Sunday, March 20, 2016

Melaksanakan Projek Viral

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Melaksanakan Projek Viral | Panasnya cuaca sekarang ni. Hujan sekali je minggu lepas pastu takde dah. Dalam rumah pun bahang yang amat. Berpeluh-peluh.

Sebab panaslah makanya me rajinkan diri ke dapur nak buat menu yang dah viral 2 tahun lepas ni. Hahaha. Orang lain dah kenyang makan, me baru nak terhegeh-hegeh buat. Tapi takpe. Yang penting buat lah juga kan. Dari tak buat langsung selepas beli bahan-bahan.

Hasilnya,,


Rupanya taklah lama nak siapkan aiskrim sumi jelly ni. Tak sampai sejam pun. Dapat dalam 18 batang semalam. Tu pun ada lagi balance susu sikit. Jadinya me buat macam koktail je. Sebab Angah dah bangun masa tu. Kalau Angah join sekali memang tak jadi semua ni. Hahaha. 


Masukkan ais atau sejukkan dalam peti pastu makan sejuk-sejuk. Nyummmm..nyummmm.. 

Hehehe.

Tapi me tak makan pun. Rasa sikit je. Buat untuk anak-anak dan anak buah. Me tak makan ais lagi. Pantang dulu lama sikit. Heeeeee.

Cantik pula bila dah siap. Tahniah buat diri sendiri. Yeay!!

1 comment:

  1. uii...kena pula tengah cuaca panas sekarang ni =)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan