Thursday, March 17, 2016

Kari Ayam Simple Untuk Keluarga

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kari Ayam Simple Untuk Keluarga | Me pernah btau sebelum ni kan yang tangan ke bukan tangan yang panas bila ke dapur. Tapi untuk masakan yang simple insyaAllah me boleh buat.

Semalam tiba-tiba terasa nak makan kari ayam. Jadinya me pun masak kari ringkas guna bahan yang ada kat dapur je.

Bahan :

1. Kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
2. Bawang merah dan putih yang dicincang
3. Ayam
4. Rempah kari
5. Susu cair
6. Garam
7. Terung atau kentang

Cara :

1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga keluar bau. Masukkan bawang yang telah dicincang.

2. Bancuh kari dengan air dan masukkan ke dalam kuali. Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam dan terung ( biasanya guna kentang. Tapi kentang takde makanya guna terung pun bolehhh)

4. Biarkan sehingga ayam dan terung masak dan masukkan susu cair sebagai pengganti santan. Sebenarnya me tak gemar guna santan bila masak kari. Heeeee.

5. Biarkan mendidih sebelum dihidangkan.

Kalau rasanya terlalu pedas, biasanya me gunakan tomato sebagai pengimbang rasa. Pada me itu lebih sedap berbanding gunakan air asam. Heeee.

Maaflah kalau ada yang rasa pelik dengan cara me masak. Orang tangan tak panas gitu la caranya masak. Hahahaha.

Hasilnya,,, tadaaaaaa....


Maaflah. Godek-godek galeri handphone dah takde gambar kari tu. Yang tinggal gambar ni je. Mesti Angah dah delete pic tu. Huwaaaaa.

Apapun hasilnya tetap terbaik. Hahaha. Doakan me semakin rajin ke dapur selepas ni.

Kari Ayam Simple Untuk Keluarga.

1 comment:

  1. tak pe memasak adalah aktiviti kreatif asal boleh telan n tak sakit perut ok la tu..hehehhe...

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan