi percakapan paling ketara. Dia dah pandai cakap ikut pelat sabah. Tapi kadang dengar macam robot cakap pun ada. Hahaha.

Paling me terkejut bila dia berbahasa 'NG'. Haaaaa. Mana dia belajar bahasa tu pun me tak tau. Apa itu bahasa NG?

Umi - uming
Susu - susung
Jalan - jalang
Bawah - bawang
Makan - makang

Itu contoh. Banyak lagi perkataan yang dia NG kan. Nama sepupu sepapat dia pun dia tambah jugak.

Anna - annang
Iman - imang

Cuba teka dia panggil Angah apa? Angang.. Ahahaha. Adoiyaiii. Tak tau mana dia dengar nak cakap macam tu.

Me selalu larang dia cakap macam tu sebab risau dia terbiasa. Tapi macam dia buat tak tau je bila umi tegur. Haihhhh...

Atuk dia pun ada tegur tapi ignore je.

Umi lahir kat sini pun tak pernah dengar bahasa NG tu.

Dulu-dulu kat sekolah adalah jugak guna bahasa alien. Bahasa S, bahasa F tapi ni pertama kali tau pasal bahasa NG. Hehehe


No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan