Wednesday, March 2, 2016

Bila Berada Di Sini...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah masuk bulan Mac. Maknanya cuti berbaki sebulan lagi. Haaaaa. Sekejapnya masa berlalu.

Sekarang ni me masih di Sabah. Nak menghabiskan sisa cuti sebaik-baiknya bersama keluarga. Bukan senang dapat cuti dan balik kampung lama macam ni. Kann? Lagi-lagi yang jauh macam me ni. Huhuhu.

Anak-anak? Alhamdulillah sihat. Suka sangat duduk kat kampung ni. Luas tanah nak jelajah. Hehehe. 

Along? Me tumpangkan kat taska sekejap. Boleh dia belajar sikit-sikit.Boleh dapat kawan-kawan kat Sabah pula. Mulanya memang dia meraung juga tapi selepas seminggu alhamdulillah dia dah boleh biasakan diri. Sekarang ni dia pulak tak sabar-sabar nak ke taska. Takut betul pakcik dia tinggalkan. 

Angah? Mulanya nak hantar dia sekali. Tapi tak cukup cikgu kat taska tu jadinya dia duduk rumah je la dengan me dan Addeena. Memula sampai tu semua dia takut. Atuk, nenek dan makcik pakcik semua dia taknak dekat. Sekarang ni, pantang tengok atuk nenek dia buka pintu laju je nak ikut. Lepas tu suka pula nak ajak main. Ada je helah dia nak kacau atuk ngan nenek dia. Hehe. 

Hari tu ikut atuk ngan nenek pegi tengok pakcik sukan habis merah muka. Haha. Sunburn. Sekarang ni tengah meggelupas kulit muka tu. Kesian. Baru semalam mengadu sakit. 

Addeena? Alhamdulillah. Takde meragam sangat kat sini. Dah pandai borak sambil senyum-senyum.


Me? Bertambah-tambah Berar badan me lot duduk sini. Apa taknya, asyik makan masakan mama je. Hehehe.

Haaaaaa. Terus rasa macam berat hati nak balik sana. Bestnya duduk kampung. Take perlu fikir pasal tol, jammed and so on. Mungkin satu mass nanti me Dan En.Abg akan berfikir untuk balik Dan tinggal di sini. 😊😊

2 comments:

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in