Saturday, March 19, 2016

Buang Tabiat ke Apa Mandi Jam 2 Pagi?!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Biasanya kalau me bangun waktu-waktu macam ni sebab nak susukan Addeena atau sebab lapar. Haha. Iya. Sekarang ni kerja me asyik makan je. Badan pun dah macam di pam. Kembung. Eh. Hahaha

Tapi kali ni bangun sebab Angah ajak mandi. Tak pernah-pernah dia bangun nak mandi masa macam ni. Nak kejut pun susah ko. Pelik juga.

Tidur malam ni me tengok dia asyik tergaru-garu kepala, garu badan. Tak tau la kenapa sebab sebelum tidur tadi dia dah mandi dan tukar baju. Kesian pula merengek je sebab gatal.

Panaskan air pastu letak sikit minyak kayu putih dalam air mandi dia tu. Me gosok lama sikit kepala dia sebab perasan dia paling tak selesa gatal kat kepala tu. Siap tersenguk-senguk dia. Huhu. Masa mandi pun boleh tidur.

Pastu me sapukan badan dan baju dia dengan minyak kayu putih.

Alhamdulillah ni dia dah sambung tidur. Nampak dah selesa tu. Cuma masih merengek sikit-sikit la. Mimpi kot.

Me serba salah nak mandikan dia sebenarnya sebab cuaca kat sini bila pagi macam ni memang agak sejuk. Dah lah Angah ni jenis taknak pakai selimut. Huhu.


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in