Thursday, March 24, 2016

# produk review

Pekatkan Susu Ibu Dengan UMIL MILK BOOSTER

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pekatkan Susu Ibu Dengan UMIL MILK BOOSTER | Alhamdulillah. Me telah melahirkan anak yang ketiga pada 1 Januari 2016 yang lepas. Sejak me tau yang me mengandung anak ketiga ni, me dah siap-siap pasang niat nak susukan anak dengan susu ibu sehingga dia berumur dua tahun. Dua anak sebelum ni me tak mampu nak susukan sehingga dua tahun atas beberapa sebab yang tak mampu me elakkan.

Tapi masalah yang me hadapi setelah bersalin ni susu me tak semeriah ibu-ibu yang lain. Betul susu kita terhasil ikut demand anak tapi yang ni ketara sangat anak tak puas nak menyusu. Asyik nak melekap je. Sampai satu tahap tu puting susu melecet sebab asyik melekap. Lepas tu tidur malam pun tak lena. Kejap-kejap terjaga. Memang terasa penat sangat. Nurse kata sebab Addeena tak kenyang. Tu yang asyik melekap dan merengek tu. Bila dapat tau, ada la orang yang cadangkan supaya me ‘topup’ dengan susu formula. Bila kita kata taknak, mulalah kata kita ni degil. Haaaaaaa. Bertambah-tambah stress kat situ. Lagilah susu taknak keluar. Sampai satu ketika tu masa menyusukan Addeena me nangis sambil minta maaf sebab susu tak banyak.

Syukur en.abg sentiasa sokong keputusan me untuk tidak berikan Addeena susu formula. Tetap nekad nak bagi susu ibu maka bermulalah misi mencari milkbooster untuk membantu niat me dalam perjalanan menyusukan Addeena.

Dalam banyak-banyak milk booster, me ditemukan dengan UMIL MILK BOOSTER. Tertarik dengan testimoni-testimoni pelanggan terdahulu me tidak ragu-ragu untuk mencuba.


Setelah hampir seminggu lebih bersama dengan UMIL MILK BOOSTER ni, alhamdulillah Nampak perubahan Addeena. Dia tidak lagi melekap, Nampak lebih kenyang dan tidur malam lebih lena. Jauh beza dengan sebelum me amalkan UMIL MILK BOOSTER ni. Ini kerana setelah amalkan UMIL MILK BOOSTER ni me perasan yang susu semakin bertambah dan lebih pekat dari sebelum ni. Pernah terbaca susu ibu yang pekat tu yang buatkan bayi cepat dan lebih kenyang. Dah mula rasa bengkak susu dan mampu buat stok ebm untuk bekal anak ke rumah pengasuh nanti. Syukur sangat.

Me pun gembira dengan hasil ni. Bolehlah me join Addeena tidur lena juga. Hehe. Siang pun dah boleh buat kerja rumah yang lain. Takde dah dengar dia merengek lapar. Dan yang paling best, takde lagi dengar suara-suara yang suruh me ‘topup’ susu formula untuk Addeena.


Me ni jenis orang yang risau nak telan sesuatu yang perlu dibancuh. Risau tekak tak boleh terima rasa tu tapi dengan UMIL MILK BOOSTER ni tak perlu risau. Rasa coklat yang pekat tu memang sedap. Rasa tak puas bila minum pun ada. Hehehe.



Ada juga yang tanya kenapa me menolak susu formula kali ni? Jawapan me :

Ada banyak manfaat dalam susu ibu ni. Paling utama zat khusus dalam susu ibu mampu meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal anak. Kita takkan jumpa zat ni dalam mana-mana susu formula atau makanan lain.

Selain itu sistem imun bayi lebih kuat dan tidak mudah terkena penyakit seperti demam dan selesema. Haaaaa. Yang ini betul. Memang terbukti. Sekarang ni musim panas dan beranginkan. Bila Along dan Angah mula selesema, me sangat risau jangkit ke Addeena. Yelah. Bukan senang nak jaga anak kecil yang kurang sihat ni kan. Tapi alhamdulillah setakat ni takde lagi tanda-tanda yang Addeena berjangkit selesema. Dan me percaya ni salah satu kehebatan susu ibu.

Ni me nak kongsikan lagi khasiat UMIL MILK BOOSTER dengan semua.


Semoga perkongsian me ni boleh membantu ibu-ibu lain yang sedang mencari milk booster untuk membantu perjalanan penyusuan susu ibu semua.

Harga untuk UMIL MILK BOOSTER 600 gram :

RM80 sekotak
RM200 untuk 3 kotak

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Facebook : UMIL MILK BOOSTER
Instagram : UMIL MILK BOOSTER
Email : umilmilkbooster@gmail.com
Contact Number : 019-3000793 & 019-6473938



No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan