Wednesday, April 13, 2016

Penyusuan Susu Ibu : Wishlist - Freemie Cup

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Setakat hari ni masih gigih breastfeed Addeena. Gigih juga membawa cooler bag dan pam ke tempat kerja. Gigih juga ambil sikit masa 3 jam sekali untuk mengepam demi untuk Addeena. Sehari mampulah kumpul stook untuk Addeena ke rumah pengasuh. 

Tapi rasa serba salah juga sebenarnya bila tiap 3 jam ‘hilang sekejap’ selama 20 minit. Biarpun separuh dari mereka tu faham tapi masih rasa tak sedap hati. Sebab tu kuat hati nak beli Freemie cup ni. Boleh freestyle sambil santai tanpa perlu rasa ragu-ragu nak tinggalkan meja. Salah satu wishlist dalam breastfeed journey me ni. 


Tak perlu nak 'hilang-hilang' lagi dah. Boleh je buat kat meja sambil buat kerja lain. Kuranglah sikit rasa bersalah tu kan. Heeeee.

Boleh pulak buat power pumping nanti tanpa fikirkan masa. Duduk je kat tempat kan. 

Haaaaaaa.. Bayangkan je pun dah buat me gembira yang amat. Kalau dapat lagilah suka dak. Hahahaha. 

Ni tengah kumpul duit untuk tunaikan wishlist yang ni. Dapat free *sambil jeling en.abg* pun sedap gak ni. Ada ke yang nak bagi? Hahaha. Berangan lebih ko kan. Tapi tak pe la. Berangan tu tak perlu bayar pun. 

Sekarang ni tengah survey harga. Paling murah me jumpa dalam RM360. Kalau ada lagi murah roger-roger lah hakak yee. 

7 comments:

  1. boleh la tgk di website www.lelong.com.my under company livelystore kalo xsilap. harga sy beli rm299 je.

    ReplyDelete
  2. try tgk under group breastfeeding mall .. ramai yg letgo brg

    ReplyDelete
  3. Btl...livelystore brg agak murah...pump medela pn murah...sape pernah beli kt situ...baru nak try beli...

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in